Thursday, November 8

Bukan masa, tapi kita.

Kebangkitan Eropah Jahiliyah, Kerja Keras dalam Ilmu Pengetahuan Alam dan Industri

Abad ke 16 dan abad ke 17 Masihi, merupakan fasa terpenting dalam sejarah umat manusia di masa hadapan. Eropah telah bangkit dari tidur panjangnya, meloncat dari pembaringan untuk bergegas mengejar menebus masa-masa kelalaian dan kebodohan yang berlangsung selama berabad-abad. Eropah berlari kencang dari ketertinggalan, bahkan sekali waktu terbang, menundukkan segenap potensi alam semesta dan menyingkap misteri bumi dan langit, menyusuri dalamnya lautan, daratan dan benua-benua yang tersembunyi, merumuskan ilmu-ilmu baru, pengetahuan umum dan seni yang meliputi pelbagai aspek kehidupan. Pada period sejarah yang relatif singkat ini, lahirlah sejumlah ilmuan semisal Copernicus, Bruneo, Galileo, Kepler, Newton dan ilmuan lainnya berhasil menghapuskan sistem klasik dan membangunkan paradigma moden dan menemukan dunia-dunia baru dalam ilmu pengatahuan. Ada pula kalangan ilmuan penjelajah seperti Columbus, Vasco da Gama dan Magline. Pada period ini, sejarah umat manusia sedang mengalami masa transisi. Ada bangsa yang bintangnya terang benderang, dan ada pula yang bintangnya mula meredup dan yang dahulu redup kini terang-benderang, sedang yang dahulu bersinar, kini mulai termaram. Masa peralihan ini membuat sekelompok bangsa yang merasakan betapa berharganya waktu, satu jam bagai sehari, satu hari laksana satu bulan. Dalam pengertian bahawa orang yang menyiakan satu jam sahaja dalam sehari, sama dengan menyia-nyiakan waktu satu tahun.

Keterbelakangan Umat Islam di Pelbagai Aspek Kehidupan

Akan halnya umat Islam, mereka tidak saja menyia-nyiakan beberapa jam atau beberapa hari, akan tetapi hakikatnya mereka telah menyiakan masa berabad-abad dan beberapa generasi. Sementara bangsa Eropah memanfaatkan dengan maksimal setiap detik dan setiap minit dari waktu yang mereka lalui. Bangsa Eropah bekerja keras melakukan pembangunan di setiap aspek kehidupan. Jarak yang semestinya ditempuh selama satu abad dapat mereka capai dalam satu tahun. Hal yang sekiranya dapat menggambarkan kadar kelesuan bangsa Turki muslim di lapangan ilmu pengetahuan dan teknologi adalah berkenaan dengan bidang industri pembuatan kapal laut. Teknologi perkapalan baru masuk ke Turki pada abad ke 16 Masihi, teknologi percetakan dan sistem pelayanan kesihatan baru dikenal pada abad ke 18 Masihi, demikian pula sekolah-sekolah khusus ketenteraan bergaya Eropah. Sampai-sampai, ketika orang-orang Turki menyaksikan belon besar melintas di atas ibu kota Turki, orang menyangkanya sebagai ilmu sihir. Bangsa Eropah yang kecil itu telah mendahului Turki dalam menciptakan pilar-pilar kebangkitan peradaban dan kesejahteraan dunia. Turki pun tertinggal jauh oleh Mesir dalam industri keretapi dan pos.

Dipetik dari Derita Dunia Akibat Kemunduran Umat Islam, Sayyid Abul Hasan Ali Nadwi, cetakan Mei 2006, terbitan Fadlindo Publishing. muka surat 152-154.

Sesungguhnya Allah mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. [Ar-Raad: 11]

Selalu kita mendengar ayat di atas, seringkali juga kita jadikan ia hujah agar mereka yang mendengarnya turut berubah. Namun berapa kali kita muhasabah diri kita dan bermujahadah untuk melaksanakan perubahan itu? We must become the change we want to see, Ghandi said it way after Allah revealed the holy ayat above to our Prophet Muhammad s.a.w. and Muhammad showed us how, the Khulafa' Rasyidin did it as well, the next generation, and the next, they did the same as well. Dan kita masih terpuruk dalam kemelut kemalasan, terumbang-ambing antara laksanakan atau nanti masih ada waktu. Kerajinan, tekad dan usaha yang tak kenal lelah merupakan paradigma yang telah lama kusut dalam kecilnya sikap kita menanggapi isu dan tuntutan. Langkah derap seringkali tak acuh, biarkan umat berusaha, aku kan nyusul nanti. Hah, matilah kau dengan sikap kau yang lembik ! Tunggu lagi dalam bilik kau, harapkan islah dengan usaha orang lain, mimpi hidup dalam indahnya khilafah, tapi melangkah ke rumah mad'u, melangkah ke surau, masjid pun nak fikir.

Masa itu agen perubah kerana kita mengambil langkah yang proaktif untuk mengubah. Tapi masa itu juga boleh jadi agen perosak andai kita menjadi pasif dan kedu dalam langkah menganjak paradigma kita. Terpulanglah.

Wallahu'alam.

-ujian menimpa, tak perlu gusar kerana Allah sentiasa bersama kita-

Sunday, October 7

Syair dan Jiwa

"Aku mendapati sesetengah buku tarbiyah harakah islamiah memisahkan antara prosa dan puisi tanpa alasan yang kukuh. Menjadikan para murabbi( pendidik ) tidak dapat menggunakan beratus-ratus rangkap dan petikan puisi yang boleh melembutkan hati atau membangkitkan semangat atau puisi yang berkaitan dengan aqidah dan fikrah yang merupakan hasil para pemuisi yang thiqah sama ada lama atau moden juga para pemuisi dakwah. Seseorang kemungkinan ketika mendengar suatu perngertian, tetapi sedikitpun tidak menyentuh perasaannya, tetapi apabila digubah dalam bentuk rentak puisi tertenu akan menggembirakan hati yang gundah gulana, menggerakkan orang yang lalai dan mendekatkan cita-cita yang dulunya terasa jauh.

Sebahagian daripada syair mempunyai hikmah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w;

Rentak dalam percakapan seumpama melagukan suara; maksud daripadanya ialah untuk mewujudkan kegembiraan hati dan jiwa yang menyebabkan kegembiraan fikiran.

Oleh yang demikian kami lebih cenderung untuk menggunakan puisi dalam siri buku ini, bertujuan untuk menambah gambaran yang baik oleh seseorang da'i terhadap pengertian-pengertian tertentu, supaya mendalam di dalam jiwanya dan memerhati serta mengingatinya sentiasa.

Bukti yang paling jelas tentang kepentingan syair dalam menyebarkan aqidah dan mempertahankannya, ialah perana yang dimainkannya ketika membantu ahli-ahli bid'ah dikalangan masyarakat awam. Usaha-usaha ini dilakukan untuk menentang usaha-usaha IbnTaimiyyah serta pengikutnya ketika mereka berusaha membatalkan segala bid'ah dengan hujah-hujah sunnah yang mulia.

(Tidak dapat dinafikan bahawa hujah lojika yang dibawa Ibn Taimiyyah telah memberikan kesannya, tetapi kekeringan lojika tidak dapat mengatasi kebasahan dan keindahan syair puisi sebagaimana yang dikatakan oleh penyair islam Muhammad Iqbaal dalam buku Abdul Wahhab Azaam - Kitaan Muhammad Iqbaal)

Fenomena ini mendorong aku untuk memasukkan puisi-puisi dalam siri buku-buku ini.

Generasi Silam dan Pengikut

Al Imam Ahmad menjadi ikutan kita dalam menggunakan syair yang melembutkan hati. Dia menghafal sebahagian syair yang kemudiannya ditulis oleh Thal'ab; seorang sasterawan masyhur. Murid-muridnya pernah mendengar dia bersyai pada hari mehnahnya para penyair telah memujinya. Bahkan dikatakan beliau mengucapkan beberapa keratan syair kerana tidak berpuas hati terhadap 'Ali bin Madiiniy yang tidak bersabar ketika menghadapi penyiksaan(Manaqib Ahmad - Ibnul Jauzi).

Pernah pula salah seorang muridnya telah berkata;

"Wahai Abu Abdullah, apakah pendapat kamu terhadap syair yang mengandungi sebutan syurga dan neraka?"

