Saturday, January 27

Akitivis Baru dan Ijazah

Sekian lama menjadi satu topik diskusi yang sering menggamit perhatian mereka yang menjadikan diri mereka aktivis islam. Seringkali ia mendapat perhatian dari mereka yang menjadi mata-mata terhadap pergerakan dakwah islam. Namun ia terus menjadi rona penghias bagi aktivis islam, baik yang baru mahupun yang syuyukh. Inisiatif untuk menghasilkan penulisan ni bukanlah untuk menjadi penggamit mata aktiis baru mahupun untuk menghiasi lembaran hasil kerja aktivis tanah air yang tandus ini; tandus dari segala hujan menimpa rohani. Segala peluang yang ada diambil untuk memanfaatkan baik dari sisi niat, keringat mahupun waktu.

Memang menjadi lumrah perjalanan seorang manusia, ilmu merupakan satu titik yang mampir untuk mengubah mungkin satu sisi dari kehidupan seorang manusia atau mungkin juga seisi hidupnya. Tidak dinafikan dalam arus globalisasi dunia yang pantas ini, ilmu asas kehidupan sahaja tidak mungkin mampu memberikan satu pintu dunia yang luas ini. Segala aturan perjalanan yang dibentuk oleh sistem yang telah terbentuk lama ini memerlukan setiap manusia membawa gulungan kertas teriktiraf hanya untuk diberikan peluang berfikir dan berangan-angan akan masa depan yang seakan 'cerah'. Sememangnya ia menjadi sesuatu yang antep bagi mereka yang tidak punya peluang untuk mencapai segala aturcara manusia itu, melainkan Allah menghendaki sebaliknya.

Di dalam arus yang sama, telah terdiri sebelum komplikasi kehidupan ini wujud, suatu hal yang membimbangkan hati-hati busuk dan kering. Telah datang suatu risalah yang diajukan buat umat manusia yang menginginkan diri menjadi petanggungjawab terhadap semesta ini. Namun dalam kondisi yang dilalui ini, risalah itu datang umpama hatif di balik awan siang. Perlahan-lahan ia memanggil seorang demi seorang, bahkan sekelompok demi sekelompok untuk turut serta menjadi sebahagian dari mereka yang menjadi saksi kepada semua. Kerana landasan fitrah ini tidak dilalui dengan risalah dahulu baharu ijazah, maka telah hadir satu cuaca hanyar dalam pemikiran, terutamanya dalam perahu yang melayari kehidupan sebagai aktivis dan juga sebagai pelajar.

Menjadi satu tanggungjawab yang penting untuk kita menuntut ilmu yang kelak dengan izin Allah, akan menjadikan hidup kita lebih mudah. Bahkan Allah s.w.t mewahyukan kepada junjungan besar Raslullah s.a.w dengan arahan iqra' pada pertama-tama kalinya wahyu disampaikan. Sehingga ke ayat 4 dan 5, Allah memberitahukan bahawa Allah menyampaikan dengan perantaraan kalam, dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Seharusnya kita yang beriman dengan kitabullah ini bersikap lebih optimis dan proaktif dalam pencarian ilmu serta kepentingan-kepentingannya kepada jalan dakwah ini. Dan seharusnya kita menghiasi pemikiran kita dengan tekaan-tekaan tentang apa mungkin terjadi kepada dakwah ini jika tiba satu saat, ilmu alam yang dikendong kita dibutuhkan untuk memudahkan usaha kita, namun tergantung kerana tidak difahami dan disimpan dengan betul oleh kita sendiri suatu masa yang dilalui kini?

Di dalam masa yang sama, bukan satu fenomena yang pelik jika tanpa kelulusan dan pengiktirafan, manusia mungkin tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan, namun bukan penutup kehidupan. Bahkan kini ia menjadi satu tuntutan dalam norma masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan; setidaknya yang bergaji lumayan, memerlukan sijil pendidikan yang baik. Semakin lama, 'demand' posisi sijil menjadi lebih tinggi. Dari sijil pelajaran negara kepada diploma dan sekarang kepada ijazah. Mungkin kelak, ijazah menjadi semurah sijil pelajaran negara. Dalam era kini, wang yang menjadi kejaran setiap individu akhirnya menutup arah pintu rezeki lain di fikiran segenap pelajar hingga meletakkan ijazah sebagai punca pemula ganjaran lumayan.

