Saturday, May 27


illusions put into reality, thoughts of a living monotheist...

Relativiti


Buat sekian lama manusia mengenali teori relativiti daripada seorang insan bernama Einstein. Penemuan yang membawakan manusia kepada kemajuan teknologi yang amat pantas, membawa kepada penciptaan pelbagai lagi rumus matematika dan jutaan alat-alatan yang mampu memudahkan kehidupan kita. Namun segala ini telah Allah terangkan di dalam ayat 51:49. Setiap yang ada di atas muka bumi dan di langit serta segala yang di antaranya telah Allah ciptakan berpasangan dan berkaitan. Namun ciptaan Allah itu hanyalah untuk melengkapkan alam sedangkan manusia itulah yang melakukan kerusakan di muka bumi. Dengan tersebarnya berita penemuan Einstein itu, maka bermulalah epik kehidupan manusia yang dipenuhi kehancuran, yang berkuasa makin menunjukkan belang manakala yang lemah terus-menerus ditekan dan diperalatkan. Kemudian berlangsunglah kehancuran muka bumi dan penghapusan etnik; pembunuhan beramai-ramai dan peperangan yang melibatkan mereka yang tidak berdosa. Malapetaka ini akhirnya kembali kepada manusia. Bertitik-tolak daripada manusia yang rakus dan tamak, digerakkan oleh manusia yang bersungguh-sungguh mencapai matlamat yang hanya berteraskan nafsu serakah. Dan manusia jugalah yang sengsara kehidupannya, yang terbelit keadaannya, yang hina martabatnya.
Namun sedih sekali apabila aku melihat akan manusia yang tidak mengenali dan tidak mencari relativiti kehidupan dunia dan akhirat. Tidak mengetahui akan relativiti kebaikan dan balasan yang menanti. Tidak menyedari akan relativiti kejahatan dengan azab yang berkekalan. Mengapa manusia semakin disempitkan pemikirannya? Bahkan istilah 'pemikiran terbuka' juga semakin ditutup. Konsep pemikiran terbuka yang diura-urakan sebenarnya telah menutup pintu pemikiran daripada menemui kebenaran dan hanya menjurus kepada hal duniawi. Sedih sekali. Relativiti yang hanya dikenali dikalangan para ahli fizik, pemikiran terbuka yang hanya dikenali oleh para budayawan dan sosialis.
Hakiakt relativiti yang semakin dilupai dan dilepaskan dari pandangan. Hakikat bahawa perjalanan kau yang kedepan dan beberapa yang kebelakang, memperlihat perbedaan yang ketara antara sesetengah yang lain dengan sesetangah yang lain. Sehingga lahirnya ....ekstrimis. Bagiku, tiada situasi ekstrimis, tetapi yang ada hanyalah fanatism. Jika aku bergerak ke hulu, sedang kau berakit ke muara, berapa jauhkah pemisahan kita itu andai kita, kau ukur dalam sehari? Entahlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jika aku setapak ke kiri, dan kau setapak ke kanan, jarak antara kau dan aku sudah dua, tetapi bagi aku dan kamu, kita hanya selangkah berganjak. Tidakkah kau melihat bagaimana relativiti itu sememangnya punyai impak yang besar. Kelajuan cahaya sentiasa kekal, yang berbeza hanyalah jisimnya. Namun, pengakhirannya amatlah jauh berbeda dari permulaannya.
Andai aku kekal di dalam kebaikan, dan kau terus hanyut di dalam keseronokan, apakah jarak antara kita berdua? Dan andai pula aku terus di kehanyutan, dan kau di kebaikan, apakah perbezaan antara kita? Tidak ada satu saat pun didalam hidup kita yang kita berada pada keadaan statik, baik posisi mahupun mentaliti. Sama ada kau terus ke belakang dan aku kehadapan atau kau terus kehadapan dan aku kebelakang. Aku hanya mengikut apa yang dibuktikan benar. Bukan aku mengada-adakan sesuatu yang baru dan tidak pula aku mengubah sesuatu yang telah ada.
Ingatlah, aku akan terus berusaha mencapai kesempurnaan seorang muslim. Andai kau tidak, maka aku akan terus berganjak, dan jarak antara kita akan terus berjauhan. Bukan aku yang ekstrimis dalam mengejar matlamat, tapi kau yang ketinggalan, melupai matlamat. Kau rela dengan mereka, aku tidak. Ingatlah, aku tidak akan bersedih kehilangan seorang teman, kerna aku pernah kehilangan seseorang yang lebih bererti, tetapi aku merasa gusar akan pengakhiran kau. Aku tidakkan merasa takut untuk ditekan, kerana aku menemui pintu kelapangan. Aku tidakkan rindukan kejahilan, sedang pintu kebenaran di dalam penglihatan. Aku tidakkan risau dengan kata-kata, kerana kau akhirnya akan berhenti. Aku tidak takut pada kesakitan, kerana yang terjauh kau mampu bawa aku hanya kepada Allah.
Kau dengan pendirian kau, aku dengan kebenaran yang aku yakini.

Monday, May 15

Sunday, May 14

Tanah kamu dan aku


Perjuangan kita,
Tidak pernah mati,
Namun sahabat,
Ia mampu hilang
Kerna kita asyik, lepa, tertawa..
Telah lama ku nantikan,
Hingga Ia tertanam
Menjadi impian, bukan mimpi,
Dan teriakannya semakin kuat,
Hingga laungannya menjerkah,
Mencarik cebisan hati picisan.
Bangunkan aku, gerakkan aku,

Engkau sahabatku,
Jangan kau lupa hakku,
Hingga aku menyisih,
Maafkan aku, sentapkan aku,
Agar aku teringat air mata itu,
Tangisan yang seringkali dilupa,
Atau tangisan yang tidak pernah ku tahu?
Biar kita luka, tersungkur,
Hatta lelah mencecah maut,
Hatta lemas menggapai nafas,
Jangan izinkanku berhenti,
Jangan izinkanku…
Kerna ku tidak bagimu.
Titisan air mata itu,
Kunci; kunci pelepas singa terikat,
Yang terkandung dalam rijalnya aku,
Kerna tangisan itu,
Tangisan dari saudaraku,

Dari tanah kau dan aku.