Beliau berkata;

"Seumpama apakah syair itu?"

Muridnya menjawab;

"Mereka berkata:

إذا ما قال لى ربى
Ketika berkata Tuhan kepadaku;
أما مستحييت تعصينى؟
"Tidakkah malu maksiat terhadapku?"
وتخفى الذنب من خلقى
"Menyembunyikan dosa dari makhlukku"
وبا لعصيان .. تأ تينى؟
"Dengan penuh noda..menghadapku?"

Lalu beliau berkata;

"Ulang sekali lagi."

Berkata muridnya;

"Aku ulangi sekali lagi, lalu ia(Imam Ahmad) bangun dan memasuki rumahnya serta menutup pintu. Ketika itu aku mendengar suara tangisannya dari dalam dan beliau mengulangi syair tadi." (Talbisu Ibliis - Ibnul Jauzi)"

Bergetarlah hati-hati yang mencari redha Rabbnya saat ia mendengar syair ini. Terhentilah segala lakunya kerana mendengar syair ini. Terkenanglah ia akan kemaksiatannya saat mengangkat takbir.

"Dengan penuh noda...menghadapKu, dengan penuh noda...menghadapKu, dengan penuh noda...menghadapKu"

Monday, September 17

Kewajipan

Risalah-risalah samawiyah ini adalah obor hidayah Rabbani yang di bawa para Nabi s.a.w. kepada manusia untuk menerangi manusia yang sesat dan bingung di tengah jalan yang gelap dan asing di belantara kehidupan. Iaitu ketika jalan di hadapannya menjadi kacau dan simpang siur, sementara kilatan cahaya akal dan fitrah tidak mampu menunjukkannya kepada jalan kebenaran.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), [Ma'idah, 5:44]


Dan Kami iringkan jejak mereka (nabi nabi Bani Israil) dengan Isa putera Maryam, membenarkan Kitab yang sebelumnya, yaitu: Taurat. Dan Kami telah memberikan kepadanya Kitab Injil sedang didalamnya (ada) petunjuk dan dan cahaya (yang menerangi), dan membenarkan kitab yang sebelumnya, yaitu Kitab Taurat. Dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa. [Ma'idah, 5:46]


Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (Yaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahwa kepada Allah-lah kembali semua urusan. [Asy- Syura, 42:52-53]


Sesungguhnya syariat-syariat samawiyah dan hidayah Rabbaniyah itu memiliki prinsip reformasi yang sama, yang dijadikannya sebagai landasan kehidupan manusia yang baik, seperti ma'rofat kepada Allah dan iman. Syariat-syariat ini mengajarkan keteguhan hati, martabat diri, dan pengagungan persaudaraan sesama manusia. Semua itu ditujukan agar manusia menerima segala hal yang bermanfaat bagi mereka serta menghindari segala hal yang merugikan dan membahayakan mereka. Di luar syariat samawiyah dan kaedah-kaedah kemanusiaan yang baik ini, tidak ada kemaslahatan walau seberat sebiji sawi pun.


Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). [Asy-Syura, 42:13]


Sesungguhnya, saran-sarana praktis yang ada, berbagai syariat samawiyah hanpir sama dan berdekatan*, meskipun tatacara dan manifestasinya berbeza. leh kerana itu, solat, puasa, zikir, membaca al-Quran, berbuat kebajikan dan sedekah, semua itu merupakan sarana pembersihan diri dan manifestasi keagamaan dalam syariat Allah.


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, [Baqarah, 2:183]


Ketika syariat samawiyah mengarahkan segala tuntunan ibadah dan kewajipan beragama, semua itu tidak dimaksudkan sebagai beban atau tekanan, tidak mengingkari fitrah dan tidak pula membenturkan antara pelbagai kepentingan manusia, baik secara kelompok mahupun secara individu. Sebaliknya, ia bertujuan untuk meneguhkan makna-makna spiritual yang tinggi dalam jiwa, dan mengisyaratkan perasaan serta kesedaran yang paling tinggi, yang tanpanya kehidupan manusia tidak akan berdiri tegak.


Ia juga bertujuan menghidupkan hati dan perasaan yang menjadi tolok ukur satu-satunya terhadap kebajikan dan kejahatan dalam kehidupan manusia; serta memfungsikan perasaan manusia bahawa dirinya diawasi oleh Allah s.w.t., pengawas yang cermat dan cerdas, yang mencegah mereka dari berbagai kecenderungan terhadap keburukan, serta membimbing mereka menuju kebenaran dan keselamatan.


Saat ini, kita berada pada waktu menjelang puasa Ramadhan yang bulan sabitnya muncul malam ini. Allah berfirman, "Barangsiapa di antara kamu hadir(di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu." [Baqarah, 2:185].


Puasa ini merupakan kewajipan Rabbani yang muhkam, yang difungsikan untuk mencari redha Allah. "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku yang membalasnya." [Muttafaq 'alaihi, Riwayat Bukhari]


Pemilik syariat telah memilih bulan untuk berpuasa, beberapa hari yang ditentukan. Dengan puasa ini, Allah meguji manusia dengan hawa nafsu yang paling lekat pada jiwa mereka, keperluan yang paling penting bagi kehidupan mereka. Allah meyuruh mereka agar tidak makan, minum, dan tidak melakukan hal-hal yang menjadi keperluan mereka sehari-hari. Allah tidak menetapkan pengawas bagi mereka dalam mengerjakan semua itu kecuali dari diri mereka dan keimanan mereka bahawa Allah akan mengawasi mereka.


Adakah pendidikan lain terhadap keinginan yang kuat dan tekad yang keras, yang lebih efektif daripada pendidikan seperti ini? Pengawasan mana yang lebih teliti dan lebih menyeluruh daripada pengawasan ini? Selain itu, tujuan puasa ini adalah seperti yang diisyaratkan ayat mulia dalam firman Allah, "agar kamu bertaqwa".


Cukup bagi orang mukmin mendapatkan pelatihan praktis untuk menempa keinginan yang kuat dan tekad yang keras, agar ia menjadi elemen yang bermanfaat dalam kehidupan manusia yang soleh di tengah masyarakat. Manusia lebih sering menerima kegagalan kerana jiwa yang lemah, tekad yang lembik, keinginan yang leceh, terjerat oleh khayalan, dan berhenti pada garis-garis adat kebiasaan. Ketika manusia terbebas dari ikatan prasangkanya serta hegemoni adat istiadatnya, dan meguasai dirinya, maka ia telah memiliki segala hal.


Sesungguhnya bulan Ramadhan dan kewajipannya, hari-harinya, malam-malamnya, dan waktu-waktunya memiliki keutamaan yang diberikan Allah kepadanya. Allah mencatat untuknya tempat yang tinggi dan derajat yang mulia, yang dapat melipatgandakan segala kebaikan orang yang berbuat baik, membuka segala pintu penerimaan bagi orang-orang yang berdosa.


Ketika mereka mendapat limpahan keutamaan Allah ta'ala pada hamba-hambaNya di waktu-waktu yang mulia ini, sesungguhnya, hari-hari tersebut benar-benar memiliki urgensi yang tidak boleh kita lupakan dan lekehkan. Demi Allah, itu merupakan kesempatan satu kali dalam setahun. Siapakah yang tahu nasibnya esok hari, sementara ajal dan takdir ada di tangan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar?


Wahai kaum Muslimin, laksanakanlah kewajipan Ramadhan secara sempurna( tidak berkurang sedikit pun), dengan berpuasa, menjaga diri secara bersamaan: Janganlah kamu berani membuat maksiat kepada Allah dengan berbuka, baik secara sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan! Janganlah kamu membatalkan puasa kamu dengan perbuatan yang sia-sia maksiat dan dosa. Hindarilah maksiat dan batalnya puasa secara bersamaan! Alangkah baiknya seandainya pemerintahan islam membuat materi sanksi dalam undang-undangnya untuk membuat jera orang suka berbuka puasa di siang hari secara terang-terangan di bulan Ramadhan.


