Monday, June 26

berfikir sejenak, merenung hakikat nasihat...

Aku berfikir sejenak seketika lalu. Sepintas lalu aku terlihat suatu yang melanda manusia di perantauan. Seringkali isu yang menjadi perbualan ramai apabila datang wakil dari penaja masing-masing adalah isu kenaikan elaun. Tidak pernah sekali pun di mana tibanya delegasi dari penaja para pelajar menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan kenaikan elaun. Sebaliknya, ada saja angka yang disebut-sebut dan diharap-harap menjadi kenyataan.
Seringkali aku mendatangi diri aku dengan pandangan-pandangan yang bagi orang kebiasaan zaman kini merupakan teori dan pendapat yang menyimpang dari keperluan para pelajar perantauan. Namun pendapatku ini pastinya mendapat perhatian mereka; samada mahu melepas geram kerana bodohnya pendapatku atau untuk bersama-sama melayani arus yang cuba aku bawakan. Sebenarnya, bukan aku seorang yang berfikir sebegini, malahan puluhan lagi, cuma tidak mahu mencetuskan kekalutan pendapat yang kemudiannya akan membawa kepada pertelingkahan, pengansingan dan pemutusan ikatan silaturrahim sesama sendiri.
Apa yang aku fikir, sebenarnya segelintir pelajar yang seringkali mengharapkan kenaikan elaun ini adalah dari kalangan mereka yang berfikiran keanak-anakan. Their mind revolves around the pole of childhood entertainment. Perhatikanlah mereka. nescaya kamu akan melihat kegembiraan yang datang dari kemewahan dunia. Senyum-senyum yang dibentuk hasil dari ukiran material yang mendampingi mereka. Itulah yang dibawakan oleh syaitan, baik yang dari api mahupun yang dari tanah. Dari raut wajah mereka, tiada ketenangan yang datang dari hati, melainkan yang datangnya dari kilauan manikam. Andaikata kita mendalami kehidupan mereka, perhatikanlah betapa kecilnya dunia mereka. Mereka mempelopori bidang fesyen, gadgetry, hiburan dan yang menyeronokkan hati mereka di sepanjang perantauan mereka. Perhatikanlah, dan fikirkanlah nasib mereka ini. Jalan hidup yang mereka sendiri pilih setelah diberi peluang memilih oleh Allah, Tuhan yang Maha Memiliki jiwa-jiwa manusia dan setiap yang bertaburan di muka bumi.
Bagi aku, jumlah yang aku miliki sudah mencukupi. Jumlah yang bagi aku sesuai buat pelajar yang dulunya mengharapkan penajaan dari segenap badan yang memberikannya. Para pelajar yang di awal periode pengajian tingginya hanya mengharapkan dapat dihantar pergi ke luar negara. Bagi aku, aku hanyalah seorang pelajar, bukan seorang yang dihantar untuk mencari pengalaman yang dipenuhi kemewahan. Aku di sini atas rahmat Allah, atas kemurahan Allah. Bagi aku, memang layak kita menerima sebanyak mana yang diterima kini, kerana kita pelajar yang meminta dari mereka, bukan mereka yang meminta untuk menghantar kita. Kita diberi wang yang cukup untuk hidup, untuk mendapatkan barangan asasi, bukan untuk mendapatkan barangan kemahuan, barangan perhiasan. Sememangnya, kita ditaja kerana mereka mahu kita belajar dan mencari kebaikan yang boleh di ambil dari negara ini, bukan untuk belajar dan hiudp bergaya dan berlagak sudah banyak pengalaman hanya kerana kita belajar di luar negara. Mungkin banyak pengalaman, tapi bukan pengalaman yang membentuk kematangan, sekadar pengalaman.
Fikirkanlah...aku hanya memberitahu sedikit dari akalku yang cetek, agar kita muhasabah diri, apakah yang kita beli itu untuk keperluan ataukah hanya kerana kemahuan? Seringkali kemahuan yang dibina dari persekitaran kita, dari mereka yang bergaya, dari mereka yang membentuk kehidupan dari kemewahan, bukan dari iman dan kematangan. Mungkin bagi yang sedang membaca, aku yakin kalian bukan dari mereka yang bersikap sedemikian, maka jadikanlah ia pengajaran dan peringatan. Aku merasakan bahawa hanya sedikit dari muda-mudi di luar sana yang rela menghabiskan masa untuk membaca hal-hal sebegini kerana masanya banyak dihabiskan di layar perak dan di hadapan televisyen, melayani cerita-cerita yang tidak pernah wujud dan tidak pula memberikan pengajaran yang sesuai buat kehidupan sekarang.

Syukur datang dari hati dan perbuatan kemudian kata-kata...kekufuran juga datang dengan laluan yang sama...syukur itu pula dengan memuji kebesaran Allah dan kemurahan Allah...kufur itu pula dengan menjauhi perintahnya dan menyombongkan diri...moga kita tidak tergolong dari mereka yang sombong dan yang leka...

الهكم التكا ثر
حتى زر تم المقا بر

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu
sampai kamu masuk ke dalam kubur

...andaikata manusia diberikan satu lembah yang berisi emas, nescaya mereka akan meminta sabuah lagi yang serupa dengan yang tadi...

Thursday, June 22

Iqbal...

