Friday, October 27

Hidup di atas dan di bawah

Assalamualaikum, lama tak menulis. Banyak sangat assignment sampai celaru masa hidup. Tapi kalau nak diikutkan, tak pernah banyak pun, cuma penyusunan masa yang betul saja yang menjadi punca dan aspek delay yang terlalu banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi perjalanan kehidupan kita. Ada orang yang delay response dia yang kecik sangat, jadi waktu dia untuk buat kerja lain bertambah banyak. Tapi ada sesetengah orang yang panjang sangat delay dia. Kalau ikut Systems Modelling, rise time dia panjang sangat untuk sampai steady state. Jadi kesimpulan dia, satu sistem yang mempunyai rise time yang terlalu panjang adalah sistem yang menyebabkan kegagalan kepada tujuan sistem itu. Output yang dijana tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

Jadi terus kepada topik kita(topik saya sebenarnya), memang kehidupan kita mempunyai atas dan bawah. Ada waktu kita merasakan iman sudah melonjak tinggi sehingga membaca satu dua ayat al-Quran mampu membuatkan kita menangis dan menjadi bergetar di hati sehingga kita bersujud syukur kepada Allah. Tapi ada pula masa yang hidup kita berada di tahap kritikal, seolah-olah kita mahu berundur dari satu medan perang, dan terasa mahu saja melepaskan semua tanggungjawab yang pernah diambil ke tepian jalan dan biar saja orang lain yang mengambilnya. Itulah realiti kita hidup seorang muslim. Bagi kita, yang berubah dan pada firasat kita adalah iman dan taqwa tetapi bagi yang lain, turun naik adalah kesenangan dan keselesaan dalam kehidupan. Yang menjadi
concern kita adalah hubungan kita dengan Allah. Moga-moga kita punyai pemikiran dan gerak hati sebegini.

Dari isu ini, maka timbullah kisah Muaz bin Jabal yang berkata,

إجلس بنا نؤ من ساعه

yang ertinya, "Marilah kita duduk sejenak dan beriman". Kata-kata ini munculnya dari seorang sahabat yang sememangnya amat dikenali dengan sifatnya yang menakjubkan dalam menghidupkan syiar islam dan memperjuangkannya. Beliau menyedari akan perlunya untuk kita mempunyai satu sela masa dalam kehidupan kita untuk meng'koreksi' diri. Satu perkara yang lebih dikenali dengan muhasabah. Mungkin satu isu yang muak untuk diperbincangkan lagi tapi merupakan satu bentuk pembinaan diri yang amat hebat. Jika benar ia tidak perlu, maka tidak akan wujud perkataan seperti muhasabah, reflection on oneself dan macam-macam lagi. Satu senjata yang hebat yang mana amat sangat kecil nilainya pada orang yang mempunyai ego yang besar dan tidak merasakan bahawa dirinya silap dan lemah. Tetapi di dalam islam, muhasabah itu merupakan agen tindak balas terhadap kesilapan dan kelemahan kita. Di dalam al-Quran amat banyak Allah s.w.t menurunkan ayat memerintahkan manusia untuk memerhatikan alam dan melihat kebesaran Allah. Dalam perlakuan kita melihat alam dan mengakui kebesaran Allah, ia merupakan suatu muhasabah kepada kita bahawa ilmu, kekuatan, kekuasaan dan apa sahaja yang kemampuan yang wujud pada kita hanyalah setitis dari lautan ilmu Allah, bahkan lebih sedikit lagi dari itu. Di sinilah berputiknya rasa kehambaan dan mewujudkan rasa keinsafan, menjadikan diri kita lemah di hadapan Allah s.w.t.

Hasil daripada muhasabah atau duduk sebentar untuk beriman inilah yang menjadikan kita hamba yang lebih hampir kepada Allah. Dan kemudiannya, kedekatan kita kepada Allah dan perasaan Allah hampir kepada kita inilah yang dipanggil muraqabah yang mana kemudiannya kita mengawasi setiap gerak geri kita agar Allah s.w.t. yang sememangnya Maha Melihat dan Maha Mengetahui memerhatikan gerak-geri kita yang diredhaiNya. Ini lahir dari kita yang menjadikan gerak-geri kita sebaik mungkin dan semampu yang boleh agar menjadi gerak-geri dan perlakuan yang diredhai Allah. Mana mungkin Allah yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui mampu terlepas pandang dari perbuatan kita yang mengingkari arahanNya dan melanggar laranganNya? Maha Suci Allah dari kelemahan itu. Bertitik-tolak dari kita bermuhasabah dan bertaubat atas kesilapan kitalah yang akan menjadikan kita individu muslim yang lebih baik, dan seterusnya mewujudkan masyarakat muslim yang menghayati nilai-nilai islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dengan sahih.