Hendaknya orang yang membatalkan puasa dengan alasan cuaca sangat panas, kelelahan, dan tidak tahan puasa itu mengingat bahaw api neraka itu lebih panas seandainya mereka memahami, dan bahawa kesengsaraan hari Kiamat itu lebih lama dan menyakitkan seandainya mereka berpikir. Seharusnya mereka bersabar terhadap cubaan yang sebentar agar kelak mereka tidak menerima siksaan yang pedih. Siksaan yang tidak pernah berhenti, sedangkan mereka berada dalam keadaan putus harapan di dalamnya. Apabila mereka mengerjakan perintah ALlah dan segera mentaati-Nya, maka ALlah pasti menolong mereka, memudahkan jalan bagi mereka utnuk berbuat taat di dunia, serta melimpahkan kepada mereka pahala di akhirat. Sebab, tingkat pahala itu berdasarkan tingkat kesulitan. Ada seorang saleh yang memilih hari yang sangat panas untuk mengerjakan puasa sunnah, lalu ditanya, "Tidakkah kamu memilih hari yang lebih ringan daripada ini?" Ia menjawab, "Subhanallah! Jika demikian, atas dasar apa aku berhak mendapat pahala?!"


Hendaklah ia mengingat firman Allah;


Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. [Baqarah, 2:185].


*perlulah digariskan bahawa penggunaan kata samawiyah oleh Imam Syahid, bukan agama samawi, kerana agama Allah hanya satu, iaitu Islam. Allah berfirman, "Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. [Ali-Imran, 3:19]. Oleh kerana itu, perbezaannya terletak pada syariat. Jadi, yahudi dan nasrani adalah syariat, bukan agama. Adapun agama yang dimaksud adalah agama islam.

Dipetik dari "Ceramah-ceramah Jum'at Hasan Al-Banna", Syeikh Ishom Talimat. Edisi asal dimuat dalam harian Al-Ikhwan al-Muslimun edisi 372 tahun ke-2, Jum'at, Sya'aban 1366H/ Julai 1947M.

Thursday, August 23

Mencari benih-benih tarbiyah


Segala pujian bagi Allah s.w.t. yang meletakkan jiwa-jiwa kita di dalam rahmat dan nikmat iman dan islam. Tidak ada sesiapa yang dapat menyesatkan orang yang Allah berikan petunjuk, dan tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah Allah sesatkan. Moga Allah terus meletakkan kita di dalam kumpulan orang-orang yang mensyukuri nikmatnya, amin.

Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Muhammad s.a.w., yang telah melengkapkan dakwah islamiyah dari para anbia' sebelum baginda. Kepada ahli keluarga baginda dan kepada para sahabatnya yang telah berjuang menyebarkan islam sehingga tiba kepada kita, moga Allah merahmati dan meredhai mereka.

Kepada para tabi'in, salafussoleh yang menyambung dakwah islam dari para sahabat, yang menyambung tali dakwah islam dari para sahabat kepada sekelian yang seterusnya, moga mereka juga diredhai Allah atas usaha mereka.

Akh dan ukht yang dikasihi sekalian,

Dakwah merupakan satu perkara lama yang baru bertapak dalam benak kebanyakan kita. Dakwah semakin lama menjadi darah daging kita, dan kita menerimanya dengan hati yang rela dan terbuka. Dengan dakwah juga kita mulai memperbaiki diri kita dengan anjakan yang konsisten insyaAllah. Namun begitu, dakwah ini tidak dapat bertahan dengan lama dalam diri kita jika perkara dasarnya tidak dibentuk dengan betul. Kepada apakah yang ingin kita dakwahkan jika kita tidak punya islam dalam diri? Islam dan dan dakwah tidak pernah terpisah dan tidak mungkin terpisah. Itulah hakikat dakwah sebenar, menyeru manusia agar tunduk patuh kepada Allah s.w.t. dalam setiap hela nafas kita dan semua manusia. Jika sebelum ini telah kita tersasar dari halatuju dakwah yang sebenar, maka sedarkanlah diri kita semula, dakwah kita adalah dakwah islam. Perhatikanlah saf dakwah antum, ke manakah halatuju dakwah mereka? Jika tidak kepada Allah, tanggalkanlah ikatan kita dari mereka dan carilah saf yang lain. Kerana tidak mungkin orang yang ikhlas berdakwah kepada Allah redha untuk bersama dengan mereka yang berdakwah kepada selain Allah.

Itulah halatuju kita, namun persoalan utamanya, adakah kita juga telah bersiap untuk mencapainya? Ataukah kita hanya seronok menyeru manusia kemudian kita terbiar di tepian sedang yang diseru mendakap penuh apa yang didakwahi? Islam perlu dahulu tertegak dalam diri kita, agar kelak ia di sekitar kita, akhirnya kepada semua. Da'i yang tidak muslim, mana mungkin mampu menyeru manusia kepada islam? Kepatuhan yang ada pada da'i perlulah lebih dari yang diseru. Pengorbanannya juga lebih besar, dan penghayatannya juga lebih mendalam. Tidak semua yang dituang akan tumpah ke nasi, begitu juga kita, tidak semua yang disampaikan akan diterima. Itu hukum yang biasa. Kerana itu kita perlu berusaha lebih kuat untuk melihat hasil yang sedikit. Kadangkala Allah menguji kita, tidak ada kedapatan hasil di depan mata kita, tapi itu sekadar ujian untuk menjadi lebih baik.

Wahai akh dan ukht yang ikhlas,

Bagaimanakah akan dapat kita perkuatkan diri kita? Pintu manakah yang perlu kita masuki untuk mempersiapkan diri kita? Agar kita menjadi lebih likat dan tumpat dengan islam kemudiannya dituang sedikit dari kita, akan tetap sedap air yang menerima kita. Di sinilah tarbiyah memainkan peranan penting. Di sinilah tarbiyah menjadi bernilai. Tarbiyahlah unsur pertama untuk da'i bersiap. Tarbiyahlah jalan utama untuk sampai kepada ustaziatul alam yang kita cita-citakan. Untuk menghasilkan khalifah seperti Umar Abd Aziz datangnya dari perempuan yang takutkan Allah, meyakini Allah maha melihat perbuatan khianat dalam perniagaan. Tidak dapat dipisahkan dari entiti utama saf kita bahawa tarbiyah merupakan awal kepada setiap perkara, baik ekonomi, politik, sosial dan apa sahaja, ia perlu melalui madrasah tarbiyah yang menyeluruh, yang membentuk keseluruhan peribadi, bukan membentuk satu-satu kelebihan, kemudian mengemudi dengan kesepahan jahiliah dan kelopongan jiwa menuju ustaziatul alam.

Tarbiyah yang menyeluruh ini pula ya ikhwah wa akhwat, terlalu berat untuk disusun satu persatu, selangkah demi selangkah. Tidak relevan untuk kita mengharapkan seseorang mengemudi kita sepenuhnya sehingga kita menjadi cukup ampuh untuk mengemudi orang lain pula. Tidak dinafikan peranan sang murabbi untuk mendidik kita, tapi murabbi juga manusia, punya kehidupannya sendiri, punya tanggungjawabnya sendiri. Ribuan manusia lain yang berhak ke atasnya. Begitulah kekuatan sang murabbi, juga punya batas. Nabi Muhammad s.a.w. dalam mendidik para sahabat, tidak sepanjang hayatnya disisi para sahabat untuk mendidik mereka selangkah demi selangkah. Ada waktunya baginda s.a.w. bersama isteri-isterinya, bersama orang-orang yang memerlukan, ada waktunya bersendirian menghadap Allah s.w.t. Namun begitu Abu Bakar menjadi orang kedua selepas Nabi s.a.w. Di dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat, "Siapakah pada hari ini berpuasa?" kemudian Abu Bakar menjawab, "Saya Rasulullah". Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapakah pada hari ini telah mengiringi jenazah?" Abu Bakar menjawab lagi, "Saya Rasulullah". Baginda bertanya lagi, "Siapakah pada hari ini telah memberikan makan kepada orang miskin?", Abu Bakar menjawab lagi, "Saya Rasulullah". Baginda bertanya lagi, "Siapakah pada hari ini telah menziarahi orang sakit?" Abu Bakar menjawab lagi, "Saya Rasulullah".