كُلُّ دَ إٍ فِى سُقُو طِ الْهِمَم

Setiap masalah berpunca daripada pudarnya cita-cita.

Monday, June 19

Siapa kita?

Berjalan jauh aku semalam. Sehari suntuk bergerak ke sana ke mari. Perjalanan aku indah hari semalam. Belum tentu waktu aku akan berakhir indah dan seperti biasa pada malam ini. Suasana di sekitarku berubah dalam sekelip mata sahaja. Ketika semalam aku seronok melihat seorang bayi comel tidur di pangkuan ayahnya, hari ini aku melalui detik-detik kelu dan sedu di sekitar Melbourne. Pada satu permulaan itu, kemungkinan ada pengakhiran buat yang lain. Manusia datang dan pergi. Nyawa lahir dan mati. Kemungkinan aku telah melalui satu pengalaman lebih dari kebanyakan sidang pembaca sekelian. Perjalanan aku selama 20 tahun berubah arah beberapa kali. Dan pada setiap kali itu, aku mendapat sesuatu yang baru, dan bagi setiap ketika itu juga kemungkinan aku hilang sesuatu. Yang pasti kehadiran hidayah padaku kurniaan Allah menghilangkan butir-butir jahiliyah sedikit demi sedikit. Mungkin masih belum semua, tapi aku masih bersyukur kerana nikmat ini terlalu besar. Islam datang dalam hidupku, seperti seorang pejuang yang menghunus pedang, melepaskan panah ke sekitar ku, terhadap musuh-musuh yang cuba mencuri peluang menebas fitrahku yang islam. Islam datang kepadaku dalam suasana yang aku kira aku sedang mencari erti sebenar agama yang aku anuti. Secara jujurnya, aku mengenali usrah pada usiaku 19 tahun. Dalam ketika aku di usia sebelum 19 tahun, aku mengenali gig, mosh pit, studio dan apa saja yang berkaitan muzik. Itu yang aku kenali. Mengapa aku menceritakan semua ini? Kerana aku mahu menyatakan pada sidang pembaca kalian bahawa Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengasih dan Allah itu juga Maha Berkuasa mengubah diriku yang entah di mana ketika itu kepada yang aku sekarang. Aku amat mengharapkan Allah senantiasa mengekalkan aku di jalan ini dan di bawah lindungan rahmatNya. Kepada yang masih ragu-ragu, jenguklah sebentar melalui jendela yang terbuka itu. Fasial Tehrani pernah menulis, hidayah itu umpama cahaya yang tidak menyapa jendela yang tidak terbuka. Bagi aku, jendela itu sentiasa terbuka, hanya kita yang berselindung di balik langsir, sombong tidak menjenguk, bodoh terus menyorok. Aku melihat rakan-rakanku, semuanya membuka jendela, cuma segan silu hendak mengintai. Bukan malu dengan yang disirami cahaya, tapi malu dengan mereka yang turut berselindung di belakang langsir, yang tidak menyelak langsir terus menutup tirai. Mengapa malu dengan mereka? Mengapa tidak basahi sahaja dirimu dengan simbahan cahaya itu agar kau boleh membesar. Membesar sebesar pokok durian yang memayungi segala di bawahnya. Dan menjatuhkan pula buah yang berduri lagi berisi tanpa sekalipun mencederakan yang di bawah. Allah menjadikan nikmatnya di atas bumi ini untuk diperhatikan dan agar kita mendapat pelajaran, bukan sekadar untuk diperhati dan menjadi kenangan. Allah menurunkan al-Quran untuk kita hidupkan mesejnya, bukan hanya untuk didodoi pada yang sakit dan dilagukan pada pertandingan-pertandingan tilawah sahaja.
Perubahan aku yang terbesar sebelum aku memeluk islam dengan dakapan yang aku cuba temukan jemariku mungkin pada ketika aku berumur 11 tahun. Hah..Mungkin bagi kalian masih kecil dan masih mentah, seluar dalam pun mak bapak yang belikan lagi! Tapi tanya saja pada diri kalian, umur berapa yang kalian merasa tak segan tak sipu membeli seluar dalam sendiri sambil membayar pada makhluk lain jantina di kaunter juruwang? Jangan ketawakan orang selagi kita belum puas menangis kerana kerdil dan lemahnya kita. Pada ketika itu, aku mengalami seperti mana yang dialami oleh Alami. Sukar untuk menjelaskannya tapi sedikit sebanyak, aku pernah melalui saat itu. Saat dia hilang di depan mataku, sambil air mataku menitis berderaian di pipinya, sambil dia memegang erat tanganku dan bibirnya melafazkan zikir dan syahadah. Tatkala aku melepaskan tangannya, ketika itu juga ia terkulai jatuh, merebahkan jiwa ibunya, menghujankan air mata puluhan jiwa yang lain. Bukan kesepian menyahut pemergiannya, tetapi teriakan dan tangisan. Saat itu, aku terduduk, memikirkan kesahihan peristiwa itu. Ayahku hanya menangis lesu, tidak terkata apa. Abangku bangkit, berlalu pergi membawa diri ke bilik, ditangkap orang di jerkah ke tepian. Memang bingit dan sakit. Jujurnya, airmataku bertakung tika