Wednesday, May 10

Adakah aku layak?

Apa yang digapai,
apa yang dikecap,
biar bulan yang digenggam,
biar bintang yang dipeluk,
ia tidakkan jadi milikmu,
andai tidak ia diizinkan.

Jangan kau fikir rona itu bahana,
jangan kau rasa tawa itu gembira,
tiada saat dalam hidupmu,
maupun hidupku yang empunya,
hanya tetapan yang telah kering.

Tidakkan hadir bagi kita,
suatu saat ataupun kerdipan,
melainkan yang datang dari Allah,
tetap menjadi hak-Nya,
untuk hujani kita,
dan dipikul bebannya rahmat.

Friday, May 5

Dengarkan, dunia.




Dunia dulu, bersuara merdu,
gemersik angin, menyapa burung,
membalas panggilan ombak,
yang mengharap belai kasih insan.
anak-anak kecil tertawa riang,
sambil yang muda berlembut jiwa,
yang tua tiada kucar.
aku mengenali sebuah tanah,
yang mengandung empayar tersohor.
rajanya mulia kerana keikhlasannya,
rakyatnya aman kerana akhlaknya,
kebun-kebunnya indah
kerana rahmat Yang Esa.
Empayar yang disinari cahaya,
dihiasi alunan mashaf yang agung.
yang membawa manusia menggapai ilmu,
membungkam kejahilan,
mencurah manusia dengan ketenangan,
meluntur segala keresahan,
menulis ideologi yang satu,
memadam penipuan yang seribu,
membina istana keamanan,
meruntuh kubu-kubu kezaliman.
senantiasa di bawah naungan Allah.
Aku,
pewaris raja itu,
yang dulu membuka gerbang kota hina,
membawa kemuliaan, menyemai keimanan.

Namun, seketika lalu,
dibudakkan raja itu
disangka taufan melanda, membawa badai,
menjerkah kecerahan dengan awan gelap,
sedang hanya angin halus
yang berlalu.
Lama mereka dihembus lembut
lantas menyapu hati-hati,
umpama pasir gurun ditolak membukit,
terus lagi ditolak,
membuang ke lembah fatamorgana dunia,
menipu jiwa raja.
Lantas mereka kalut
kalutnya mereka,
sehingga ditinggal mashaf yang agung,
ditipu jiwa si muda,
tertipunya mereka sehingga disangka
yang batil itu haq,
terbebal akal mereka,
terbiasnya bijak mereka sehingga yang kecil
disangka besar.
haru dunia,
dipandu jiwa buta,
dan kita,
hanya singa dipanggil si comel!

Wahai Konstantinopel,
Kau dulu didatangi al-Fateh,
membedil si jahil yang memperkosa tanahmu,
sahutlah salam dari aku,
kerana tiada lagi yang bersimpati untukmu.
tidak ada yang mengenang mu lagi,
semenjak negeri hedonesia terbuka,
buat waris sang perwira.
Aduhai Andalusia,
buat mu juga janji dariku,
derapan langkahku, agar kau
ku temui kembali.
Wahai Palestina,
sebakku terkenangkanmu,
raja-raja terus membuta,
muda-muda masih terleka,
yang tua entah ke mana,
hanya tinggal serpihan
kaca-kaca yang akan mengguris,
menjarah dan merobek si perogol
syaitan gendut.

lihatlah wahai bumi,
anak-anak masih lemah,
jiwa-jiwa terlalu manja,
didodoi fantasi peti ajaib,
didengari dusta-dusta kotak suara,
dan mereka terus bergembira,

andai dapat aku sampaikan,
andai dapat aku bangkitkan,
andai saja dapat aku merasa tenang
melihat mereka membina kembali
empayar khalifah islami.

Perhatikanku

Kian hari aku tertanya-tanya, mengapakah masyarakat bergegas-gegas mengenakan pakaian terbaik setiap hari? Berfikirkan tentang apa yang perlu dipakai esok hari? Apakah warna pakaianku sepadan dengan stokin dan kasutku? Mengapa masyarakat seringkali berpusu-pusu ke shopping mall ketika ada jualan murah, sedangkan jualan murah itu tidak berlaku pun pada hakikatnya? Mengapa ini terjadi?

Perkara in pernah melanda diriku sekian yang lalu. Ketika waktu menjadi penimbang kematangan, bukan jasa-jasaku, ketika manusia lebih hadapan dari agama. Apa yang dapat ku nyatakan adalah kerana masyarakat menurut perhatian manusia. Masyarakat mengutamakan insan-insan berguru nafsu yang lain. Mengikut nafsu mengadili orang. Apa yang membawa kita kepada keputusan sebegini? Mengapa peduli kata-kata orang? Ya itu yang kini aku fahami. Manusia gemar mengata orang. Manusia gemar mengadili orang, tetapi tidak gemar diadili. Itu manusia. Nasihat Luqman al-Hakim menjelaskan segalanya ketika melalui pasar bersama anaknya dan seekor untanya.

Apa sebenarnya yang memainkan peranan di dalam manusia menentukan hala tujunya? Apa sebenarnya yang dicari manusia dalam keputusannya? Semua ini dapatlah saya kaitkan dengan niat yang ditanam di dalam diri kita. Niat yang dibentuk daripada fikrah pemikiran individu. Corak pemikiran yang membentuk keputusan kita di dalam hidup ini. Tatkala berlaku perubahan dalam bunga pemikiran kita, maka di situ jugalah bermulanya perubahan bentuk keputusan yang lahir daripada kita.