Wahai akh dan ukht yang disayangi,

Apakah yang menyebabkan Abu Bakar bertindak sebegitu? Pada hemah ana, pastinya semua amalan-amalan tersebut datangnya dari kebiasaan yang telah dididik. Kebiasaan yang telah dibentuk sehingga menjadi peribadi. Tidak perlu datang arahan, tidak perlu datang satu-satu kejadian baru terlaksana. Semuanya menjadi kehidupan yang indah, tidak dibuat-buat. Begitulah tarbiyah yang hebat, dari murabbi yang terbaik di dunia, dari kehendak yang tinggi, dan dari ketulusan dalam beramal kerana Allah s.w.t. Perhatikanlah Abu Bakar, jasa-jasanya kepada umat ini, kepada islam. Berterusan sepanjang hidupnya. Islam dalam dirinya likat dan tumpat.

Begitulah idola-idola kita telah menunjukkannya. Ia bermula dari kita, dibimbing oleh murabbi. Kesempurnaan tarbiyah hanya akan dapat tercapai bila kita sendiri yang membuka mata untuk melihat semuanya sebagai tarbiyah. Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya adalah tarbiyah. Bagaimanakah itu wahai du'at yang ikhlas? Dapatkah kita melihat maksudnya? Segala-galanya adalah tarbiyah. Dari pagi hingga malam, penuh dengan benih-benih tarbiyah. Semuanya terbentang untuk kita membaiki diri kita sedikit demi sedikit. Hari demi hari, bukan program demi program, daurah demi daurah, dan sebagainya. Disitulah kunci utama yang perlu kita perhatikan. Muamalah kita dengan manusia, memberikan kita peluang mendidik diri dengan adab-adab islami yang kita pelajari. Pertemuan demi pertemuan mendidik kita menjadi lebih menepati masa. Tugasan yang bertimbun mendidik kita mendahulukan mana yang patut dan mana yang tidak. Kerenah manusia yang pelbagai mengajar kita kesabaran dan ilmu rijal yang berguna untuk dakwah fardhiah. Pelbagai lagi wahai ikhwah dan akhwat ! Bukalah mata.

Kita tidak punya ruang untuk berprogram setiap hari. Kita tidak punya masa untuk berhalaqah setiap hari, tapi kita punya ilmu untuk kita pergunakan setiap hari. Kita punya kehidupan setiap hari dan dari sinilah kita mencari benih-benih tarbiyah. Agar perkembangan kita berkadaran dengan umur dakwah kita, bukan jumlah program atau bahan yang telah kita lalui. Tarbiyah kita tidak terlingkup dalam ruangan bersama-sama ikhwah dan akhwat sahaja. Bersama yang tidak ber'ikhwah' dan ber'akhwat' juga ruang tarbiyah kita. Bersama yang tidak berakidah dan kufur juga tarbiyah. Tapi semua itu perlu jelas bagi kita batasan-batasannya agar kita tidak larut dalam 'tarbiyah' mereka.

Ikhwah dan akhwat yang dikasihi,

Walaupun sungguh banyak yang diceritakan di sini tentang tarbiyah, janganlah kita terseleweng dengan satu-satu juzu' tarbiyah tertentu. Seperti yang kita sedari, antara ciri-ciri gerakan islam adalah yang syumul, terlibat dalam segenap aspek kehidupan. Maka tarbiyah kita juga perlulah terbuka kepada semua aspek. Janganlah juga kita larut dalam teori-teori besar proses tarbiyah. Mengejar suasana ideal tidak salah, tetapi terikat dengan idealism itu merbahaya. Setiap orang ada kemampuan masing-masing, setiap orang ada batasan masing-masing. Idealism yang ada dalam diri adalah untuk kita, sesuai dengan kemampuan kita. Jangan dipaksa pada orang lain, nanti kecewa, retak jiwa berputus asa. Jangan dipaksa juga pada diri kita, nanti rosak binasa, gugur sebelum kuntum berbunga. Ikutilah program di bawah ini, walaupun untuk tarbiyah ruhiyah, namun ia tetap relevan bagi segalanya:

  1. Amalkanlah musyarathoh(mensyaratkan sesuatu kepada jiwa supaya istiqomah) sesuai dengan kemampuan. Jangan sampai merosakkan diri.
  2. Bermuraqabahlah sepanjang masa. Merasakan Allah melihat kita, dan kita mahukan Allah melihat yang terbaik sahaja.
  3. Bermuhasabahlah sekerap mungkin. Kemudian kita akan nampak kesilapan dan kekurangan, disini juga tarbiyah.
  4. Mu'aqabah sesuai dengan keupayaan diri juga. Janganlah menghukum diri sehingga melanggar hukum syara', baik dari kaedah mahupun ke atas diri sendiri.
  5. Bermujahadahlah dalam setiap masa. Pengorbanan itu melembutkan hati dan menundukkan nafsu.
  6. Mu'atabah(menghina, herdik diri yang kelalaian) itu mendidik merendah diri. Persoalkanlah di mana malu kita kepada Allah.
Ini semua adalah asas-asas dalam projek tarbiyah kita. Agar kita meningkat hari demi hari, bukan program demi program.

Wallahu'alam.

Thursday, August 9

Stalled

I was drowned with works that i couldn't put aside.
I was drained with ideas that I couldn't write.
I was with too much reasons that weren't right.
But I found some time tonight.
Still it didn't drag me to excite.
And bragging is not on my side.

I once asked;
"Kenapa bila semakin lama bergiat aktif dalam dakwah,
blog pun semakin hambar?"
Well I guess I found the answer.
Just to calm me(perhaps you as well) down,

1) I'm not bound to just writings and blogging, so many stuffs, so many ways, which at this/that moment they are/were just to precious to be put aside. Perhaps they are/were of much more importance than others.
2) In a month, on average only about 50-60 same returning visitors are here, reading me.
3) Writing takes up a lot of my time because the way I write, I just hate not to convey it as concisely(or complicatedly) as I could. In a way that I don't contradict myself in any form throughout my writings, and not to build up questions because I hate answering comments.
4) If it's not practical, or something not relevant to my current conditions here, I don't write though they are of so much hype among us. No good if you can't put it in your life.
5) I just couldn't find the best time to write a new entry.

So here are my reasonings which should not have occured given I am truly aspired to tell the world about what I have to say.

At the moment, I'm 'writing' an article, closely related to 'us'. Soon enough, insyaAllah it'll be out.

Salam, and sorry once more for not being able to serve your time surfing.

Saturday, June 9

Tinggalkah kamu?

Kau seperti kau yang lalu
tak pernah perlu melangkah jauh
tak gusar walau ku melangkah
kau seperti kau yang lalu

jendela terubahnya daku
tak pernah ku lindung darimu
agar kau terbang bersama
walau seabad kau lewat
ku pasti kan tersenyum
jika kau terbang bersama

namun kau masih dahulu
berjalan tak kenal lurus
mengikut jejak hatimu
hinggaku masih ternanti

kau seperti kau yang lalu
tak gusar dalam semua mimpimu
Tuhan bukalah hatinya
bukalah hatinya

jendela terubahnya daku
tak pernah ku lindung darimu
agar kau terbang bersama
walau seabad kau lewat
ku pasti kan tersenyum
jika kau terbang bersama
terbang bersama...

Wednesday, May 30

Aku Berundur Dulu.



Langit biru hari ini. Awan berarak terputus-putus, tidak bertemu pewaris memayungi sinaran mentari dari bumi Melbourne. Daun kering musim luruh masih belum mula menutupi kaki lima, tapi bibit keemasannya makin dikeasan oleh mata-mata di sini. Manusia berpusu-pusu keluar sekali dua dari bangunan ICT. Tamat kuliyah mungkin. Angin musim luruh menghembus tersengih pada mereka yang keluar tidak berbaju tebal pagi tadi. 16 darjah celsius bukan suhu yang sedap untuk berkemeja-T dan seluar jeans sahaja. Paling kurang sarungkan hoodie nipis untuk halang angin dari menerjah badan.

Hisham duduk keseorangan di kerusi menghadap bangunan ICT. University Square yang bertunjangkan pokok-pokok besar memberikan Hisham suasana yang asyik dilayaninya. Dia suka berseorangan di taman-taman apabila tidak punya kuliyah. Sebaik habis satu kuliyah, andai berkesempatan, dia akan ke musolla Frank Tate untuk solat dan kemudian membeli makanan untuk dijamah di dalam keteduhan taman-taman sekitar kampus. Mahukan suasana oversea mungkin; di tanah air, cuaca yang indah sebegini bukan mudah. Bahkan taman secantik ini pun tak mudah nak jumpa. Selagi ada peluang, apa salahnya menikmati keindahan Allah s.w.t. yang diciptakan untuk mereka yang berfikir?