ini...ditatang kelopak mata agar tidak jatuh walau setitikpun. Biar kering pipi ini. Itulah satu perkara yang aku dapati pada diri aku setelah itu. Tiada lagi tangisan sedu kerana perginya seorang yang berharga. Tiada lagi rasa belas yang mendalam pada mereka yang kehilangan tapi hanya memahami, dan mencari jalan keluar buatnya. Entahlah. Mungkin baik, mungkin tidak. Tetapi kali terakhir aku menangis semahunya hanya ketika aku terkenangkan dosaku pada ayahku. Allah amat mengasihaniku. Allah amat menyayangiku. Itu yang aku tahu. Sepanjang pengalaman aku, tidak pernah aku merasa letih dan lesu kerana putus harapan pada Allah. Tidak pernah juga aku merasa dipinggirkan Tuhan seperti yang sering dilafazkan oleh mereka yang melampaui batas. Alhamdulillah Allah telah mempersiapkan aku untuk menghadapi semua itu. Dan aku menjumpai buktinya di dalam al-Baqarah, ayat terakhir, hanya 8 tahun selepas ia berlaku. Subhanallah. Benarlah, tiada apa yang diangan-angankan melainkan kejayaan yang lengah tiba. Cukuplah dengan kesedihan hari ini, lumurkanlah dengan kejayaan hari esok pula agar bila kau goreskan, kau kan mengenangkan segalanya kembali sebagai fasa-fasa kehidupan yang terindah dan mengajar.
Entah di mana objektif aku menulis hari ini. Tajuk entah apa, mesej entah apa. Let me redirect. Kita hanyalah insan yang kecil, tiada apa. Di dalam al-Quran penuh dengan sifat-sifat manusia yang lemah, bodoh, zalim, miskin, kesunyian, tidak mengetahui, hamba....hamba. Itulah kita. Tapi berlagak seperti tuan. Seperti remora tetapi berlagak jerung. Perhatikanlah disekitar kita, jiwa-jiwa yang menanti di sebelah jendela, tertarik dengan kecerahannya, cuma takutkan panas yang digembar-gemburkan oleh mereka yang langsung tidak pernah bermandikan cahaya itu. Satu analogi yang aku fikirkan mampu dikaitkan dengan segala yang disekitar kita. Sama sahaja di realiti. Ramai orang yang mahu menghidupkan islam, tetapi cuma segan untuk melaksanakannya. Takut nanti terasa bahang umpatan dan kritikan orang, kononnya membina, menjana, tapi hanya membakar diri. Di sinilah kita bermula. Di tika inilah kita langkahkan kaki. Agar mereka-mereka ini berdiri di hadapan jendela yang terbuka itu. Sama ada kita menolak mereka keluar dari belakang langsir atau kita selakkan langsir itu buat mereka. Antara dua, salah satunya mesti dilaksanakan. Cahaya itu; terpulanglah pada Allah samada mahu menyimbahinya pada mereka atau tidak. Itu hak Allah. Namun, kadangkala, cahaya itu disorok belakang awan tatkala ia lalu dibawa angin. Tika itu, mereka-mereka ini mungkin sekali merasakan jiwa mereka tidak menerima cahaya hidayah dari Allah, maka, yakinkanlah mereka sehingga ia benar-benar melihatkan awan itu melintasi bilah-bilah cahaya itu. Dan kadangkala juga, mentari terlalu terik, panasnya menyilau di atas kulit. Kemudian tika itu, perkasakanlah mereka dengan keteduhan syurga-syurga dan berdirilah disampingnya agar dia tidak beranjak ke belakang langsir kembali. Hanya seketika, hanya sebentar. Apabila cahaya itu menyentuh mereka, biarkan ia sehingga bilah-bilah cahaya jatuh ke lantai hatinya, kemudian, barangkali dia akan mencintainya. Itulah kita, orang yang berdiri bersebelahan mereka yang berdiri di jendela. Setelah itu, hinggaplah di jendela lain, bersama mereka yang berselindung di balik langsir-langsir mereka. Namun, jauhkanlah diri kita dari jendela yang terlalu besar, yang barangkali kita juga akan terselindung di belakangnya dan menikmati pula keteduhannya, mungkin belum sampai masanya, tapi ia akan tiba. Itulah kita, itulah kita.
Kita tiada kuasa, hanya sedikit upaya. Kita manusia, berusaha menjadi yang terbaik. Kita mencontohi yang terbaik, bukan yang sudah terbalik. Kita mencari sumber yang adil dan benar, bukan sumber yang batil dan kucar. Kita ada Muhammad, mengapa mahu ikut entah siapa yang tidak memberi kesan kepada dunia. Mereka hanyalah tempias-tempias yang hinggap di lantai dalam, sedang Muhammad itu bagaikan hujan yang jatuh di muka bumi, menimpa tanah menumbuh ketenangan. Kita punyai al-Quran, all-in-one. Everything is there. Daripada akhlak ke hukum, dari sistem ke contoh, dari sejarah ke pengajaran, dari syurga ke neraka, dari dunia ke akhirat. Semuanya ada, tapi kita sahaja yang segan silu, bodoh sombong. Bak kata orang tua-tua rumah aku, "Dah naik lemo dah gitau deme, tapi deme telinga bebai, bior dighasanya".

