Sunday, October 7

Syair dan Jiwa

"Aku mendapati sesetengah buku tarbiyah harakah islamiah memisahkan antara prosa dan puisi tanpa alasan yang kukuh. Menjadikan para murabbi( pendidik ) tidak dapat menggunakan beratus-ratus rangkap dan petikan puisi yang boleh melembutkan hati atau membangkitkan semangat atau puisi yang berkaitan dengan aqidah dan fikrah yang merupakan hasil para pemuisi yang thiqah sama ada lama atau moden juga para pemuisi dakwah. Seseorang kemungkinan ketika mendengar suatu perngertian, tetapi sedikitpun tidak menyentuh perasaannya, tetapi apabila digubah dalam bentuk rentak puisi tertenu akan menggembirakan hati yang gundah gulana, menggerakkan orang yang lalai dan mendekatkan cita-cita yang dulunya terasa jauh.

Sebahagian daripada syair mempunyai hikmah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w;

Rentak dalam percakapan seumpama melagukan suara; maksud daripadanya ialah untuk mewujudkan kegembiraan hati dan jiwa yang menyebabkan kegembiraan fikiran.

Oleh yang demikian kami lebih cenderung untuk menggunakan puisi dalam siri buku ini, bertujuan untuk menambah gambaran yang baik oleh seseorang da'i terhadap pengertian-pengertian tertentu, supaya mendalam di dalam jiwanya dan memerhati serta mengingatinya sentiasa.

Bukti yang paling jelas tentang kepentingan syair dalam menyebarkan aqidah dan mempertahankannya, ialah perana yang dimainkannya ketika membantu ahli-ahli bid'ah dikalangan masyarakat awam. Usaha-usaha ini dilakukan untuk menentang usaha-usaha IbnTaimiyyah serta pengikutnya ketika mereka berusaha membatalkan segala bid'ah dengan hujah-hujah sunnah yang mulia.

(Tidak dapat dinafikan bahawa hujah lojika yang dibawa Ibn Taimiyyah telah memberikan kesannya, tetapi kekeringan lojika tidak dapat mengatasi kebasahan dan keindahan syair puisi sebagaimana yang dikatakan oleh penyair islam Muhammad Iqbaal dalam buku Abdul Wahhab Azaam - Kitaan Muhammad Iqbaal)

Fenomena ini mendorong aku untuk memasukkan puisi-puisi dalam siri buku-buku ini.

Generasi Silam dan Pengikut

Al Imam Ahmad menjadi ikutan kita dalam menggunakan syair yang melembutkan hati. Dia menghafal sebahagian syair yang kemudiannya ditulis oleh Thal'ab; seorang sasterawan masyhur. Murid-muridnya pernah mendengar dia bersyai pada hari mehnahnya para penyair telah memujinya. Bahkan dikatakan beliau mengucapkan beberapa keratan syair kerana tidak berpuas hati terhadap 'Ali bin Madiiniy yang tidak bersabar ketika menghadapi penyiksaan(Manaqib Ahmad - Ibnul Jauzi).

Pernah pula salah seorang muridnya telah berkata;

"Wahai Abu Abdullah, apakah pendapat kamu terhadap syair yang mengandungi sebutan syurga dan neraka?"

Beliau berkata;

"Seumpama apakah syair itu?"

Muridnya menjawab;

"Mereka berkata:

إذا ما قال لى ربى
Ketika berkata Tuhan kepadaku;
أما مستحييت تعصينى؟
"Tidakkah malu maksiat terhadapku?"
وتخفى الذنب من خلقى
"Menyembunyikan dosa dari makhlukku"
وبا لعصيان .. تأ تينى؟
"Dengan penuh noda..menghadapku?"

Lalu beliau berkata;

"Ulang sekali lagi."

Berkata muridnya;

"Aku ulangi sekali lagi, lalu ia(Imam Ahmad) bangun dan memasuki rumahnya serta menutup pintu. Ketika itu aku mendengar suara tangisannya dari dalam dan beliau mengulangi syair tadi." (Talbisu Ibliis - Ibnul Jauzi)"

Bergetarlah hati-hati yang mencari redha Rabbnya saat ia mendengar syair ini. Terhentilah segala lakunya kerana mendengar syair ini. Terkenanglah ia akan kemaksiatannya saat mengangkat takbir.

"Dengan penuh noda...menghadapKu, dengan penuh noda...menghadapKu, dengan penuh noda...menghadapKu"