Tahun ini tahun terakhir Hisham di Melbourne. Sarjana Muda Ekonomi hanya tiga tahun di sini. Bahkan kebanyakan universiti di seluruh dunia juga begitu. Namun Hisham banyak belajar di Melbourne. Bukan sekadar ekonomi, perakaunan, pengurusan, bahkan segala segi kehidupannya juga semakin faqih. Hisham orang baik-baik. Jauh dari mungkin untuk dia menerima gaya hidup bebas rakyat Melbourne. Dia sedar bahawa setiap perkara ada batasnya, dan sebagai muslim, dia sedar akan tuntutan yang harus dilaksanakannya. Hujung minggu, dia ke liqa'. Memenuhi keperluan rohaninya. Mungkin bukan dari syeikh-syeikh yang hebat, hanya dengan rakan-rakan yang lebih tua darinya tapi dia gembira kerana masih ada yang mahukan pengisian rohani di bumi 'kebebasan' ini.

Dua tahun setengah menghadiri liqa', banyak yang dia pelajari. Kini baginya sudah sampai masa untuk dia mencari pasangan hidup. 22 tahun mungkin muda bagi mereka yang asyik bergembira, tapi bagi Hisham yang menjaga batas pergaulannya, kini mungkin waktu yang paling sesuai untuknya mengorak langkah ke alam perkahwinan. Perbincangan dalam liqa'nya kebelakangan ini banyak berkisar tentang membina kematangan, perihal rumah tangga, hubungan kemasyarakatan dan hal-hal lelaki wanita. Mungkin kerana lingkungan umur sebegini merupakan waktu fitrah manusia bergolak inginkan teman yang lebih dari biasa. Ihfaz yang seliqa' dengannya sudah mula mengorak langkah dalam menyediakan diri untuk berumah tangga. Ihfaz berbeza dengan Aidil dan Rahim yang seliqa' dengannya. Dia yang terkedepan dalam pemikiran, kematangan, soal pengurusan diri. Seolah-olah Ihfaz mahu jadi seperti Fahri dalam Ayat-ayat Cinta. Banyak yang perlu dipelajarinya dari Ihfaz. Mungkin sebab dia tua setahun, jadi sedikit berbeza dari yang lain. Abang Irwan yang memimpin kami dalam liqa' pun kata begitu tentang Ihfaz. Kadangkala kita tak boleh memandang remeh pada faktor umur dalam pembinaan diri. Pengalaman dan pemahamannya lebih dari mereka yang lebih muda kadangkala.

Hisham menghambus nafas sejuk musim luruh. Habis nasi lemak sebekas, dia menjilat jari membersihkan tangan dan bingkas bangun ke arah paip air di tengah-tengah University Square untuk membasuh tangan dan meneguk air untuk membasahkan tekak yang pedas dengan sambal. Hisham berpaling, menuju ke arah Copland Theatre. Kuliyah seterusnya, Labour Economics.

***

"Assalaualaikum." perlahan Ihfaz memberi salam sambil menutup pintu. "Wa'alikumussalam. Lambat balik?" Hisham menyapa sambil matanya masih khusyuk menatap skrin komputernya. "Pergi mana tadi?" Hisham menambah soalan sedang Ihfaz menyimpan kasutnya di rak kasut. Soalan yang tadi masih belum dijawab. "Suka hatilah nak balik awal ke, lambat ke. Yang nak tahu tu kenapa balik awal sangat?" Ihfaz membalas, berjalan menuju ke dapur mencari segelas air. "Aih, marah nampak? Mu nak gocoh ko?" Hisham menjawab tersengih. Mengajuk loghat pantai timur Ihfaz. Ihfaz tersengih sambil meluru ke arah Hisham seolah mahu menjerkahnya kemudian terhenti di tengah jalan. "Pergi buat assignment dengan mamat OZ. Banyak hal betullah dia tu. Asyik bertangguh je buat kerja." Ihfaz mengeluh sambil melabuhkan dirinya ke katil. Rumah mereka kecil. Bilik berkongsi dua orang, macam studio tapi muat untuk dua orang.

Jam sudah pukul 11.00 malam. Tingkap bilik 407 sudah basah dengan titisan air. Kesejukan dalam bilik mereka ditanggung bersahaja sebab sudah biasa dari tahun pertama begitu. Kalau dipasang pemanas, nanti hujung bulan poket pula yang sejuk sebab kering. Ihfaz bergegas menyalin baju, bersiap untuk tidur. Hari esok mungkin lebih berat dari hari ini. Hisham bersuara, "Ihfaz, malam nih kita buat curhat, nak?". Matanya memandang redup ke arah Ihfaz, seolah ada syair yang hendak dilantunkan. "Boleh. Tapi jangan lupa rakam, in case kalau aku tertidur." "Mana boleh curhat tidur-tidur. Tolonglah..." Hisham mengharap. "Apa pula masalah budak ni? Ada je yang nak disembang. Cerita dengan Aidil ke, Rahim ke; tak boleh ke?" Ihfaz bersuara sendirian dalam hatinya. Habis serangan psikologi dengan ahli kumpulan, sekarang ada orang yang nak curhat pula. "Bersiap le. Lambat-lambat tak layan." Ihfaz memberi harapan. "Ok. Dah siap!" Hisham menutup skrin komputernya dan bergegas ke katilnya. "Ambil wudhu dulu sebelum baring tu. Nanti tak payah bangun lagi." Ihfaz mengingatkan sambil dia menuju ke bilik mandi.

Selesai berwudhu, Hisham naik ke katilnya dan mula bersuara. Panjang lebar diceritakan tentang kondisi dirinya. Dari bersungguh nak menjadi pendakwah yang menegakkan islam, kepadalah tentang masalah adiknya yang hendak ke luar negara untuk menyambung pelajaran sepertinya. Tiba-tiba Ihfaz memberi perhatian, setelah lama dia hanya mengiyakan kata-kata Hisham. "Aku rasa nak kahwinlah...." Hisham bersuara perlahan. Kesejukan bilik mereka kembali menyentap kesunyian seketika itu. "Hoi, tidur ke?!" Hisham menjerkah Ihfaz. "Tak. Dengar lagi. Apsal kau nak sembang pasal ni pulak? Takde benda lain ke yang nak dicurhatkan?" Ihfaz menjawab lesu. Dia letih tapi hal ini bukan selalu si Hisham ni nak bualkan. Biasanya gurau-gurau yang banyak, tak sangka dia penah terfikir pula pasal hal ini secara serius. "Kenapa? Tak boleh ke? Aku serius ni. Bukan gurau-gurau." Hisham membalas dengan nada cuba untuk meyakinkan Ihfaz. "Aku tahu. Kau betul-betul ke nak kahwin?" soal Ihfaz. "Aku dah fikir lama dah. Aku rasa dah sampai masa untuk aku take a step further. Sampai bila nak membujang beb?" Hisham membalas senda. "Calon macam mana?Dah ada dalam kepala ke ciri-cirinya?" Ihfaz menyoal kembali. "Bukan setakat ciri-ciri, nama pun dah ada dalam kepala ni!" Hisham menjawab sedikit kuat. Dia tersenyum dalam gelap. "Hermm..."Ihfaz membalas sesejuk angin malam musim luruh. "Siapa?" tambah Ihfaz. "Mana boleh cerita!" jawab Hisham bergurau. "Kalau macam tu, sambunglah curhat kau dengan bantal tu. Aku nak tidur. Assalamualaikum." Ihfaz menjawab sedikit kecewa. "Merajuk pulak abang ni." Hisham membalas tertawa kecil. "Aku malulah nak cakap kuat-kuat. Takut orang dengar. Aku bisik dekat kau lah." Hisham menambah sambil bingkas bangun menuju ke Ihfaz. "Aku geli nak dengar. Pergi cerita dengan teko dekat dapur tu. Naik-naik nama ni bahaya. Fitnah hati nanti." Ihfaz menafikan konklusi Hisham sambil menelangkupkan bantalnya ke telinga dan berpaling. "Aku bisik jugak. Dengar hoi!" Hisham menerpa dan menghambur bisikan dalam senda gurau.