Fikirkanlah, andai tersilap, tegurkan aku. Andai terasa, ubahlah diri, andai tidak, sampaikanlah pada yang lain. Mungkin mereka akan lebih memahami.

Saturday, June 17

Afraid to Read

sekadar mahu mengongsikan selembar kata-kata Dawud Wharnsby Ali di dalam lagunya yang menyentuh hati. Mampu mengusik hati-hati yang masih bersih dan belum hilang fitrahnya yang MengEsakan Allah.

The hall light is always on every night that he is gone.He hears his mother toss in bed when he slips in at dawn.In the book case by the stair, he can see it sitting therelike a waiting watchful wise-man scolding him with care.In the morning will they fight about him being out all night?Will he resent their gift of love and not admit that they are right?All he wants is to fit in some place, but must he compromise his faith?He can?t look himself or his parents in the face.He takes the book upstairs unread and sets it closed next to his head then counts the prayers he's missed and lays so hopelessly in bed.Oh Allah, he's so afraid to read,the wisdom that?s revealed may burrow in his mindHe'll be obliged to admit,He'll be obliged to submit.But will he be strong enough to live the truth he finds?Oh Allah, he's so afraid to read.I sent an email to my loved one, just the other day It's sad communication has evolved this way.We use so many words but have so little to relay as angels scribble down every letter that we say.All the viral attachments sent and passionate insults we vent It's easy to be arrogant behind user passwords we invent.But on the day the scrolls are laid, with every word and deed displayed,when we read our accounts, I know, for one, I'll be afraid.

Basikal tua...

Al-kisah pada ketika tahun 70-an, saat yang mana orang-orang di Malaysia sedang sibuk dengan ago-go, era permulaan rock, melayani filem-filem hindustan dan kisah-kisah cinta ideal yang di bawa dari barat. Zaman kegemilangan seluar bootcut dan rambut sikat tepi yang kemas serta baju-baju kemeja ketat sungguh galak diragakan. Suatu zaman yang dilalui oleh seorang pemuda bernama Jiman(bukan nama sebenar).
Jiman adalah seorang pemuda yang terkenal di Kampung Kubang Kedondong(bukan kampung sesiapa). Penuh bergaya, Jiman mampu menarik perhatian anak-anak gadis kampungnya. Cara berjalannya yang tenang dan ditambah pula dengan wajahnya yang tampan, tidak sesawo matang pemuda-pemuda lain di kampung itu. Kulitnya cerah, hidung mancung dan pandai bergaya. Lagi pula, bapaknya seorang peniaga di kampung itu. Memiliki satu-satunya kedai menjual kelapa dan santan serta produk-produk sampingan yang mampu dihasilkan dari kelapa seperti sekaya dan minyak rambut. Produk yang paling tinggi nilainya di kedai Haji Usin, bapak Jiman, adalah umbut kelapa yang amat sedap dimasak lemak putih. Dengan status Jiman yang amat ketara berbeza dengan rakan-rakannya yang lain, Jiman telah menyuarakan kebosanannya dalam berjalan kaki ke perhentian bas di bawah mentari terik apabila dia hendak ke pekan. Lantas, Jiman telah membuat kertas kerja dan membentangkan kepada ayahnya, layaknya seperti seorang ahli perniagaan yang ingin mencadangkan kepada ahli lembaga pengarahnya akan perlunya pihak kompeni membeli sebuah kereta mewah untuk kegunaannya dan keluarganya. Setelah sehari suntuk membentangkan kepada ayahnya akan cadangannya itu, akhirnya, bapaknya telah termakan dengan helah Jiman. Lantas, Jiman berjaya mendapatkan sebuah basikal tua(yang ketika itu tidaklah tua lagi) jenama Raleigh berwarna hitam. Bersama dengan pembeliannya, tokei kedai basikal itu menghadiahkan kepada Jiman rantai tahan karat serta mangga jenama manggis untuknya mengunci basikalnya apabila meninggalkan basikalnya di perhentian bas agar tidak dicuri.
Maka Jiman pun bergayalah dengan basikalnya itu. Dikayuhnya basikal itu kemana saja dia pergi. Bahkan nak ke tandas di belakang rumahnya pun, dia mengayuh juga basikalnya dan merantaikan basikalnya itu di batang pokok pinang bersebelahan tandas rumahnya itu. Jiman amat menyayangi basikalnya itu. Dibasuhnya setiap selang 4 hari dan dibawa ke kedai basikal untuk menjalankan overhaul setiap 2 minggu. Jiman obses dengan basikalnya.
Setelah hampir 3 tahun menunggang basikal, Jiman menjadi bosan lagi. Jiman mahukan kereta pula. Maka dirancangkannya satu lagi kertas kerja untuk memohon pada ayahnya sebuah kereta. Akhirnya, Jiman berjaya lagi. bapaknya membelikan untuknya sebuah kereta Fiat berwarna merah, semerah biji saga. Basikal tuanya pula dikunci di bawah rumahnya, dibiar berkarat.
Setelah 30 tahun, basikalnya itu masih lagi di bawah rumahnya. Jiman sudah menjadi tua. Dia kini mengambil alih kedai kelapa ayahnya dan telah membuka lebih 15 cawanangan di sekitar rumahnya. Penuh dengan kelapa. Dia pun telah berkahwin dengan seorang anak gadis yang tidak terlalu lawa, tetapi tetap menjadi kegilaan anak-anak muda berkulit sawo matang di kampungnya.
Suatu hari, datanglah seorang pemuda, dia berminat dengan basikal tua Jiman kerana jiwanya yang oldskool. Dia meminta pada Jiman kebenaran untuk mengambil basikal itu tetapi Jiman dengan lantang bersuara, "Kau jangan mengada-ngada. Basikal tu banyak jasa dekat aku. Banyak manfaat aku dapat dari basikal tu. Senang-senang kau saja nak ambil. Kalau kau nak jugak, kau buat kira-kira, berapa net present value dia berbanding dengan 30 tahun dulu. Lepas tu kau kira pula berapa rate yang patut aku letakkan untuk aku dapat profit 10% bagi setiap tahun sepanjang 30 tahun dengan net present value yang kau kira tadi. Lepas tu, baru kau boleh ambil basikal tu." Jiman tertawa besar mengenangkan soalan yang tidak dapat dijawabnya semasa di unversiti dahulu diajukan kepada seorang budak kampung sepertinya. Pemuda itu terasa kecewa, lantas bergerak lesu ke arah sebuah kedai kopi di hujung Jalan Pinang Sebatang. Lantas pemuda itu bersuara,"Wahai Bani Kubang Kedondong, sungguh, si Jiman telah menghinakan aku dengan soalan ekonomi bertaraf pelajar tahun kedua bidang kejuruteraan Universiti of Melbourne. Dia mengherdik aku dari jendela rumahnya. Apakah ada diantara kamu yang mahu membela aku?" Maka bangkitlah seorang tua yang sebaya dengan Jiman yang memendam dendam dengan Jiman kerana Jiman merasakan dia tidak layak berkahwain dengan gadis nombor satu kampung mereka. Dia pun lantas ke rumah Jiman, memaki hamun Jiman dan basikalnya. Habis dikutuknya basikal Jiman. Dia turut menyatakan Jiman semakin menjadi-jadi setelah mendapat kereta Fiatnya itu. Dia ungkit kembali segala kejahatan Jiman semasa bersama-sama kereta Fiatnya dan menyatakan bahawa dengan basikal tua itu, perangainya teramatlah baik.
Kemudian Jiman naik berang. Dia melakukan rusuhan bersama-sama ahli persatuan jejaka berkulit tak sawo matang. Jiman mengamuk ke seluruh kampung. Jiman memberontak. Kemudian, datanglah seorang lagi lelaki tua yang sebaya dengan JIman dan menenangkan Jiman. Dia kemudian meminta maaf bagi pihak lelaki tua yang mengutuk Jiman tadi. Kemudian, Jiman menjadi tenang kembali. Rakan-rakannya yang lain juga kembali senyap. Namun Jiman tetap tidak mahu membaiki basikal tuanya untuk digunakan kembali agar tidak perlu memberikannya kepada pemuda yang meminta tadi dan tidak pula dia ingin memberikannya kepada pemuda tadi. Dia tetap meninggalkannya di bawah rumahnya. Apalah ,Jiman?