Niat yang dibentuk itu adapun adalah berpunca daripada pemusatan fikrah kita. Di manakah kita memusatkan fikrah kita wahai teman? Persoalan ini juga bermain di dalam pemikiran aku wahai sahabat. Persoalan yang jawapannya tergantung berhayun, umpama lampu bilik yang satu, dihayunkan ke kiri kanan, cahayanya juga berlarian menurut arah tuju tali yang menggantung. Keputusan kita sebenarnya adalah ibarat cahaya itu sahabat. Lampu itu pula menggambarkan fikrah pemikiran kita yang berpusat, tidak pula ia punya lampu yang lain, hanya satu yang tunggal. Tali yang menggantung lampu itu pula umpama ikatan kita kepada siling yang menggambarkan pegangan kita. Di situlah hati kita bertapak, di siling itu. Andai kata kita terikat atau bertapak pada al-Quran dan sunnah, maka tali pegangan kita akan memegang dengan kuat, membawa fikrah pemikiran kita yang manyinari arah tuju kehidupan kita, keputusan kita wahai sahabat. Cahaya itu akan menerangi kawasan yang gelap buat penghuni di bawah kita. Lihatlah analogi ini sahabat, ia mudah sekali menggambarkan antara peranan kita di dunia ini. Kita menjadi contoh oleh orang-orang di sekitar kita. Kita menerangi jalan yang akan dilalui oleh orang yang mendampingi kita.

Aku menimbulkan masalah penampilan itu hanya untuk membawakan perkara ini kepada kalian. Masalah yang sebenarnya kembali kepada permasalahan iman kita. Di mana sebenarnya mahu kita ikatkan pegangan kita wahai sahabat?! Pilihlah. Kita di beri pilihan oleh Allah s.w.t. Telah Allah nyatakan di dalam al-Quran akan pilihan kita.

Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. (
18:29)

Dia-lah yang menciptakan kamu maka di antara kamu ada yang kafir dan di antaramu ada yang mukmin. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.(64:2)

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.(90:10)

Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.(76:3)

Sesungguhnya hati itulah punca segala. Allah menjadikan manusia itu dari tanah dan roh, yang memiliki jasad, hati dan akal. Hati itu membawa ke mana kaki kita berjalan, perbuatan yang tangan kita kerjakan, perdengarkan apa yang telinga kita dengari, melihat apa yang mata kita cari, berkata apa yang lidah kita ucapkan; pendek kata apa sahaja yang kita lakukan. Oleh itu wahai sahabat, bukakanlah hatimu, lapangkanlah dadamu untuk menerima ajakan Rasulullah s.a.w. dan petunjuk Allah s.w.t. Hati menjadi pintu kepada kefahaman agama yang akan menjadi pegangan kita. Jangan biarkan pintu hati kita tertutup. Allah memberikan panduan perihal hati kita di dalam al-Quran dengan jelas,

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (22:46)

Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.(
3:13)

Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebagian dari berita-beritanya kepadamu. Dan sungguh telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, maka mereka (juga) tidak beriman kepada apa yang dahulunya mereka telah mendustakannya. Demikianlah Allah mengunci mata hati orang-orang kafir.(7:101)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (7:179).

Maka wahai sahabat, marilah kita membuka pintu hati kita untuk menerima bawaan al-Quran, agar kita beramal dengannya dengan penghayatan yang sebenarnya. Turutkanlah ajaran yang di bawa Muhammad ini. Sesungguhnya di dalamnya tiada keraguan. Aku mendoakan agar kalian diberi petunjuk oleh Allah dalam menghadapi dunia ini dan aku mengharapkan diriku jua tidak kesesatan, mengamalkan islam sedaya upaya, beramal dengan apa yang aku sampaikan. Wahai sahabat, ingatkanlah aku ketika aku lalai, ingatkanlah aku ketika aku alpa, aku jua manusia seperti kebanyakan, yang terdedah kepada kejahatan pembisik yang sudah keluar, yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia, dari golongan jin dan manusia (114:4-6). Semoga kita sama-sama mampu merubah diri kita menjadi yang terbaik di kalangan kegelapan pekat jahiliah.

Ya Allah, Yang Maha Mengetahui isi hati hambaNya, Yang Maha Mendengar rintihan suara hambaNya yang lemah, Yang Memerintah sekelian alam, kuatkanlah pegangan iman kami, teguhkanlah kami di atas jalan agama Mu yang telah Engkau tetapkan buat kami. Kepada Mu kami berserah, Tuhan Yang Menaungi kerajaan bumi dan langit. Ameen.

Buatku dan Kamu

Sesungguhnya hati itu mencorakkan,
hati itu penentu buruk cantik jasadku dan kamu,
cantikkanlah hatimu dengan menghampiri yang halal,
menjauhi yang haram dan meninggalkan yang syubhah.
Didiklah hati dengan menghalusi imanmu,
dengan menyayangi saudaramu sekasihmu buat dirimu,
lalu tinggalkanlah ajakan nafsumu,
alpakan dirimu dari rentetan lagha,
dan jauhi keraguanmu,
kepada keyakinanmu.
Lalu luruskan niatmu,
apa yang dikecap atas apa yang diniat,
Allah kah atau duniakah?
maka bertaqwalah segenap masa,
dan junjunglah kebaikanmu di belakang mata insan,
agar jahatnya dirimu terbatas,
agar bungaan menumbuh lekas.
Maka duduklah bersama pendita,
agar dirimu dihimpun malu,
yang lalu menghindar mungkar,
yang terus melindungimu.
Dan terimalah kecelakaan,
kerna ia tidak celaka,
apatah lagi ia musibah,
hanya petunjuk buat yang lemas,
digapai jari terpaut sakti.
Andai kau terlupa kerap,
maka taubatmu sungguh berharga,
larikan hati dari cercaan,
Allah itu Maha Pengampun.
Buatku dan kamu,
agar dunia hanya fatamorgana,
yang kau dan aku sedari,
menepis menyepi mencari syurga Ilahi.

Persis Pilihanku

Anatara dua yang mendatang,
tertangguhku sebentar memerhatinya,
kadangkala berputar aku memahaminya.
Pantas juga aku memilih antaranya,
namun yang itu kadangkala,
lurusnya ada, siurnya ada.
Namun yang kini bukanlah yang biasa,
yang picisan tidak yang enteng bukan.
Yang kelirunya aku dihantuk olehnya,
yang punahnya aku dibolos olehnya.
Antara kaumku dan percayaku,
yang mana buatmu?
Di antaranya tiada muktamad,
menang kaumku atau percayaku?
Kini kau juga keliru,
membabati fikiranmu yang lain.
Ah! sudah...
manakah manis buatmu?
mungkin yang itu juga aku,
tapi, menangkah kau dengannya?
keliru, aku keliru...
kawan, tolonglah...leraikan kalutku,
berikan aku pilihan,
yang akhirku indah, yang kininya indah.
Kaumku atau percayaku?
Yang duanya bumi dan langit.
Biar aku sendiri,
agarku ketemu ketetapan Ilahi,
yang pastinya berlian buatku.
Walau taufan hembus,
walau air menimpa,
walau bumi membuka,
ketetapan itu yang kan datang.

buatku percayaku yang menang,
lantas kekalkan aku di jalan cahaya.
buatmu bukan perihalku,
yang juangnya disangga padamu,
yang cagaran ini dibelimu.
Persiskah pilihanmu?