***

Mentari petang menampar bangunan-bangunan angkuh melawan cukupnya kerendahan. Ihfaz melangkah tegas umpama menuruni anak bukit. Langkahnya pasti ke arah musolla. Asar menjelma melambai malaikat yang naik pergi dari manusia bertemu Rabb yang Agung melapor segala tabiat hamba yang diawasinya dan yang turun kepada manusia mangawasi setiap gerak langkahnya sehingga muncul Subuh. Bangunan apartmentnya hanya seberang jalan dari kompaun universiti dan masjid terdekat baginya hanyalah musolla Frank Tate. Setiap waktunya digagahi di musolla itu kalau tidak ke mana-mana. Hanya subuh yang tak dapat dia dan Hisham nikmati di masjid biasanya. Tram yang melintasi di stesen Melbourne University bergilir-gilir mengambil peluang memenuhkan perutnya, berkhidmat untuk manusia.

Ihfaz menanggalkan seliparnya dan meletakkannya di rak besi sebelah kiri. Dia sudah berwudhu, lantas sahaja dia ke tengah ruang solat dan menunaikan solat sunat rawatib qabli. Selesai wirid, Ihfaz beransur ke belakang, mengambil Kitab Tafsir Ibn Kathir, Jilid 10 dan membelek-belek sambil perlahan dia melabuhkan punggungnya ke lantai. Baru mula membaca, Aidil menyapa, "Assalamualaikum, dah habis kelas ke?". "Dah. Tengah hari tadi kelas last. Kenapa?" Ihfaz menjawab memberi kepastian. "Saja nak sembang-sembang. Rumah dahlah jauh, jarang jumpa lagi. Ada peluang manfaatkanlah." Aidil menjawab bersahaja. Lima minit berlalu, Ihfaz sudah pun menutup kitab yang ditangannya. Dia sibuk melayan Aidil berbual. Tempo perbualan mereka perlahan. Tidak ada yang melucukan, tidak ada yang terlalu serius. Barangkali hal-hal biasa sehari-hari. "Aku rasa aku kena berubahlah." Aidil menimbulkan suasana. "Dah dua tahun aku berliqa' dengan Abang Irwan, banyak benda aku belajar, tapi tak banyak yang aku buat. Banyak input, output tarak!" Aidil menyentak perlahan sambil tersenyum. "Herm...curhat lagi. Tolonglah cari orang lain." Ihfaz menjawab dengan nada lesu. "Kenapa? Siapa yang curhat dengan kau? Mesti Hisham kan?" Aidil mencelah. "Kata roomate tersayang. Mestilah jadi pendengar yang baik." Aidil meneka dengan sindiran. Ihfaz hanya tersenyum. "Tapi aku rasa perlulah." Aidil menyambung perbualan kembali. "Memanglah perlu. Kalau tak bila nak improve?" Ihfaz membalas laju. "Perubahan tu perlu. Kita dalam nak perbaiki diri kita memanglah kena hadapi banyak perubahan. Tak mungkin nak stay dekat kondisi lama jer." Ihfaz menambah hujah, memberi keyakinan kepada Aidil. Mereka menyambung perbualan, terus menerus seorang bertanya, seorang lagi memberi cadangan. Seorang berkata, seorang lagi tertawa. Kumat-kamit terdengar dari belakang ruang solat celoteh mereka berdua. Manusia silih berganti masuk dan keluar dari musolla, jemaah demi jemaah timbul menunaikan solat asar, mengejar kebenaran hadis Nabi s.a.w. bahawa barangsiapa yang bersembahyang solat bardain-yakni solat subuh dan asar, maka ia akan masuk syurga.

Perubahan memang suatu yang amat penting. Tidak mungkin kita akan terus berada dalam situasi yang sama selamanya. Kesenangan yang ada tak mungkin berkekalan. Yang penting kita sedar akan perubahan yang mungkin berlaku. Samada yang dapat dihidu, mahupun yang tidak. Samada yang ktia mahukan, mahupun yang tidak kita harapkan. Melalui perubahan kita belajar dan menerima perkara baru. InsyaAllah, segala yang berlaku ada hikmahnya. Yang penting kita mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dan kita memanfaatkan peluang yang ada dalam melalui perubahan.

"Dalam study pun aku kena berubah. Selalu sangat bertangguh. Kadang-kadang ambil ringan. Nak submit assignment esok, petang atau malam sebelum baru nak mula. Macam-macam hal lah aku ni." Aidil bercerita. "Aku pun sama jugak. Banyak benda yang kau nak repair dalam bab study ni." Ihfaz menyua kisahnya pula. "Berkongsi memang indah, tapi nak kerjakan memang susah. Kita kena sama-sama pantau satu sama lain. Boleh bai?" Aidil bertanya, mencari teman menghadapi perubahan. "Boleh jer. Tapi kene istiqomah. InsyaAllah kita usahakanlah." Ihfaz menghulur janji dan menebar bai'ah kecil di antara mereka berdua. "Aku teringat satu bendalah. Nak cerita sikit dekat kau." Ihfaz menambah. "Pedia lagi ni!" Aidil menerkam hairan. "Ada sorang kawan kita, dah giat nak kahwin pulak." "Siapa?!" Aidil mencelah pantas. Air mukanya menampakkan dengan jelas keinginannya untuk tahu. "Cukuplah sekadar aku mengatakan dia seorang sahabat kita," Ihfaz menjawab dengan nada poyo. "Kau memang banyak masalah lah." Aidil membalas reaksi Ihfaz.

"Ada perubahan yang kadang-kadang kita kena bersiap dari awal. Perubahan yang kita sendiri kejarkan hasilnya. Dalam hal macam ni, kadangkala kita salah dalam meletakkan niat kita. Kerana hasil yang kita usahakan sehabis mungkin, tapi sebenarnya kerana pembaikan tu adalah untuk capai redha Allah s.w.t., aku rasa ok kot?" Ihfaz memberi pandangan tapi dalam keraguan. "Aku rasa macam tu jugak. Bukan semua manusia boleh letakkan hati dia pada Allah setiap waktu, setiap langkah. Tapi time by time, kita reflect balik niat kita, supaya ditetapkan pada Allah, kan?" Aidil bersuara pula, sama-sama menabur pendapat, yang penting kebaikan yang terhasil. "Dalam hal perubahan fasa kehidupan, dari individu kepada berpasangan, bagi aku perubahan tu sesuatu yang kita anticipate and looking forwad to. Sebab memang kita perlu mempersiapkan diri, kan?" Aidil menyambung hujahnya. "Tapi aku takut kalau-kalau dia tergerak sebab nak 'mencapai' individu, bukan nak mencapai fasa seterusnya. Itu mungkin menjadi pencemar kepada niat dia. Entahlah..." Ihfaz meneruskan perbualan. Fikirannya terlekat pada Hisham. "Aku balik dulu Aidil. Nak masak. Kalau free, singgahlah rumah boleh sambung sembang." Ihfaz memotong pembicaraan pantas. Dia melihat pada jam tangannya dan bangkit perlahan. "Erm, aku pun nak baliklah. Jauh nak kayuh balik ni." Aidil bersuara, menyahut ajakan Ihfaz untuk bersurai. "Tasbih kifarah dan surah al-Asr dulu." Aidil mengingatkan Ihfaz. "Oh, hampir lupa pulak." Ihfaz membalas, lantas mulutnya terkumat kamit bertasbih sambil meletakkan kembali kitab yang tidak dibacanya.

***

"Ahh, namanya pun dah terngiang-ngiang dekat kepala aku. Kenapalah kau sebut nama dia dekat aku Hisham? Masalah betul lah kau ni!"
Ihfaz bersuara pada dirinya sendiri. Ihfaz takut dengan fitnah. Baik dari mulut orang lain mahupun dalam hati Hisham sendiri. Dia jauh dari gemar kalau-kalau sahabat-sahabatnya mengalami masalah hati, sebab baginya, ini akan melambatkan pembinaan diri mereka. Sibuk dengan fikiran dan angan-angan, samapai lupa pada akhirat dan Allah. Mungkin benar ketakutan yang timbul pada Saidina Ali r.a. tentang umat yang panjang berangan-angan dan mengikut nafsu, kerana yang panjang angan-angan Ali takut mereka akan lupa kepada akhirat manakala yang mengikut nafsu akan meninggalkan kebenaran. Bagi Ihfaz, yang panjang angan-anganlah yang paling berpotensi mengikut nafsu.