Daripada kisah ini, apa yang aku nak bawakan adalah suatu analogi yang aku lihatkan berlaku di dalam masyarakat islam masa kini. Basikal tua itu seolah-olah al-Quran(derajat al-Quran adalah jauh lebih tinggi daripada ini, sekadar mahu memudahkan analogi) yang dimiliki oleh para muslimin. Kini kita menyaksikan umat islam berusaha mencari sumber-sumber ideologi lain yang terlalu rumit dan menimbulkan terlalu banyak masalah sedangkan petunjuk yang hakiki telah terbentang di depan mata. Kemudian, apabila datang mereka-mereka yang ingin mendalaminya dan menghayatinya, di halang pula golongan itu dan dijauhkan pula mereka itu dari petunjuk yang benar. Kemudian apabila golongan itu mahu meminta bimbingan dari yang lain, hanya musuh-musuh yang datang, memecah-belahkan ikatan antara sesama islam. Kerana kesenangan yang melimpah ruah, umat islam makin leka dan sekadar meletakkan sumber petunjuk, yakni al-Quran itu sebagai perhiasan dan kebanggan masa lalu. Namun apabila diherdik pula akan al-Quran itu dan dituduh pula al-Quran itu dengan tuduhan palsu, sensitiviti umat islam dikejutkan dan reaksinya masih begitu hebat. Tetapi apabila ini berlaku, kata-kata indah entah dari siapa jua mampu menenangkan jiwa-jiwa umat islam. Begitu mudah kita dipermainkan. Begitu mudah kita dibudakkan. Sedih. Itulah realiti yang aku lihat bermain di sekitar umat islam. Al-Quran yang agung hanya sebagai simbol agama, bukan lagi sebagai sumber kehidupan. Fikirkanlah....sekadar trigger buat hati-hati yang mahukan kebangkitan islam semula.

Tuesday, June 13

315 or so...


The world is what we see today, and more to it are those behind the scenes. The goodness that you can get from the sources and the environment that you can touch, taste, see, smell and hear. While millions of feelings can be found and felt by all living creatures despite the fact that we don't know how do other living creatures feel. Yet, millions of deceptions can be found as we take the time of our life exploring the world and all of its treasures. What we see today is the life that was brought up from the past. The civilasations made up from the civilastions lived by the people of the past. They are the histories of us and we are living their dreams. Another intriguing fact is that, how did the history managed to form such a modernised people as today? How did they learn so much that we can scoop their minds and put on the cones of our needs and capabilities? From where did they start so as for us to imitate the success and to implement the perfect system to obtain a far powerful results with the technology that we have today?