Peperangannya

Darah menitis perlahan dari genggamannya. Tangan kanannya tergantung lesu dari bahu yang letih. Namun ototnya masih tegar, keras disaliri darah panas yang membuak-buak dihangatkan rasa marah dan dendam. Benci yang meluap. Dengusan nafasnya pantas dan kuat, umpama singa muda yang baru usai menjatuhkan mangsanya. Darah menyusuri alur bibirnya, mencari jalan ditarik oleh graviti. Tangan kirinya diangkat perlahan, mengesat darah yang keluar dari luka di pipinya. Kakinya berdiri teguh mengangkat badannya yang membongkok keletihan. Kemeja putihnya terlerai menggerbang. Angin sepoi-sepoi bahasa yang datang meredakan suasana kelam sebentar tadi meniup kemejanya. Matanya meliar memerhatikan tubuh-tubuh yang sedang kesakitan, bergelimpangan di kelilingnya. Ada yang terlentang, ada yang meniarap, ada yang mengerekot menahan sakit ya amat. Lopak-lopak darah berkembang perlahan dari luka-luka mereka. "Ting!!!" bunyi buku limanya jatuh menghempas lantai. Birat di jemarinya jelas kelihatan. Dia melangkah perlahan beredar. Dibuka bajunya dan digulung kemas membaluti luka di tangannya. Lebam-lebam tubuhnya, namun hatinya merasa puas.

Baru seketika tadi keadaan di situ tenang diisi hilai tawa anak-anak muda berbual rancak. Namun dalam sekelip mata, suasana berubah menjadi kalut. Kalut yang disuap ketakutan dan amarah. Darah muda si dia merobek keindahan kanvas kehidupan kafir-kafir itu. Jerit suara hatinya yang disimbah semangat mahu membela nasib agamanya. Tidak lagi dikira apa yang ternanti dihadapannya.

Siapa yang mahu menahannya, maka datanglah engkau. Dirinya sudah nekad. Biar aku dilokap, aku tidak peduli kata hatinya. Aku akan melalui semua itu, asalkan maruah agamaku terbela.

Namun, implikasi tindakannya tidak sekadar disitu. Umpama awan hitam yang besar mulai menutupi bumi sebaik ditiup angin, begitu kuat ia merayap membayangi jiwa-jiwa yang dinaunginya. Khabar berita pemuda islam membantai kafir-kafir kerana rumah ibadat mereka terlalu hingar di kawasan pendudukan islam, kerana mereka mencabar semangat jihad pemuda-pemuda islam; menyebar pantas. Sebaik malam menjerkah, kaca televisyen memaparkan berita tersebut. Ke udara pula di radio perihal yang sama. Menimbulkan pemikiran yang pelbagai. Di tambah pula fakta pemuda itu menyertai kumpulan tabligh mengusutkan lagi pemikiran manusia yang semakin keliru. Dalam masa kurang sehari, berita itu sampai di jaringan internet. Nah! Semua sudah mengetahui. Ya, bangga diri pemuda itu kisah seorang pemuda islam membantai 8 orang kafir diketahui umum. Sekarang mereka mengetahui betapa gagahnya islam. Betapa kuasa yang ada pada seorang pemuda islam yang menghayatinya. Namun benarkah dia meghayatinya? Satu persoalan yang timbul buat mereka yang benar-benar memikirkan permasalahan umat.

Sayup di balik berita hangat ini, bergerak musuh-musuh islam. Ya, kini masalah mereka telah datang satu lagi. "Mudah buat kita menjatuhkan mereka." bisik hati syaitan gendut. Di media mereka, maka mereka menghebahkan akan bahayanya islam. Islam itu agama perang, islam agama keganasan. Mengajar anak-anak muda berperang. Jihad islam itu satu ancaman buat keamanan dunia. Mereka menyampaikannya bukan kepada kaum mereka sendiri, tetapi kepada umat islam sendiri. Meracuni pemikiran-pemikiran yang semakin kotor. Menghapuskan kredibiliti mereka sebagai seorang islam yang berpotensi. Yang sedia kufur menjauhi islam. Yang sedia kufur bertambah memusuhi islam. Yang telah keliru kini menetapkan satu ketetapan, islam itu buruk. Yang dulunya bersahabat dengan jiwa-jiwa islam yang mulia, kini menjauhkan diri. Mengesat bersih kesan islam yang pernah jatuh dari tempias sahabat islam yang mulia itu. Menghapus kepercayaan mereka, berkurang mereka yang hampir menerima kemuliaan islam. Yang di kejauhan melontarkan pendapat, menimbulkan keraguan dalam pemikiran-pemikiran yang baru mahu teguh. Masing-masing membawa usul tersendiri. Yang membela di diamkan. Kegemilangan dan keindahan islam yang berabad lamanya dan tinggi nilainya ditepis dengan kondisi yang satu ini. Habis...Remuk hasrat seorang lagi islam yang dahulunya berkobar mahu berdakwah, kini bertambah satu lagi ketetapan pemikiran yang harus di cari solusinya. "Bagaimana pendekatan yang harus ku bawa kini?" lesu hatinya menyoal. Syaitan yang sesat membisikkan pula didada si pendakwah, "Hentikan hasratmu. Lakukan sahaja ibadah buat dirimu. Nanti kamu pula yang menjadi seperti pemuda itu. Tinggalkan usrahmu. Memang itu yang mereka mahu jadikan kamu. Menghancurkan keamanan dengan keganasan. Nanti mereka tanamkan semangat jihad dalam kamu, kemudian kamu ditolak berperang." Sialan syaitan. Merobekkan benteng islam yang satu lagi. Sudah banyak yang rompong, satu lagi yang koyak.