Namun amatlah menjadi dukacita bagi kita apabila mendengar dan melihat sendiri dengan mata kepala bagaimana masyarakat islam itu sendiri mengenepikan kepentingan muhasabah dan memeperlekehkan keberkesanan muhasabah terhadap iman dan ketaqwaan. Sebaliknya, muhasabah yang digalakkan adalah muhasabah terhadap keadaan moral dan akhlak yang sebenarnya lahir dari pemusatan fitrah dan fikrah, baik individu mahupun masyarakat. Apabila masyarakat memerhatikan individu-individu atau sekelompok manusia melakukan ibadah-ibadah tambahan dan perkumpulan yang melalui proses muhasabah, pelbagai pandangan negatif ditaburkan kepada mereka, walhal yang menyampaikan pandangan itu jauh sekali dari penghayatan terhadap islam apatah lagi dengan muhasbah atau refleksi diri. Andaikata nikmat dan kesan dari muhasabah yang ikhlas itu diketahui oleh segenap manusia, nescaya penuhlah masjid-masjid dan surau-surau dengan orang yang menangisi kesilapan yang lalu. Dan berpusu-pusulah manusia melaksanakan kebaikan dan berkelakuan baik dan mulia sahaja. Jauhlah masyarakat dari kebuntuan masalah sosial dan jauh pula dari penyakit-penyakit hati yang menyebabkan masalah sosial berleluasa.

Isu kehidupan yang di atas dan di bawah merupakan salah satu sebab mengapa muhasabah itu penting. Dikala muhasabah itulah jiwa yang lemah dan terasa longlai akan menjadi kuat, umpama cahaya pelita yang hampir kehabisan minyak dan hampir habis sumbunya, kemudian ia diisikan dengan minyak yang baru dan digantikan pula sumbunya. Akhirnya kecerahan pelita itu kembali terlihat dan menyinari pula sekelilingnya. Lebih-lebih lagi bagi golongan yang ingin menyeru manusia kepada islam, yang inginkan dakwah itu terus berkembang, muhasabah itu menjadi lebih kompleks dan lebih penting lagi. Berapa ramai kita saksikan mereka yang pada awalnya memacu dakwah dengan hebat, kemudian pada akhirnya malap dan lebih teruk lagi hilang terus sinarnya. Na'uzubillahiminzalik, moga Allah teguhkan hati kita dan Allah tetapkan pendirian kita. Satu aspek yang menjadikan islam pada zaman sahabat terus menerus menyinar adalah adanya para sahabat seperti Muaz bin Jabal dan ramai lagi yang lainnya yang menyeru kepada para pejuang yang seangkatan untuk turut bermuhasabah dan duduk sejenak untuk beriman. Ajakan itu merupakan satu perangsang kepada ahli-ahlinya yang lain untuk turut menghampirkan diri kepada Allah s.w.t. Adalah menjadi tanggungjawab dan tuntutan ke atas seorang muslim kepada saudaranya untuk mangajak agar duduk sebentar dan beriman, kerana manusia yang seringkali berubah kedudukan, seringkali juga terlepas pandang untuk mengenang kembali kesilapan yang lalu dan mengambil pengajaran.

Bagi mereka yang menyeru manusia kepada agama Allah hatta kepada kebaikan sahaja sekalipun, konsep muhasabah yang digunapakai buat mereka menjadi suatu rutin dan sistem yang lebih sophisticated. Di sini bukanlah bermakna ia diisi dengan apa-apa ritual tambahan ataupun apa-apa restrictions nor requirements dalam hendak bermuhasabah, tetapi dari segi aspek yang dipertimbangkan itu menjadi lebih banyak. Bagi yang bergerak dalam kumpulan, aspek muhasabahnya melingkupi keberkesanan bentuk gerakannya, penerimaan masyarakat kepadanya, kesahihan perjalanannya dan pelbagai lagi. Sedangkan bagi seorang individu, perhubungannya dengan manusia dan hubungannya dengan Allah menjadi fokus utama. Perlu juga menjadi kejelasan bahawa muhasabah itu bukan sahaja kita berinteraksi dengan hati kita, ataupun hanya internal correlation tetapi menjadi satu bentuk yang lebih efektif untuk 'koreksi' diri itu dikongsi bersama; bukan dengan seluruh masyarakat, tetapi dengan mereka yang dipercayai punyai pintu penyelesaian kepada masalah kita. Bagi satu-satu perkumpulan, ini mampu memperbaiki lagi corak pergerakan mereka dan bagi individu pula, impaknya labih mendalam dan lebih berpanjangan. Ditambah pula dengan sokongan pihak lain dalam ia mahu memperbetulkan dirinya.