Well, as simple as the history tells us, only to get you guys think and relate what has been long searched by people, what we need in order to have such a civilisation with an absolute advance morality level is to have about 315 normal human being possessing this one special thing in them, iman. The iman or faith(which does not resemble the true meaning of iman, but closely related) is built up upon a base called sincerity. Yet this is something very hard for us to find. Something rather impossible, but hey, nothing is impossible as long as Allah permits it. These 315 or so men were the people that have such superb morale that they are appropriate for every men with pure fitrah. They are indeed the companions of the Prophet S.A.W. and they are the first one to perform jihad against an army of tyrrants. The stories of them are beautiful, filled with messages and examples that we can take, learn and adapt in our life. They have got the education from the Prophet S.A.W. himself and they lived under the supervision of Muhammad S.A.W as well in building up their characteristics and their iman.

Those are the people that the world needs. Those are the sort of people that we should seek after. Those are the examples that we should take priority of rather than the ignorant artists, oppressive leaders and all those who never resembled the decency of a human being but yet being proposed to be the role model for the people. Maybe we should recap ourselves upon what basis did we choose a role model for ourselves? And after what concrete reasons did we take our present role model for? Just a brief reminder for the forgetful people. Therefore remind (men) in case the reminder profits (them). The reminder will be received by him who fears (Allâh), But it will be avoided by the wretched, Who will enter the great Fire and made to taste its burning (87:9-11).

...the world only needs 315 or so pious men with firm iman. Why bother looking for tens of thousands of so called geniuses with no faith at all?...

Monday, June 12

Hanya Allah yang memberikan petunjuk...

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam, yang memberikan rahmat sepanjang masa, yang menurunkan hujan, yang menghidupkan haiwan-haiwan, yang menumbuhkan tumbuhan, yang membenarkan aku untuk terus menulis buat eksplorasi kalian. Hanya Allah yang layak disembah, yang layak diberikan segala penyerahan kepadaNya, Tuhan yang berhak mendapat pengabdian secara mutlak dari diri ini, dan dari kalian.
Malam ini merupakan malam yang termata seronok, malam yang Allah s.w.t. melimpahkan rahmatNya secara jelas dihadapan mataku, dan dihadapan mata ratusan yang lain. Malam yang mana langit ditutupi awan membawa hujan gerimis, menjatuhkan air yang suci, yang kemudiannya membasuhi jiwa-jiwa yang gusar, yang meneguhkan ketetapan jiwa-jiwa yang goyah, dan hujan yang membersihkan diri. Malam ini, aku menjadi saksi kepada penyaksian seorang manusia mengilahkan Allah. Hanya Allah yang maha memberikan petunjuk, hanya Allah yang maha mengurnia. Inilah kali pertama aku menyaksikan seorang bukan islam, memeluk agama Allah yang indah ini. Tatkala itu, aku menjadi terharu, seperti jiwa yang dibisikkan dengan ketenangan. Umpama hati yang diusap dengan tangan yang lembut, meminta aku membuka pintu syukurku kepada Allah kerana menghadirkan aku di situ malam ini. Subhanallah! Andai dapat aku ceritakan kepada kalian betapa indahnya saat itu, nescaya akan aku laksanakan, tapi, tiada kata yang mampu menceritakannya. Namun, mungkin kerana egoism aku juga, aku menghentikan titisan air mataku dariapada menerjuni pipiku. Bertakung air di mataku, dan aku simpan kembali. Mungkin aku masih belum bersedia untuk menitiskannya. Mungkin juga aku masih belum menghayati nikmat-nikmat Allah buat manusia dan buat aku terutamanya.
Namun, keindahan itu diselangi dengan kedurjanaan yang bermain difikiranku. Kedurjanaan daripada sikap sebahagian individu muslim yang sebilion dan lebih itu, yang tidak memikirkan akan kesempurnaan islam, yang tidak menghidupkan keindahan islam itu. Hanya sekadar menjadi ahli ibadah yang tidak bersungguh dalam ketaatannya kepada Allah. Mungkin apabila kiamat sudah tiba, maka mereka akan bertaubat. Mungkin apabila mereka hilang salah satu dari nikmat Allah yang banyak itu, baru mereka akan mencari akan kesempurnaan islam. Hanya Allah yang membuka pintu hati menusia, dan hanya Allah juga yang mengurniakan rahmatNya, taufik dan hidayahNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Benarlah firman Allah, "Dan di antara manusia itu ada yang mengatakan, "Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian." padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman."(Baqarah:8). Sungguh Allah maha mengetahui apa yang dirancangkanNya. Sedang seorang yang bukan islam menelaah tentang islam, ratusan ribu islam di muka bumi mencari jalan untuk berpaling dari jalan Allah. Ratusan ribu juga yang memperolok hukum-hukum Allah sehingga hati mereka menjadi lebih keras dari batu. Padahal batu yang keras juga mengalirkan air melaluinya. Itulah manusia. Tidak pernah bersyukur, tidak pernah merasa cukup. Itulah manusia yang diimpikan yahudi dan nasrani dan para atheis, agar umat islam yang hebat dan agung ini hanya sekadar satu makhluk yang tidak bernilai. Sedangkan sehalus-halus makhluk pun punyai nilai yang besar dalam sistem dunia tunduk kepada hukum Allah, manusia yang punyai akal dan hati pula berlumba-lumba menjadi makhluk yang mengikut jejak langkah syaitan. Namun mereka ini juga memberikan ruang untuk kita membeli syurga Allah yang indah. Sungguh, selepas kesusahan itu ada kesenangan. Hanya Allah yang menetapkan setiap segala sesuatu.
Mungkin sampai di sini sahaja dahulu penulisan aku kali ini. Sekarang sudah pukul 1.15 am. Patut aku tunaikan hak aku ke atas badanku.
Assalamualaikum, semoga Allah merahmati saudara baru kita itu dan memberikan petunjuk kepada islam yang syumul.