Itu yang di kejauhan. Yang di sekitarnya memakan jiwanya. Ragutan yang menyentaknya. Sahabat-sahabat yang dulunya tertawa bersama, meninggalkan dia keseorangan, hanya melemparkan jelingan layu, melambai harapan yang kami masih bersamamu. Keluarga si sahabat pula mengunci pintu, mengurung si anak, menapis setiap rakan yang dimiliknya. Mereka tidak mahu anak-anak mereka menjadi seperti itu juga. Apa kata orang, ha...ekstrimis! Hatinya sendiri kini goyah. Bergetar jiwanya dalam keraguan. Datang lagi si syaitan jelik... bisik, bisik dan bisik lagi kerjanya. Habis si pemuda itu pula. Saudara-mara yang dulunya menepuk bahu memberi sokongan "Bagus kau ikut tabligh ni, nanti boleh kuatkan iman." kini menapak jauh meninggalkan keluarga si pemuda. Mana kata-kata semangat mereka? Turut ikut bersama omongan kosong mereka. Saudara-maranya juga kini menutup pintu rumah dari keluarga si pemuda, tidak mahu dikait hubung dengan si pemuda.

Lantas segalanya berubah. Pemikiran yang di jauhan, yang di dekat, semuanya berkecamuk. Keliru. Kini mereka was-was. Was-was dengan islam yang dibawakan oleh mamat-mamat tabligh. Kini pintu-pintu mereka di tutup kemas tatkala mamat-mamat tabligh datang memberi salam. Kalis bunyi, kedap udara. Biar lemas tak bernafas asal tak ada anak-anak yang sibuk pergi membelasah anak-anak kafir lagi.

Kasihan mereka. Di putar belit dari semua arah. Tersimpul pemikiran-pemikiran mereka. Kini mereka terperangkap di dalam kekeliruan yang dicipta bentuk oleh syaitan gendut dan yang tak gendut. Di tambah pula dengan bisikan-bisikan halus syaitan yang dari golongan jin dan manusia.

Hanya daripada tindakan si dia yang bersemangat tinggi dan pertimbangan yang singkat, punah segala perancangan, sulit lagi jalan yang perlu dilalui. Kini segalanya secara total berubah. I depict this story to give a glinch of what a short minded guy with a mount of enthusiasm and spirit could do to the ummah. Ana menyampaikan kisah ini kerana ana terfikirkan permasalahan ini setelah berbual dengan seorang akhi serta komentar seseorang yang sungguh penting dalam hidup ana baru-baru ini. Ini merupakan permasalahan yang ana renung kembali agar ana dapat belajar menganalisa dan mempertimbangkan tindak-tanduk ana. Mungkin benar sekali ungkapan seorang rijal yang bersemangat besar punyai kekuatan untuk menghancurkan islam seandainya jiwa dan ilmunya tidak sehebat semangatnya. Namun bukanlah yang ana cuba sampaikan bahawa islam itu tidak punya unsur mempertahankan diri atau jihad itu tidak patut namun kerelevenannya tiba pada satu-satu masa dan kondisi yang tertentu. Barangkali analisa sirah nabawiyah dapat menjelaskan situasi atau kondisi yang memerlukan kita berperang. Di dalam situasi sekarang ini, apa yang lebih penting adalah memperbetulkan kefahaman umat yang semakin hari semakin terpesong. Semakin lama semakin kabur dan kalut. Islam yang sebenar yang perlu dicapai dan diterapkan, iman yang benar yang perlu dipupuk. Bukan sekadar meningkatkan kehendak untuk beruzlah dan beribadah kepada Allah demi kepentingan menjaga tempat kita di syurga semata-mata.

"Qum fa anzir"