Malam itu berbeza dari biasa. Ihfaz merenung Hisham yang sedang lena tidur. Fikirannya sibuk memikirkan tentang niat dan amalan. sekali-sekala dia mengingatkan kembali pada dirinya akan hadis pertama dari himpunan 40 hadis Imam Nawawi. "Aku harap kau ikhlas Hisham. Jangan sandarkan pada nafsu, nanti rosak kau dengan dia-dia sekali. Tak pasal-pasal jer timbul masalah." Mungkin Ihfaz terlalu sayangkan Hisham, tidak sanggup melihatnya rosak dengan masalah-masalah hati. Mungkin juga Ihfaz tersalah anggap dengan halatuju Hisham, atau mungkin aku tak sepatutnya menimbulkan pergolakan ini dalam karakter-karakter tulisan ini.

***

Hari demi hari berlalu. Sebulan melewati dunia, dengan putarannya masih sama arah, laut masih tenang, bintang-bintang masih di tempatnya, ibu-ibu masih menyayangi anak-anak mereka, dunia masih belum kiamat. Hisham telah melalui banyak perubahan. Dari segi sikapnya, yang dibuat-buat kini menjadi akhlak. Dia sedaya upayanya cuba mematangkan dirinya. Kadangkala jengkel hati sahabat seliqa'nya dengan perubahan yang cuba dibuatnya. Naik bulan kedua, jelas-jelas Ihfaz nampak akan kesungguhannya dalam perubahan. Semakin jauh dari Ihfaz akan semua pandangan buruknya pada Hisham. Mungkin benar bahawa Hisham mahu mencapai sebuah rumahtangga muslim. Ihfaz mengorak langkah. Mencuri ruang untuk sama-sama meningkatkan amal bersama Hisham.

Hari silih berganti. Hisham dan Ihfaz makin erat, lebih lagi dalam hal-hal menyemai ruhi dalam cinta. Di malam hari di kala sujud, pasti segala rejim akan memburu mereka andai mereka sedar akan nikmatnya berdiri malam. Sekali-sekala Ihfaz bersenda gurau dengan Hisham tantang kahwin, rumahtangga dan kekeluargaan. Lama-kelamaan, Abang Irwan pun turut membantu sama dengan usaha Hisham. Buku-buku banyak yang Hisham dapat, tapi Ihfaz tidak pernah terniat untuk membaca buku-buku tersebut. "Belum sampai masa untuk aku lagi Sham." atau "Syarah Usul 20 pun belum khatam betul-betul lagi, takkan nak masuk soal ni?" Itulah yang selalu Ihfaz katakan bila Hisham mencadangkan Ihfaz untuk membaca buku-buku soal pernikahan dan kekeluargaan. Hisham tahu yang Ihfaz juga cenderung untuk berkeluarga, tapi mungkin pertimbangan Ihfaz lebih berat dari Hisham. Mungkin dia terlalu teliti dalam membuat keputusan. Aidl dan Rahim makin lama menyedari perubahan yang berlaku pada Ihfaz dan Hisham. Mereka berdua makin ketara hubungannya dan dari segi amalan, tampak konsisten. Dalam liqa', Abang Irwan seringkali menyebut-nyebut tentang persediaan bernikah, tentang kematangan, kesediaan untuk berubah dari satu posisi kepada posisi yang lain dan seumpamanya.

Ihfaz gembira dengan perubahan dan peningkatan Hisham. Konsisten dan komited. Dia berusaha memperbaiki dan membina hubungannya dengan pelajar-pelajar baru. Katanya, "Aku nak belajar berurusan dengan semua orang selain dapat jadikan contoh untuk diorang ikut. Tapi paling utama, kerana Allah ta'ala."

"Berubah...," Ihfaz berbisik perlahan. "Bukan mudah untuk buat sendiri-sendiri. Alhamdulillah kau ada Hisham. Semangat juga aku nak berubah sekali." Ihfaz menyambung perbualannya dengan Ihfaz.

***

Setelah hampir tiga bulan berlalu. Ihfaz, Hisham, Rahim dan Aidil masing-masing sibuk bersiap untuk peperiksaan. Ini tahun terakhir untuk Hisham dan Rahim. Aidil dan Ihfaz masih ada lagi setahun. Tetapi semuanya berusaha seakan ini semester terakhir mereka. Ihfaz dan Hisham banyak duduk di rumah untuk mengulangkaji. Kesejukan musim sejuk semakin terasa dan mereka lebih gemar dalam kantung tidur dari duduk di perpustakaan. Tiada apa bahan yang mereka perlukan melainkan semuanya dapat di cari di internet dan dari nota kuliyah masing-masing.

"Ihfaz, lama dah kita tak curhat. Malam ni kita buat satu sesi. Aku rasa kita sama-sama banyak benda nak dikongsi bersama." Hisham memecah keheningan suasana ulangkaji di bilik mereka. Ihfaz menjawab setelah seketika kerana asyik dengan ulangkajinya, "Boleh jugak. Nak exam ni, kena kosongkan minda dengan betul. Biar bebas dari tekanan-tekanan emosi!" Ihfaz menggeliat di atas kerusinya, melepaskan lenguh dari badan sambil menjawab permintaan Hisham. Mereka berdua kembali mengulangkaji pelajaran, menanti saat-saat untuk sesi curhat yang mereka dambakan.

Dalam kegelapan malam, dalam sejuknya wudhu mereka, masing-masing berbungkus kemas dalam selimut sambil kepala mendongak seolah mengira bintang yang tidak kelihatan. "Dekat dua bulan lebih kan, banyak dah berubah. Macam-macam yang kita cuba amalkan, ada yang jadi, ada yang tak. Aku rasa seolah-olah hidup di zaman sahabatlah." Ihfaz memula biacara. Hisham menoleh ke arah tingkap, mencari subjek di keheningan malam di luar tingkap. "Betullah. Aku pun tak sangka yang aku sendiri mampu buat semua tu." Hisham membalas, responsnya tenang. Lama mereka terdiam. Sejuk malam mengisi kesunyian dengan gerakan kaki-kaki mereka yang cuba memanaskan badan. "Ihfaz..." Hisham bersuara. "Hermm.." Ihfaz menyapa, seolah sudah bersedia untuk terlena. "Aku nak berundur dululah." Hisham menyambung madahnya. "Undur dari mana? Gear reverse mana ada dekat sini." Ihfaz berloyar buruk dengan Hisham, sengaja mengisi suasana. "Sengal juga kau ni. Aku tak jadilah nak kahwin dalam masa terdekat ni." Hisham membalas sedingin angin malam. Ihfaz berputar pantas, menghadap Hisham di sebelah kirinya, "Kenapa tiba-tiba jer nak tukar arah ni?" Ihfaz bertanya hairan, matanya tertumpu pada Hisham. "Aku rasa aku sebenarnya tak bersedia lagi." Hisham bersuara rendah kali ini. "Kau rasa jer." Ihfaz cuba menafikan Hisham. "Kahwin bukan mudah Faz. Boleh pening kepala ooo... Lagipun aku rasa niat aku tak cukup lurus. Mungkin gilakan budak tu." Hisham berhujah membela dirinya yang dia sendiri tak pasti betul atau tidak. "Memang tak mudah. Sebab itu kita persiapkan diri kita. Memang dua tiga bulan tak cukup. Sebab itu kita cuba sampai summer nanti. Bab niat, insyaAllah masih belum terlambat untuk dibetulkan. Bertaubatlah pada Allah kalau kau tersalah pada niat kau. Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Pengampun. Mintalah pada Allah. Jangan sombong, sebab takut pada diri sendiri, kita berhenti dari perkara yang baik. Boleh jadi riak Sham." Ihfaz melengkapkan malamnya. Dia bertazkirah dalam sesi curhat. Tapi itulah curhat yang benar. Bukan omong kosong tentang perasaan semata, tapi diisi dengan peringatan dan sokongan untuk dimanfaatkan perbualan itu. "Bab budak tu, letak tepi dulu. Apa kata kau bincang dengan Abang Irwan. Kalau masih belum berpunya, dan aku yakin dia masih belum berpunya pun, mungkin boleh diajukan niat kau. Asal kau tak buat cara yang salah, insyaAllah teruskan jer kot?" Ihfaz memberi jalan keluar yang dirasakannya terbaik buat Hisham. "Aku berundur dulu kot sekejap. Biar aku fikirkan dulu lagi sekali. Aku nak bincang dengan Abang Irwan dululah pasal benda ni. Masalah jugak lah aku ni." Hisham mengeluh sayu, tapi tidak mematikan malam yang dingin dan mesra itu. "Terpulanglah pada kau. Tapi yang selama ni kita berusaha, bagaimana? Kau nak letak tepi dulu jugak ker?" Ihfaz mencelah dengan tertawa. Menyindir Hisham. "Yang itu, aku serahkan pada Allah. Siapa lagi yang nak terima amalan-amalan kita Faz kalau bukan Allah? Kita doalah agar cacat cela amalan kita diampuni Allah dan kita bertaubatlah. Tapi aku nekad nak teruskan segala yang dah aku buat, dan segala yang aku dah rancangkan. InsyaAllah, moga diberi kekuatan. Kan, Faz?" Hisham bersuara, menyejukkan hatinya. "Ya, kau benar." Ihfaz mengajuk Hisham sambil tersengih-sengih. "Sham, aku nak tidurlah. Kalau ada apa-apa lagi, recordlah. Esok aku review. Assalamualaikum." Ihfaz menutup bicara, memohon kelepasan. "Akupun nak tidur jugalah. Wa'alaikumussalam. Jangan lupa temujanji kita pagi ni. Pukul 3.00 di atas sejadah cinta, ya." balas Hisham perlahan, menampal janji pada sejuknya malam itu.