Friday, June 9

A diary of mine...



Just called my parents. It felt really nice that you take the effort to keep in touch with your parents. It feels so relaxing, though not as relaxing as when you drop your tears in your prayers and your du'a. It makes you feel humble when you take the chance of your time to hear their voices and to get to know what they are going through at the moment. Glad to hear that my parents are still fine, everybody at home is in the pink of health. Wonderful. It sorts of eradicate the worriness and uneasiness(though I don't know why is it so) from you. One thing I know for sure, laughter is never the best medicine. It only shows you the gate to your own stupidity and weaknesses.
Something I'd like to share about is the feeling of gratitude and thankfulness that you express to your loved ones(I mean the allowable loved ones) in any way possible is very crucial and it builds up a better bond. Just like the hadith in Riyadhus Solihin where our Prophet Salallahualaihiwassalam told a sahabah to say, or express his love for a brother in words, not just with his heart and actions toward that loved brother. Can you find me a religion or an ideology that teaches how to show your love and care towards someone so specific like Islam? And I wonder why so many of the muslims are not seeing the beauty of islam and yet kept giving appraisals to the western ideas and thoughts which began from the advancements of islam? Well, that's part of life.
Back to the point I'm trying to address, it's embarrassing to see a son or a daughter pretending to be matured with their parents by not wanting to be kissed or hugged. I just couldn't find a better and rational answer to this behaviour other than egoism. Daughters and sons tend to avoid from being seen by their friends when they are departing from their parents. Well, one thing I can say, wait till they are gone, then you'll regret what you did. I'm saying this cause I've been through those excruciating moments when you are about to lose your loved ones. It hurts, like piercing a needle into your eyes or stabbing your chest with a rusted and crooked knife over and over again. You would feel the numbness that people kept singing and mentioning in their poems, and as far as I've been through, it was speechless. All the melancholies that I fantasised about in my mind before was far lesser than the true feeling of it. The sadness would haunt you for days, and you would search for rather ridiculous methods of abolishing that feeling if you're alone. You would be filled with tears and memories that would be great to think about when you're far away from that person, but a distress one when the person is absolutely out of reality, out of current existence. It would kill if you're alone. It would bend you and break you if you have no others supporting you. You can go astray if you don't have such a strong need towards rehabilitation of life and to keep on track. But I've been there, done that and I'm glad that I'm still here writing this piece of admonish.
Take a day of your life, or maybe an hour of your day, feel grateful for having a loving and caring father and mother. Give them a call, for the sake of your love to them, do it! I recommned that you say these words "I love you mom, tell dad I miss him and love him too", then hang up. Call back the next week and say it again with all your heart(Honestly, just saying it would be more than enough, no need to hang up. Just to make it more dramatic :-)). But I admit that it *is* hard to say it. Maybe its because of the norm that we're built upon. It invokes on us more towards love between seperate gender and of the same age range. In other words, for g*#%f$&%*d or b*^f$#@(d(Sorry, too slimy to be mentioned in my diary =D). Well, it might be just another decent act of yours towards deserving people but personally I find it despicable. You can't utter your love words to your parents, but you spit them out like a spraying firehose towards those people you pretend to be your soulmate. Gerrrgghhhh!!! I feel like pumping a massive German's blimp till it blows up! You can't even afford to pay your own insurance, yet you have the heart to love someone and pretend that you're a grown up? Beat it!
Well, before I got worse, I better stop. But, think back of what I've mentioned. You wouldn't want to lose your parents before you die. Trust me. If you ask me(though I know I can't change what had happened to me and that what had been can never be better), I would prefer to die first before my parents do. But I prefer most for what Allah has set for me. Those memories would come back time over time, but it helps me grow; a lot. It stimulates me to be strong, but nobody can blame me for being sensitive and sensible. Well, tears are not meant to kill yourself, but to extinguish your melancholies. What's wrong with that? (=D, trying to defend myself here).

Wednesday, June 7

Rasai, dan fikirkan...