Kadang-kadang

Aku mahu melupakan segala kesilapan yang pernah aku lakukan dalam hidup aku sebelum ini. Namun seringkali ia memberikan aku pengajaran atas apa yang perlu aku lakukan dalam cabaran hidupku yang seterusnya. Sungguh tiada apa yang lebih baik yang dapat kita harapkan selain dari apa yang telah berlaku dalam hidup kita. Tiada yang lebih memberi kebaikan dan keseimbangan kepada hidup kita melainkan apa yang telah berlaku dalam hidup kita; yang segalanya telah Allah tentukan dan rancangkan buat kita. Sesekali kita merasakan penyesalan atas kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, namun itu semua memberikan kita satu panduan dalam menjalani kehidupan kita. Kadangkala kita terlalu memikirkan akan hikmah apakah yang menanti di sebalik tindakan kita dan di sebalik segala yang menimpa kita, tetapi hikmah itu milik Allah untuk Nya mnentukan buat kita, untuk Nya kurniakan kepada kita. Bukanlah ia satu fasal dalam kehidupan untuk kita bersusah payah memikirkan akan hikmah itu, tetapi untuk kita mensyukuri akan nikmat yan di sebaliknya. Ksakitan itu bukanlah semata-mata kesakitan yang kosong, tetapi bersyukurlah kerana ia munkin sebagai kafarah dosa kita. Kegagalan itu bukanlah semata-mata kegagalan yang di kurniakan Allah unuk menyusahkan kita tetapi suatu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, agar kita tidak melupakanNya, agar kita menyedari bahawa kita masih punyai iman untuk kita di uji oleh Allah. Sunguh tiada Allah membebani kita melainkan apa yang kita mampu laksanakan. Namun tangan yan mnaip ini serinkali mengingkari arahan Allah, akal yang berfikir ini seringkali melupakan nikmat Allah. Sunguh kita semua hamba Allah yan lemah. Kekuatan kita diungkaikan oleh Allah satu pesatu kerana kealpaan kita sendiri. Sekarang masanya untuk kita berangkat, menghabiskan setiap saat untuk umat, bukan untuk diri kita semata-mata. Bukan waktunya sekarang ini untuk kita melayani tuntutan nafsu ingin menonton televisyen bergembira dan tertawa riang sehari-harian. ukan sekarang waktunya untuk kita termanggu disuap alunan muzik yang mlalikan, tetapi dengan alunan al-Quran dan maksudnya yan indah dan mengajari kita. Kelalaian yang di pasakkan oleh kita sendiri membuka ruang kepada musuh-musuh Allah yang bijak mengatur langkah. Tetapi umat islam kini leka dengan kebodoan diri sendiri yang melarikan diri ke arah hedonism yang sementara. Ini bukan satu luahan dari hati aku yang dituntun nafsu amarah tetapi realiti yang berlaku di sekitar aku. Suatu kenyataan yang dahulunya aku pernah buta darinya. Suatu kelemahan dan kekurangan yang dahulunya aku naif tentangnya. Namun bukan semata unuk aku luahkan demi aku mengangkat diriku menjadi lebih tinggi atau mulia, malah tiada ia terlintas dalam diri aku; tetapi untuk kalian yang membaca ini agar meneruskan perjalanan yang telah kalian pilih, agar kalian memulakan pula bagi yan masih terleka. Ini bukan artikel yang semata-mata untuk kalian baca demi mengisi masa lapang yang kalian ada-adakan, tetapi suatu usaha dariku agar, kalian mengubah persepsi kalian terhadap secebis bahagian dalam hidup masing-masing.
Bagaimana kita mampu dan tergerak mnyatakan bahawa kita sudah memahami islam dan masyarakat yang masih terperangkap dengan suatu kehidupan yang dibentuk oleh kejahilan sedang kita masih terleka dengan kesenangan yang sementara. Dengan hiburan yang hanya memuaskan nafsu, tetapi bukan iman. Kita masih ternanti-nantikan akan panggilan yang memaksa kita unuk berusaha mengubah keadaan tetapi tidak dengan niat dan usaha yang datang dari hati dan keinginan kita sendiri? Aku hairan dan kadangkala kaget memikirkan situasi ini. Ya, aku kadangkala terkejut seketika kerana memikirkan perkara ini. Bagaimana kita sudah mampu menyatakan kita sudah faham akan islam sedang kita masih mendongak dan meninggikan perkara-perkara remeh yang tidak memanfaatkan umat? Mengapa kita sudah teruja menyatakan kefahaman kita tentang islam sedang saudara seislam kita sendiri yang di sekitar kita, masih kita tidak mampu menabur rasa sayang sebagaimana kita mnyayangi diri kita sendiri? Mengapa masih ada rasa dendam, tidak senang dan iri hati terhadap saudara seislam kita sendiri yang berdampingan dengan kita sedang kita yang memilih jalan yang ditetapkan Allah ini sepatutnya merasa gembira dengan kejayaan mereka, merasa sedih dengan kemurungan mereka dan mendoakan mereka ketika kesusahan mereka? Mengapa masih ada yang kita bencikan dan kita jauhkan sedang kita mempelajari erti kasihan dan sabar dalam jalan ini? Kadangkala aku juga melalui perkara-perkara ini, tetapi di sini aku meluahkan apa yang di alami aku agar kalian yang pernah memikirkan sepertiku dapat mengambil langkah yang sepatutnya agar kita bersama-sama mencapai kesempurnaan iman. Aku hanya remaja tipikal yan cuba mengorak langkah. Dan aku merasakan langkah yang akan ku ambil adalah langkah yang kelak akan membezakan aku dan mengeluarkan aku dari golongan tipikal. Aku ingin melihatnya sebagai suatu yang indah yang ditetapkan oleh Allah. Bagi kalian, itu buat kalian. Aku hanya mengharapkan yang terbaik dari Allah buat setiap yang memulakan langkah baru. Semoga Allah memasukkan kita ke dalam jalan ini dengan sempurna dan mengeluarkan kita dari sisa-sisa kehidupan yang lalu dengan sempruna jua. Sungguh islam itu tidak tertegak di atas runtuhan jahiliyah, tidak pula ia di bina atas asas yang berhias jahiliyah. Ia di bina dengan keteguhan dan kekuatan iman yang seterusnya dihiasi dengan ketulusan dan pemahaman islam. Tidak pula ia mengharapkan insan-insan yang meraguinya, dan yang leka membina islam di dalam dirinya. Sungguh Allah akan menggantikan mereka dengan yang lebih elok dan tidak pula Allah membiarkan mereka terlepas dari azab Allah yang pedih. Aku tidak mahu digantikan, aku tidak termampu untuk menghadapi azab Allah. Moga kita bersama mengharungi jalan ini dengan ketulusan jiwa dan keterbukaan hati demi keredhaan Allah.

Bisikan Keraguan

Hatiku kini,
bertaut pada cinta,
yang ku tahu
tidakkan menyungkurkan aku,
bukankah kau jua merasainya?

Kita langkahi bersama,
derapan yang penuh keyakinan,
melembutkan hati-hati kepalsuan,
agar kelak kita diselamatkan,

Perjalanan ini,
yang telah kita temukan,
yang harumnya dari debuan
bunganya dari kesyukuran.
Tidakkah kau merasa ni'matnya?

Sahabat,
mengapa kau ragui?
sedang Dia bersama kita,
mengapa kau rindui
Laluan kegelapan manusia?
merasa bangga
dengan kesementaraan ini.

Ya Allah,
Kau bawaku pergi
dari daerah kelam,
menuju ke kebunan
yang terbentang
lampaui jauhnya pandangan.

Perjalanan ini,
yang telah kita temukan,
yang harumnya dari debuan
yang indahnya,
dihiasi kesyukuran.
Tidakkah kau merasa ni'matnya?

65-2199

The air is clean and the atmosphere in the room is soft. The white table at the left corner of the room resides firmly while the stainless steel table lamp bows down aiming the globe towards the stack of paper. The pens are positioned by the wallet, the watch, ticking as punctual as it could, lay beside the wallet. The scribbling on the paper depicts the idea of an ever thinking mind of a briliiant man; perhaps. The phone at the left of the table sat quietly, no ringings for the moment, engraving respect to the endless calm residue of the calamity and gushing lives of people without ambitions. The bed opposite the table resolved its softness and comfort with the look of the colourful bedsheet that reacts with the passive atmosphere. The laundry basket is filled with clothes of pure distraction to the eye, the view that affects as well the senses that was built before. The window stood clear on the right of the white table. The glass lets the view
pass through it and the eye would certainly focus on the red and white stripes of the awning belonged to the creamy yellow building labelled Early Settler. The building would certainly make the view overlook the green leaves of the maple tree just by the window. The sunlight of dusk resides on the west side of the buildings on the block across the road. The branches of the maple trees wave slowly blown by the cool western breeze of the dusk wind of Adelaide. The moment that can never be acclaimed by the eyes of forging lies nor by the mind of the disbelievers. This is the blessing of Allah towards mankind, the blessing meant for everyone, not for any certain tribes or people, but for all. So help end the war of our brothers by boycotting the products of our enemy. Jazakallahukahairan kathira.