Kini istilah pendidikan yang difahami oleh kebanyakan remaja bahkan ibubapa semakin jumud, berfokus kepada mendapatkan pengiktirafan dari institusi-institusi pendidikan yang berprestij. Sudah jauh dari kepentingannya yang asasi untuk memperlengkapkan diri agar mampu memberikan kebaikan kepada manusia. Dengan pemikiran sedemikian, perlahan-lahan meletakkan pendidikan sebagai peluang aset buat yang sudah berilmu untuk dijadikan bahan komersil. Harga kian melambung hanya untuk mendapatkan pendidikan yang seharusnya percuma buat setiap yang berkemahuan. Akhirnya ilmu menjadi hak milik golongan elit, jauh terbuka dari golongan alit. Stigma masyarakat semakin lama menjadi semakin kompleks. Menuntut yang pelbagai hanya untuk mendapatkan ilmu. Tiada lagi seperti zaman kegemilangan ilmu era Abbasiyah dimana ilmu menjadi hak setiap lapisan masyarakat tanpa perlu bayaran yang tinggi, bahkan percuma. Di samping itu, kejayaan penerokaan ilmu yang dilakukan ketika itu dihias niat yang ikhlas untuk memperbaiki kondisi kehidupan setiap manusia yang ada. Berbeza dengan situasi masyarakat sekarang, hakcipta menjadi satu isu yang besar dalam kehidupan. Setiap ilmu dirasakan adalah hak milik sendiri, bukan kurniaan Allah s.w.t. akhirnya menutup peluang pengembangan bidang ilmu itu sendiri. Seperti yang dikatakan tadi, ilmu menjadi sumber kekayaan. Hilanglah jalan untuk melihat kebesaran Allah di muka bumi dan mensyukuri nikmat Allah ke atas hamba-hambaNya; melainkan hanya sedikit yang menyedari hakikat ini.

Dalam eksplorasi ilmu yang dilalui bagi pengemban dakwah, adalah menjadi aset baginya ilmu tersebut untuk difahami, diteliti dan dihayati kegunaannya demi kebangkitan umat islam seluruhnya. Tidaklah menjadi satu halangan bagi aktivis islam untuk menuntut ilmu yang zahirnya jauh dari ilmu agama tetapi hakikatnya, juga dari Allah. Ilmu yang dimiliki seharusnya menjadi penunjuk jalan dalam menyebarkan dakwah islam, baik sebagai ustaz kanan, mahupun ustaz kiri. Yang menjadi pokoknya, adalah ke arah mana ia dimanfaatkan. Betapa Allah memuliakan orang-orang yang memiliki ilmu, temukan himpunan dalil-dalilnya dari kitab suci Al-Quran.

Dan ingatlah hamba-hamba Kami: Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub yang mempunyai perbuatan-perbuatan yang besar dan ilmu-ilmu yang tinggi.(Shad:45)

Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hambanya yang beriman." (An-Naml:15)

Hayatilah bagaimana orang-orang yang beramal dengan amalan bersih dan ilmu yang tinggi sepertimana Allah mengangkat para Rasul-Nya dan renungkanlah nasib orang-orang yang tidak berilmu seperti firman Allah,

Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya tanpa ilmu pengetahuan; maka siapakah yang akan menunjuki orang yang telah disesatkan Allah? Dan tiadalah bagi mereka seorang penolongpun.(Ruum:29).

Wahai aktivis islam sekalian, tadabbur, ta'amur dan tafakurlah ke atas al-Quran dan ilmu-ilmu yang dimiliki, moga Allah memberikan nikmat-Nya kepada kita dan meneguhkan kita di atas jalan taufiq dan hidayah-Nya yang lurus.

Kondisi masyarakat Malaysia pada umumnya, memahukan satu figure atau role model yang mampu menerjemahkan kesyumulan islam yang sememangnya syamil, kamil dan mutakamil. Jelajahan di bumi Indonesia menyaksikan bagaimana real dan termampunya bagi aktivis untuk menjadi golongan ilmuan yang ulama. Karya Arya Sandhiyudha, moga Allah memberkahi usahanya, berjudul Renovasi Dakwah Kampus menggambarkan cita-cita ulung yang sememangnya impian setiap aktivis muda yang penuh semangat. Dengan kampus-kampus yang terbentang luas dalam pembentukan masyarakat hayawi, dan pembinaan peradaban madani, sememangnya perjalanan dakwah yang bermulanya di pertengahan umur dakwah negara kita memerlukan aktivis yang mampu mengorbankan keringat dan masa demi mencapai kejayaan dakwah islam ini. Namun ironisnya, apa yang berlaku jelas memaparkan pengorbanan yang seringkali dipertontonkan adalah pengorbanan pendidikan yang pada dasarnya sebagai satu alat untuk mengembangkan dakwah ini. Satu persoalan yang wajar kita sering tanyakan pada diri kita, apakah benar aku sudah mengorbankan hartaku, masaku dan jiwaku untuk apa yang aku imankan ini? Ataukah aku mengorbankan apa yang tidak sepatutnya dalam aku membawa risalah Allah ini?