Oleh itu menjadi keperluan bagi kita untuk bersama-sama mencari masa untuk koreksi diri kita dan memperbaiki kelemahan yang ada pada kita. Sungguh banyak artikel yang ada yang menerangkan hikmah-hikmah di sebalik muhasabah dan kaifiyatnya terhadap hati manusia.

Sekadar perkongsian pemikiran. Afwan kerana terlalu panjang. Moga hati yang membangkitkan isu ini lebih banyak beramal dari hanya luahan kosong.

Monday, October 23

Salam Aidilfitri

Selamat menyambut Aidilfitri, moga Allah menerima amalan kita sepanjang Ramadhan yang lalu.

Antara tanda amalan kita diterima, amalan sepangjang Ramadhan itu berterusan dan bertambah baik. Oleh itu, beristiqamahlah dalam beramal dan ikhlaskan niat kerana Allah.

Bagi yang pernah dikasari, makanan dan minuman yang terambil mohon dihalalkan dan dimaafkan. Andai tidak, silalah membuat tuntutan.

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri.

Thursday, October 19

they will reign us still

I had a rather bed day today. Never have I been as tired as today in Ramadhan. Maybe it's because of the distorted sleeping time. I don't know. Went to lecture a bit late today but it didn't really work as a lecture. More to a 'nodding' experience. Really should change this attitude. Most of the brothers do this. Sleeping time is off the routine while the body and mind failed to cope. Kehidupan yang tersusun dan tubuh badan yang sihat seolah-olah tidak akan tercapai buat satu jangka masa yang panjang walaupun penekanan diberikan padanya. Hanya muwasafat tarbiyah itu akan tercapai apabila salimul'aqidah dan shohihul 'ibadah tercapai dengan kemas. Dua perkara ini berteraskan iman, yang sememangnya akan menjadi asas kepada apa sahaja pembentukan yang diinginkan. Perhatikan kepada lapan muwasafat tarbiyah yang lain, semuanya mudah apabila iman sudah mula diterapkan di dalam jiwa.

Kali ini, apa yang terlintas adalah aspek akhlak yang sempurna, yang mana amat sukar dibentuk apabila di dalam hati kita masih ada karat-karat jahiliyah dan kita tidak berusaha untuk membersihkannya. Satu perlakuan yang patut dihormati padanya telah aku saksikan hari ini. Dalam keadaan aku yang mengantuk, incident itu memang membuatkan aku terfikir. Keluar dari skop Thermodynamics yang disampaikan oleh Harry Watson. Tapi tindakan tegas Harry juga yang menyebabkan timbulnya perkara ini. Sewaktu kuliah sedang berjalan, seperti biasa pelajar-pelajar mekanikal memang gemar berbuat onar dan hiruk-pikuk di dalam dewan kuliah. Tapi di akhir-akhir semester ini, kapal terbang kertas sudah semakin mendapat perhatian yang kurang. Mungkin dalam sehari akan dapat melihat 3 ke 4 sahaja kini dari dahulunya yang boleh mencecah hingga puluhan kapal terbang; semuanya mengejar cita-cita untuk menjadi designer yang berjaya.

Ketika Harry sedang berkuliah, telah terdetik pada pengamatannya akan seorang budak yang duduk di barisan kedua terakhir dan paling tepi yang membuat bising melebihi kuota. Harry kemudiannya memanggil si fulan itu dan kemudian bertanya tentang topik perbualannya dengan rakan-rakannya dan kemudian berlakulah sedikit dialog umpama seorang guru memanggil anak muridnya dan bertanyakan adakah topik kamu itu lebih menarik dan penting ataukah topik saya? Harry kemudiannya meminta untuk pelajar tersebut menghormati rakan sekelas yang lain...bla...bla...bla...seperti biasanya. Tapi yang membuatkan aku tertarik adalah kata-kata terakhir pelajar tersebut; "I apologise" dengan kuat dan kedengaran oleh seluruh kelas dan di balas "Accepted".
Fikirkanlah...tidakkah terasa di hati kita yang menyukai akan akhlak yang baik?