Kedewasaan

Perjalanan hidup ibarat roda, kekadang di atas kekadang di bawah. Itu yang sering aku dengar daripada bibir-bibir 'penyair' duniawi. Mengapa penyair? Hanya berkata-kata, tidak terlaksana. Mungkin aku juga penyair, mungkin kau juga penyair. Ketepikan penyair. Namun apa yang aku ingin suarakan adalah keadaan pemikiran si usia tengah kini. Laksana kanak-kanak yang gembira mendapat gula-gula, terseyum seketika melihat keindahan dunia buatan manusia, yang indahnya hanya daripada kata-kata para penyair tua. Aku hairan dan aku geram, perlu aku hancurkan diri-diri mereka, pasti aku selesaikan. Pemikiran yang pengecut, terkesima dengan revolusi kebenaran, lantas berpaling mencari alasan, kononnya ingin hidup bebas dan maju. Tertawa kecil hatiku, tergeletek jiwaku mendengar kenyataan aku ingin hidup moden. Moden. Moden. Moden yang tersiur, moden yang terlanjur, moden tanpa haluan pada diri. Apa moden pada kau? Bahagian diri kau yang mana yang moden? Masih melayu, tak pernah subur. Justifikasi buta sekadar ingin memuaskan nafsu buta diselaputi kabus penipuan syaitan, disuap bahana kemungkaran Maha Pencipta. Kemudian kau nyatakan kau berani, dipenuhi aliran darah pendekar melayu. Lagi-lagi melayu. Bila nak segar? Berani hanya pada bibir-bibir raja pengecut dunia. Ideologi terperangkap di dalam kotak mancis beruk besar, tersepit di antara celahan gigi khinzir yang makanannya dari sisa yang kau sendiri tinggalkan. Entah apa yang kau fikirkan? Sekadar berani bersua, tidak berfikir. Itu yang aku nampak, yang aku rasakan, yang aku suarakan. Aku melihat anak-anak berlakon kuat dihadapan dara-dara kecil, baik jasad mahupun fikiran. Terasa diri gagah sekadar yang dipuji, dan ditambah rasa tidak sedar diri. Kasihan kau anak muda. Ditipu siang-siang hari tak tahu jalan mana yang benar, tidak tahu lorong mana yang betul, tak nampak cahaya jalan yang cerah, lebih cerah daripada matahari musim panas yang menyinari salji putih kutub dunia. Namun kau masih terkeliru. Ditipu syaitan gendut bermata satu, bertatah bintang davidus. Berdiri tanpa malu dan tanpa gentar, tertawa sinis melihat anak kecil bergelar islam ditipu dan dipermainkan. Bebal. Tak sedar walau sudah ditunjuk bukti nyata. Yang terang digelapkan, yang gelap dihidupkan. Entah apa bijaknya kamu? Dihantar ke pelusuk dunia, diharap menjadi insan, akhirnya kau menjadi beban, menjadi kerak-kerak hangus yang tidak dapat hilang dari dasar periuk sempit. Kau menjadi sisa yang merugikan, sisa yang membengangkan, sisa yang...entah apalah engkau. Diberi jalan, kau tolak, disuluh lampu kau pejam, didengarkan kebenaran, kau layani syair-syair buta. Hanya mainan, anganan orang-orang sempit. Kau semakin dewasa, tapi semakin degil, pengecut, bebal, semakin memutar belit. Kisah melayu diperantauan aku tak peduli, tapi kisah islam diabaikan, aku terasa, aku terfikir.

Autumn Chill

It has been long since I last wrote a post. It's been a heavy week of easter break; a week of holiday, not a single day to study. That was nice. Just hop back to write something that I have been keeping in my mind for quite a while. They're getting stuffed and have to be spilled; here.
Been thinking heavily and this thought came to me; why are the people not thinking wisely or ever try to think ahead of their time. Not all the time, but sometimes. It would be nice for people to give it a thought of what is it that they are looking for in this life. Why is it are they here? Breathing, walking, rushing around and watching the world spinning around them yet, it's hard to find people to think about what is life all about. You might find some who would, but these sort of people are often labelled. Rarely it is a good label. It has been a year and a few months me being here in Melbourne. Well it's not a weird thing to see the Aussies wandering around this huge, isolated land not knowing nor realising about their purpose of life. They never had the chance to be exposed to the dimension where people believe in the existence of God, in a way that God is the Almighty, the Omnipotent, the Ruler of this universe. The thing that surprises me the most are the people that once knew about God, and know that they are going to either hell or heaven, are still not thinking about life, about which will be their place of harbour when the end comes.
Well, my focus in here is about the muslims community and more importantly, the malays that assume they believe in Allah. Why would you say that you believe in Allah when the smallest deed wouldn't even cross the mind. I wouldn't want to push this too far cause I know that it has never been easy to tell people to obey Allah's rule. How can I tell a girl to put on her hijab or moreover to wear a full jilbab when she doesn't believe in Allah? How can I tell a guy not to have a girlfriend when he doesn't believe that Allah knows what he is doing and everything that is in his thoughts? The biggest problem that muslims are facing now, in my point of view and I pressume in every thinking muslim mind, is the inability to believe in Allah. If we really believe in Allah, that Allah is watching everything that we do, Allah knows what we are thinking, what we are saying, what we are hearing and so on, we would never even dare have a glinch of a bad thought or intention. In fact, every second of our lives would be of good deeds only. Well, that's if we really believe that Allah is Almighty, Most Omnipotent. Just one basic aspect that the sahabah and the companions of the Prophet S.A.W manage to grasp in their lives. It was the biggest success ever and would be one if we manage to do so.
It has never been easy to grasp the belief, in more precise word, iman. Apparently this is the most common reason that people would give. Well then, explain this, why would you study hard to achieve a good result? You would burn the midnight oil, scribble on thousands of papers and walk to the library just to get some books that you're not sure whether or not it will provide you with the right information just to get a good result. Then when you get the good result that you wished for, how sure are you that you will get a job and have a good life? Or even worse to think that good results might help you get a husband/wife. If you can spend hours to read and study and doing exercises just to achieve an ambigious ending, why wouldn't you work hard to understand the truth about islam and squeeze all of your life to be a pious or less a good muslim that is distinctive from the non-muslims? The informations you need to be such have been confirmed can be found in a book the whole world call as the Quran. Extra informations and some can be very essential can be found in the collections of the sunnah. Why not? You will be pleased, your heart wouldn't feel the trembles of the worldly fears and your mind would be as wide as the imagination could reach.
Well, easy yet so hard. So close yet so far. So bright yet so dark. So beautiful yet unseen. In the end, I'm just writing to the hearts that justifies their actions with their own minds. Expressing to the dying heart of muslims with high potential of reviving islam back to where it once have reached, contemplating the issue for blinded muslims who are chasing for hedonism. The ideology that is growing fast, sinking and diffusing in the heart of every people, not just the muslims. Being bluffed and diverted by the zionist, and loving the life. What a life you're having and what a time I'm having watching you. At least a time to think, not yet to kill.