Tidaklah menjadi satu kontradiksi dalam usaha yang gigih membangunkan islam di muka bumi demi keredhaan Allah s.w.t. dan syurganya yang indah, pengorbanan terhadap dunia harus menjadi teman serasi kehidupan, dengan keperluan mencapai kejayaan yang besar pula di dalam arus hidup dunia. Penerangan Muhammad Qutb dalam Qabasat Minarrasul(Hadis-hadis Pilihan) terhadap hadis Nabi s.a.w

إن قا مت السا عة وبيد أحدكم فسيلة ، فا ستطاع ألاتقوم حتى يغر سها،

فله بذلك أجر

Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.

menjelaskan bahawa jalan dalam melalui dunia dan mengecap kejayaan akhirat adalah satu. Tidak ada perbezaan antara usaha mencapai dunia dan bekerja menggapai kejayaan akhirat. Rasulullah s.a.w menyampaikan pesanan kepada hati-hati yang tidak hilang dari fitrah islam ijbari, bahkan terikat dengan fitrah islam ikhtiarinya dengan satu pesanan yang jauh dari lojik manusia dalam menanggapi satu azab atau kesusahan. Kerana sememangnya, kehidupan kita bermula di dunia, dan berakhir dengan akhirat, jadi adalah tidak mungkin untuk kita mengasingkan pembelajaran dan pendidikan dari usaha menggapai akhirat yang berjaya, sekaligus menggabungkan usaha dakwah dan amal islami untuk menjadi bekal bersamanya. Sentiasalah kita menjadikan usaha menuntut ilmu itu sebagai jalan menggapai akhirat yang diredhai Allah, sebagai jalan melengkapkan dakwah islam di bumi ini. Sekali-kali kita tidak mencela keputusan yang merungsingkan dan membebankan fikiran kerana semuanya itu adalah keputusan Allah s.w.t. dan sebagai ujian buat kita. Bahkan, menjadi tanggungjawab para aktivis selaku pelajar untuk berusaha mengubah nasibnya sendiri agar Allah menghulurkan maghfirah dan rahmatNya untuk memberikan kejayaan kepada kita. Sesuai dengan janji Allah yang Maha Benar dan Maha Kuasa,

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, Maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (Ar-Raad: 11)

Memang aspek kepentingan dan maslahat menjadi satu bahagian dalam menentukan hala tuju tindakan kita, namun adalah tidak wajar menjadikannya alasan untuk tidak berusaha dengan sehabis benar dalam menggapai kebahagiaan yang dibawanya, insyaAllah. Namun tidak sekali-kali kita terleka dengan arahan Allah s.w.t.

Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim. (Baqarah:193)

agar kita memerangi mereka dengan apa sahaja jalan sehingga bersihlah agama Allah ini dari fitnah hati-hati yang membenci cahaya Yang Maha Benar ini. Sesungguhnya memang aktivis selaku pelajar berperang dengan tuntutan kebatilan dalam aspek kehidupan, baik undang-undang, ekonomi, politik dan sebagainya, bahkan juga berperang dengan fitnah yang timbul hasil dari kelemahan kita dalam memikul tanggungjawab sebagai dai’e dan juga pelajar. Kesediaan untuk mengahadapi tekanan ini bukan dengan mempersiap pelbagai alasan yang mungkin relevan bagi aktivis yang lain, namun tidak bagi mereka yang ragu-ragu dengan jalan hidup muslim ini. Benar. Seharusnya kita memberikan perhatian kepada golongan manusia yang tertarik dengan gaya hidup muslim ini tetapi menjadi ragu-ragu kerana pengembannya yang terumbang-ambing dalam menyanggahi cabaran menuntut ilmu. Renungkanlah kembali dengan keseimbangan yang dituntut ini tercapai, entah berapa banyak lagi kelompok manusia yang ternanti-nanti datangnya satu bukti, akhirnya meyakini bahawa inilah cara hidup yang dicari-cari. Entah berapa unta merah yang menjadi ganjaran buat para aktivis semua? Hanya Allah yang berhak membalasi usaha para aktivis dakwah sekalian.