Well, I did. Maybe initially his attitude was inappropriate and disrespectful towards others but in the end,he apologised. Tell me, have you ever pissed your teacher off in school? I did, couple of times, or maybe more. I can't remember how many times I was told to stand on the chair, or outside the class or even told to get out everytime it's that particular slot, but never once, as my memory can recall, did I apologise on the spot nor to the class for making such trouble. What I remembered doing was to wait till the hate dispersed and apologise when I was ready. But never to the class. One thing you can see, that's what they possess. May it not come from their faith, but the culture and attitude was built up nicely among their educated ones. Maybe not all, but still they practice such decent attitude.

Atas sebab itulah orang-orang kafir ini akan punyai kekuatan untuk memerintah alam ini. Bukan kerana Allah lebih menyukai mereka, tetapi kerana kita tidak berusaha untuk menyaingi mereka seperti mana renaissance mereka berusaha untuk menyaingi kita suatu ketika dahulu. Umat islam akan sentiasa menjadi pilihan Allah kerana kita menjadikan Allah sebagai Tuhan Yang Esa, Rasulullah sebagai qudwah, al-Quran sebagai perlembagaan, jihad sebagai jalan juang dan syahid fi sabilillah sebagai cita-cita tertinggi. Tapi fikirkan kembali,renungkan kembali, benarkah itu komposisi kita? Ataukah kita sekadar mengikut apa yang diceritakan orang kepada kita? Baik dan buruk terima sahaja? Entahlah...letih menulis, yang bacanya siapa? Kita-kita juga...Habis nak buat macamana? Jadikanlah orang lain cukup bersedia untuk memikirkan tentang hal ini, dan bersedia untuk menerima hakikat ini dan bersedia untuk menyedarkan orang lain pula tentang hal ini.

11. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (13:11)

Wednesday, October 11

untill it sleeps...

it has been a while since then. Never thought it would take this long just to scribble my head on this piece of glass in front of you. Ever thought that you can never have the chance again? Well, for a moment, I weeped for thinking so. And it never crossed my mind that it would be at such a place. Biarlah rahsia. (wink wink!!) Had a nice weekend, went to a not-old-castle and found that they are living happily and full of joy, sweating with hardwork. May Allah rewards them.

Been thinking again( seems that this is becoming my opening sentence, uh?). This time not for long, not hardly. Like the breeze it came and ended as if a storm had just passed by. Breeding hatred and resisting it. I'm confused, never to find peace within my own thoughts, not from me alone, curse the devil who kills the souls and let others realise and wake up. May Allah gives us strength to be a dynamic muslim(highlight that!).

Heard rumours lately. Been browsing through the sources but not to come to an end. Hoped the rumours taught us something. Strong will you be after what you survived and you will grow up to reach the stars within reality. Not a dream anymore. I've seen it once, and it was beyond imagination, as if the cities came out from between the words and the people walked pass me during the cold winter to give me warmth. Not a dream.

Well, now let us get to the point. The title says nothing till I have finished up my scribbles. I wandered around my head and swam to the end to find that this fight should never be ended(sounds to abrupt to come up with this point but I just have to so that I don't have to spin the merry-go-round too long). Well may it not be a fight to you, may it be anything, but this brief comprehension about islam I found here, that we found here should never be stopped, and furthermore, it itself will bever stop. Why would we? It didn't come just with a snap of the fingers. For a reason, we were entitled to have this comprehension but like it or not, it won't be there for you when you walk away once. The chance comes once...i guess it's a fair-dinkum.

Because this road has no end, it waits for us to be tired. Don't think it doesn't cause it doesn't need exhausted runners on the track. It does not need any. The road has a lot of bends, why bother the pain when you slipped one or maybe two...ok, you might fall so many times. But don't bother. Your speed is just nice to take the corner. Shift the gear up and down at times and you'll find the road just as nice. You might here some rumbling but that means you're working just fine. Get what i mean? Honestly, what I'm stating here is far more complicated than what you can find in the Quran. Don't you think so? I bet most of you might be wondering what crap I'm telling here. Surely there's something to it. I'm learning to be a muhandis, so my words are such like one. My analogies are so full of their terms.

Well, to those who feel a bit down, chin up! Ramadhan is still here for you to repent and say sorry to the world. Don't just sit and blame the past, love the past and they'll teach you a gazillion times better than your best motivational books that you read or been thinking about to buy it from Kinokuniya. "It use to inspire others from the way of thinking and speech" and it does.

Just a scribble, nothing academic. Sharing my life with you. I love you.

Recomended ayat to memorize : 2:211-219
Recomended readings : "Baghdad: The city of Peace"
Loving everyday : ...a few people...