A walk to remember is the walk that change the world.

Buat Teman

Maafkan aku andai aku makin melupai zahirmu,
maafkan aku andai aku menjauhi kegembiraanmu,
maafkan aku andai aku mengkasari setiap kenangan tentang aku dan engkau,
lembutilah segala perbuatan dan kenangan kau dan aku tika kau mengingatinya,
luruskanlah perhubungan antara kita,
sebagai sahabat yang terbaik,
yang mengenali erti sahabat itu kerana percayanya kau pada yang Esa,

kerna persahabatan itulah yang aku idamkan,
persahabatan yang menghubungkan aku dan kau....

Jujurnya, Aku

Hadirku di dalam nur,
Penghidupan kecilku di bawah nur,
Di bawa arus lembut kesempurnaannya,
Dilukis hati kecilku
Menjadi insan.
Tumbuhnya aku,
di bawah faham yang berbeda,
aku hanya meniti,
denai yang diturap sekitarku,
denai cantik,
tetapi sempit.
itulah sekitarku itulah sekitarmu.
denai kamu, aku sama.
lalu fahamku menyimpang,
lari dari nur yang menaungiku,
hatiku perlahan mengabur,
salah akukah? aku tidak mengertinya.
aku hanya meniti denai tadi bukan?
aku mengekori jasad sebelumku!
eh, kelibat siapa yang ku lihat?
kadangkala ia memintas,
membuatku berpatah balik,
menimbul gerun yang tak pasti,
tak mengerti dari mana hadirnya.
fahamku tika itu berkecamuk,
diulit indah denai bohong,
dan kelibat itu fahamnya lain pula.
peralihan alamku, pelik.
apakah dimensi kita sudah berbeda?
tatkala kamu mudah meniti denai turap itu,
aku tersengguk-sengguk.
terbelit fahamku seraya tertahan,
apakah aku sudah asing?
apakah aku ini lain?
atau kamukah bersifat itu?
acapkali aku terdetik,
mencari, menyelongkar hadirku ini.
di saat aku condong kepada denai,
nur memanggil lantang.
sudah lama ku tidak ketemunya,
rindukah aku?atau lupakah aku padanya?
jujurnya, aku tidak mengerti.
mungkin kerna kosongnya aku,
mungkin kerna galaknya aku meniti denai,
atau akukah yang angkuh?
angkuh kebodohan menururt-nurut,
mengagung denai sempit berasak-asak.
hairanku, nur datang jua,
syukurku, nur tidak marah,
gembiraku, nur sentiasa buatku.
biarku menyimpang dari denai turap,
biarku kau lihat asing,
biarkan aku, lepaskan aku,
nur yang ku cintai kini,
hidupku kini buat nurku.
memang dulu aku lupa,
menyimpang alpa,
pernah tertutup nurku dengan dedaunan,
dedaunan disisiran denai turap itu,
yang ku agak kujuga yang menariknya..
tetapi hembusan lembut dari nur,
mengangkatkan daun-daun kulai itu,
melayang jauh dari fahamku.
kamu kata aku pendusta?
dulu hina bersamamu tapi kini bertopeng?
ini aku, hidupku, jalanku,
aku telah memilihnya, dan aku memilikinya,
ya, sekadar pinjaman, berkekalan tidak.
aku mengerti itu kini.
aku pernah berjanji pada nur,
dan aku tidak pula mahu menjadi rugi.
jujurnya, aku,
yang tidak akan kembali pada denaimu itu.

Bingkisan Hati



Guriskanlah di mana mahu,
nyatakanlah pada siapa lalu,
Aku, orang dagang,
yang di matamu ralat,
yang diakalmu jahat.

Silamku milikku,
kini jua aku empunya,
datangnya jua milik ana!
siapa kalian menentu aku?
derajatkah kalian mengadiliku?
nyawa ini pinjaman hanya,
yang empunya penentu hala.

guriskanlah di mana mahu,
nyatakanlah pada siapa lalu,
Aku, orang dagang,
yang hikmah telah ketemu,
yang terasing dibenakmu.

dagang banduan kepesonganmu!
dikerah dulu menurutmu,
yang kini meginjak lawan.
yang kini membenam tikam.
yang kini meronta dibebas.
yang kini batinnya bangkit!
tidak terkatungan semahumu!

Bajakanlah bencimu,
atas Aku, orang dagang.
Siarkan dilangitanmu,
teriakkan didaratanmu,
hanyutkan dilautanmu,
bisikkan dicerobong telinga bebal!
Aku tetap melangkah,
kerna ini caraku,
kerna ini kerjaku,
meruntuh bukitan dusta,
menetas salakan banjingan,
menindas jahilmu sesampai kapan.

Guriskanlah di mana mahu,
nyatakanlah pada siapa lalu,
Aku, orang dagang,
yang di matamu ralat,
yang diakalmu jahat.