Seronok melihat jiwa-jiwa yang seperti kita, sehingga kadang-kala kita hanya mengharapkan hanya mereka yang disekeliling kita. Seringkali kita menjauhkan diri dari mereka yang tidak sehaluan dengan kita, membuatkan aku terfikir, di mana majmuknya kita? Acap kali manusia menginginkan mereka yang memahami atau berfikiran seperti kita yang hidup di dunia, agar dunia seperti yang kita mahukan. Tetapi hakikatnya, mereka yang lain dari kitalah yang sedikit sebanyak membentuk diri kita. Berbezanya mereka dari kitalah yang membuatkan kita mahu membentuk jatidiri dan pendirian kita yang satu dan tetap. Jatidiri yang kita tahu akan kebenaran, atau sekadar kita meyakini atas sesuatu yang tidak kita pasti. Lemah sebenarnya kita ini, jika hanya manusia yang jiwa-jiwa mereka seperti kita sahaja yang berlegar di atas muka bumi ini. Apakah yang menjadikan para Rasul begitu hebat tahap kesabaran dan keimanan mereka? Pastinya kerana jiwa-jiwa yang seringkali menentang dan melawan kebenaran yang mereka bawakan daripada Allah. Begitu juga para sahabat, yang iman mereka menggunung tinggi dek cabaran yang mereka terpaksa hadapi dalam menyebarkan risalah Islam. Kemudian datang pula golongan salafusoleh dan para tabi'in. Yang mana jiwa mereka dibentuk dengan satu sistem pendidikan yang menetapkan bahawa mereka harus menempuhi jiwa-jiwa yang sentiasa menentang mereka; agar akhirnya mereka mencapai kekuatan yang tidak lagi goyah. Sehingga memiliki ketenangan dan tiada lagi gubra. Satu bentuk kekuatan yang kemudiannya akan memberikan satu contoh yang mantap buat mereka yang berjuang.
Namun apa yang dirasai oleh mereka yang berjiwa kental itu, bukanlah hasil daripada kehendak untuk memerangi perbedaan itu, tetapi hasil daripada mereka merasai akan kesusahan yang akan ditempa oleh jiwa-jiwa yang berbeda itu. Mereka merasakan jeritan fitrah jiwa-jiwa yang berbeda itu, bahwa sesungguhnya kesengsaraan itu dapat dihindarkan andai jiwa-jiwa itu mengenali apa yang mereka kenali. Lantas dengan perasaan kasihan yang timbul dari perbedaan yang hakiki itu, maka mereka berjuang, memberikan segala-galanya untuk menyampaikan kepada jiwa-jiwa itu tentang perlunya mereka hapuskan perbedaan itu dengan pemikiran dan pemahaman yang sama. Pemahaman yang datangnya dari hati, bukan dari akal semata. Pemikiran yang datangnya dari sumber yang benar dan tidak ada keraguan padanya.
Mereka yang berjiwa kental itu, melalui satu medan pembentukan yang amat luas, seluas hamparan bumi. medan pendidikan yang mengajarkan erti kesusahan, yang mendidik menjadi seorang yang mampu bersusah-payah. Proses menjadi berdikari dari kesenangan dunia secara mutlak, tetapi bergantungan tanpa lepas pada Allah. Itulah yang menjadikan mereka kuat. Hasil daripada perbedaan yang hakiki, antara dua jalan yang bertentangan, akhirnya ia membawa kepada satu pengakhiran, berbalik kepada di pihak mana kita berada. Maka, panjatkanlah syukur kepada Allah kerana menunjukkan jalan kepada kita untuk menjadi insan yang berusaha keranaNya. Jika semua manusia hanya punyai satu pemikiran, satu identiti, satu fahaman, satu aqidah, maka tiadalah golongan yang akan ke neraka atau ke syurga, maka tiadalah juga golongan yang boleh dijadikan pengajaran, dan tiadalah juga golongan yang akan membuatkan kita berfikir. Namun segala ketetapan itu adalah dari Allah. Kita hanyalah hambaNya yang berusaha untuk mencapai redhaNya, insyaAllah.
Rasailah kekalutan yang dihidapi jiwa-jiwa berbeda disekitar kita. Tetapkanlah satu haluan buat diri kita, agar kita mengetahui ke arah mana hendak kita tujui, dan mengapa harus kita tujuinya. Fikirkanlah jalan yang terbaik untuk melaksanakannya, dan fikirkanlah juga, apakah hanya kita sahaja yang patut dan layak ke sana? Serukanlah sebaik mungkin, ganjarannya hanya Allah yang berhak menentukan. Mungkin inilah sebahagian daripada sesuatu yang dipanggil da'wah. Satu perkataan yang menggetarkan jiwa-jiwa, dengan getaran yang berlainan tempo dan amplitud.

p/s: "...your mental faculty has ceased to function...", mungkinkah kita sudah mencapai tahap seperti ini?

Sunday, June 4

My Little Friend



Sometimes life can be so easy,
When you believe there's more to it,
and if you talk about the blessings,
that you got from Allah,
And sometimes life can be so hard,
when you think too much
about the hardships of yourself,
and the well-being of others,
Oh little one, think before you speak,
this is a cruel world,
where people don't stop for kindness,
though not everyone,
where some might eventually,
walk with you, along,
the throdden road, filled with love,
love for Allah.

Friday, June 2

I will Make it true

I stop a while to give a glance,
at something i've never lived before,
I took a stroll along the path,
and the wonders snap me off,
lest was it an easy path,

Look upon the sky,
and breath with all the air,
and I hear all the sounds,
but how can this be?

Nobody's listening to me,
but nor will i cry
and I wouldn't stop to speak
and I wouldn't start to sleep,
again...

Look upon the sky,
and breath with all the air,
and I hear all the sounds,
oh friend, where art thou?
are you just a foe?
or are you a woe, here, alive?

Somebody's listening to me,
but nor will I laugh
and I wouldn't stop to speak
and I wouldn't start to sleep,
again...