Maka, bergeraklah dengan yakin dan usaha yang teguh bahawa perjalanan kita dalam mengemban dakwah ini diiringi bantuan dari Allah, seandainya keikhlasan dari kefahaman itu menjadi dasar perjalanan perjuangan kita. Moga-moga Allah menyematkan kesungguhan dan keteguhan pendirian dalam menghadapi ujian Allah dan melaksanakan perintah-Nya.

Telah menjadi satu kebiasaan bagi manusia memerhatikan dan melontarkan komentar terhadap sesuatu. Seringkali mata yang memandang menimbulkan hipotesis dan rumusan terhadap apa yang diperhatikan. Namun hipotesis dan rumusan yang membina itu datangnya dengan sikap kritis dan menyanggupi untuk membantu pembaikpulihan terhadap satu-satu masalah. Moga-moga artikel ini mampu memberikan kita pandangan dan penyelesaian terhadap salah satu dari timbunan cabaran yang dihadapi oleh aktivis islam. Sematkanlah di dalam jiwa aktivis islam selaku pelajar sekalian agar kita hanya letih dan tidur di malam hari hanya untuk dakwah atau belajar.

Sunday, January 14

Indolaysia

It's a bit hard to think of the rationality for me writing this one. It's just the wickedness and the slumberness of the people back in my country not realising the fact of being in a doll-like country aiming to be a first world country. Sad but true. In times that we have seen, through the eyes that see only hedonism and a little bit of good value to the thoughts of Mr SQ and all his buddies, it has never come to my mind that we are advancing to a level most would think as civilisation-model-country. For long it has been the 'victorious' americans and their ally that has been a 'wonder' to the world. As if they are the prodigy of the new era, the golden mind of the globalisation world. Secretly saying, we've been duped; so stop laughing over the jokes made by the less educating tv show you see from the idiot boxes(Its level of stupidity depends on how 'intelligent' you make the best out of it) .

It has been my aim to make this blog the one for everyone, but recently I've discovered that my contents are becoming more emotional and less intellectual. More on giving my thoughts with a bit of anger spice and language spin in it. Nevertheless, the 'before' contents have been a bit sensitive for the people around me that I should put a mask on it for a while. Until the bell tolls again for me to put in something stimulating.

Back to Indolaysia, it's a new country actually. Located near the Straits of Malacca, between the Philipine and Indonesia; previously known as Malaysia. Somehow this new country is evolving very much. From an agricultural country to a so-called developing muslim nation. All thanks to the huge KLCC; built taller, Savvy; built tougher(i don't know why is it 'sloganised' as such??), the all new ferris wheel built for tourist who never had the experience of getting on one back in their country, and the coming developed JB which is still under construction under water; what an engineering!!. But not all those things that I would argue in this little space and time I've got, but the values of the people that came together with all the 'success'.

For example, the Twin Tower, thanks to the magnificient architect from...Perlis ke? Ke Pahang? Erm..somewhere around the scandinavian countries I guess, and the engineers from the prodigy of the world; the US, and the skillfull labours from...yeah..Indonesia we finally manage to built the building in KL. And because it was built on our money and on our land, we have the right to call it the KL Twin Towers and the royalty for its name and popularity are solely ours. Got that! Oh, and the concretes are ours too. The reason why we need to build that huge of a building? So that AK of astro and maxis can have one and we'll keep one. Don't forget to leave one floor empty so that the supernatural people can occupy the building as well. Remember, we have a lot of djinns and satans and bomohs to feed here in Indolaysia. Stop laughing or even smile, learn something from this.

We're actually adopting a lot of values from our neighbour indonesia, such as bribe or also called administration fee. Thanks to the ever growing power of politicians and their sorts of people, we're now, well, since anwar's time, going into an era where relationship-cables are crucial even to get a place in a boarding school located somewhere behind the hills of maxwell. Cronyism is as equal to rice in daily consumption as to in administration and bussiness and everything that involves something-you-know-what. It's a sad thing to even have to think of this in a...what? Developing MUSLIM nation. Cool, aight?

Well the truth is that, we're CALLED a developing muslim nation, not certified as one. We've got muslim people with beautiful muslim names but as disgusted as it may sounds, they dress like britney or wahever rock band or popstar that exist out there. Pathetic young people that wants all the corruptions to end by making huge riots and write in blogs...oh no...not me...no...i have to stop and start working out there with the people...

Those who are not in Indolaysia, grab the chance to fix it...its our country, patriotism is not wrong...just where you send it makes it right. Nationalism is a taboo...i'm still not clear of the concept yet...lets make a research and explain here...

To all the tourist looking forward to TMM '07, welcome to Indolaysia and have a nice holiday in boats around JB, this would be the only chance for you to do so.