***


Sunday, May 27

Cartoon for Exams


More from Bendib.

Confidence

Sometimes we look after great thoughts and ideas. As if they could save the earth from the ever circulating social problems. Often we forget that simple but critical ideas and words exist which are more effective in telling us of what to do and how to do them. Found a short flash video about confidence, optimism and faith in islamonline.net. Simple words with great audio to caress the heart and calm down the eager, mind-blowing thoughts.

Confidence is

>a reflection of our outlook towards life in which the positives and negatives are a series of lessons and the fruits of which one can grasp or foolishly give away.
--->i think it is. what we've been through would be the constants or arrays which we can always look back at and utilize it again at present or future. I believe those who put aside their past and histories without able to learn and ponder them should put themselves in a waste pool. Histories are so valuable that you can't change nor erase them. They are your best treasures. Make use of them to improve yourself and to help make good decisions.

>a part of our faith. "Nay, verily with me is my Lord. He will guide me." (Asy-Syuara 26:62)
--->hence no further should I explain nor express.

>knowing we have nothing to lose. "In order that you may not grieve at the things that you fail to get, nor rejoice over that which has been given to you. And Allah likes not prideful boasters." (Al-Hadid 57:23)
--->I believe we should all do. What ever happens(put aside death) we still have to go on. Like history, even if the five Hang's in Malacca were not Malay, they were still part of history. What they did should be learned and reflected. Who they were might just make us be among those who are prideful boasters. If we fail in tasks, we learn that more should be done, and creative thinking should be incorporated maybe. We gain probably as equal to what we lost, or maybe more. Recall death, if we had been as obedient to Allah and Muhammad s.a.w. as a slave would to his master, smile to the last breath that you might not lose anything.

>knowing that we are limited by our weaknesses and realizing that Allah Most Forgiving, Compassionate, and All-Wise God. "Allah wishes to lighten (the burden) for you; and humans were created weak." (An-Nisaa' 4: 28).
--->This will surely be a good reason why we are not perfect. But it's not a reason why we should not strive to be near perfect. Let us try to understand and predict our weaknesses so that we may try to hinder faults known to us and find a way out from them. I guess this can be a good reason why suicide is not legitimate to the law of social nature; where as in islam, hell raises over to greet you if you commit suicide.

>knowing that we're not expected to be gods.
--->so admit your weaknesses and find the cure if there exist one or more to them. It would be the best to admit that we're going on with a sense of satisfaction about ourselves and our All-Wise God, Allah. That's what we're supposed to do, aren't we?

Salam.

vi exam.c

#include

int main(){
/* may we spend our time wisely for the exam is coming */
printf("Exam period should not make us act like robots. \n Life is life wherever or whenever it is. \n");
return 0;
}

:wq

gcc -Wall -ansi -o exam exam.c

./exam.exe

Exam period should not make us act like robots.
Life is life wherever or whenever it is.

exit




Thursday, May 17

light bulbs and stars

i'm behind the curtain
but i long waited for the light
you put me under the blanket
while i'm not ready to sleep
and you make me to

if light bulbs can be stars
i'd even swap the sun with them
so i would not face dawn and dusk
but they are like black holes
sucking my pocket and still too dim

if light bulbs are bright
your smile can make them dark
if the sun is strong
then your life is a helium ball
that sits on the other side of my curtain
where the light awaited is to embrace me

don't take the light astray
i'm pushing my blanket away
i'm cursing the curtain before me
and i wish you're still there to throw me some smiles
so light bulbs die and i'm still i

...you should know you're whom you should be. The door is locked for you, always.

Sunday, April 15

Sukarnya Menjadi Dai'e

Sungguh, tanggungjawab sebagai khalifah Allah tidak mudah. Ramai orang boleh berkata-kata. Tiada siapa dapat nafikan. Ramai orang boleh berbicara, bukan semua orang dapat faham. Ramai orang nak jadi dai'e, tapi berapa ramai yang suka keluar bergaul dengan segala jenis manusia, kemudian bawa mereka kepada Allah? Eksklusif bukan satu sifat dai'e, bahkan satu yang antonim dengan sifat-sifat dai'e. Ramai yang mampu mengungkap masalah ini, bahkan ke hadapan menjadi pejuang anti-eksklusif yang melanda dai'e. Tapi apa benar segala itu membaiki keadaan? Sifat eksklusif masih ada. Keinginan untuk bergaul dengan manusia masih terkubur. Andai ada hanya sekadar mahu membawakan isu-isu besar, mengharap mereka faham, kemudian menerima dan menjadi sebahagian daripada kafilah dakwah isu-isu besar itu. Kemudian timbul pula masalah untuk perbetulkan pemahaman dakwah mereka. Dari satu masalah ke satu masalah. Entah bila nak selesai.
Terus terang, latar belakang seseorang banyak mempengaruhi perjalanan dakwahnya. Ada orang yang baik, ada yang tidak. Ada yang jadi pesimis, ada yang jadi optimis. Boleh jadi macam-macam. Tapi yang penting, dari awal lagi, apakah bentuk dakwah yang kita nak bawa pada manusia? Kalau nak sebar fikrah, mudah. Tulis buku, artikel banyak-banyak, promosikan dengan hebat, tebarkan ke seluruh negara, bahkan dunia. Jangan lupa untuk letakkan contoh-contoh pemimpin yang bertentangan dengan fikrah kamu dan keluarkan sedikit tentang keburukan dia. Nah, dalam masa sekejap fikrah kamu boleh tersebar. Sebab itu Nabi tidak sebarkan dakwah untuk perbetulkan sistem masyarakat Arab yang teruk dan menindas.
Kalau nak bawakan kebaikan dan keperibadian yang baik, pun mudah. Jadilah seperti Ghandi. Eh, buat apa jadi Ghandi? Jadilah seperti Nabi juga. Kan Baginda manusia paling hebat? Tapi Nabi tak sebarkan dakwah untuk membetulkan keperibadian masyarakat Arab yang tunggang-langgang. Walaupun Nabi memang teserlah dengan keperibadian yang mulia, tapi itu bukan modal utama untuk menyampaikan dakwah yang Baginda s.a.w bawa.
Kalau nak bawakan satu bentuk penyembahan yang betul, memang amat sesuai dengan kondisi masyarakat Arab jahiliyah yang terlalu banyak tuhan ketika itu. Bahkan sekarang pun sama. Banyak dah agama yang bertambah. Dari kerajaan langit, kepada yang entah apa-apa lagi, semuanya menghangatkan keadaan dunia. Tapi Nabi s.a.w tak berdakwah kepada bentuk penyembahan yang entah apa-apa.
Dakwah Nabi adalah kepada penegakkan LAA ILAHA ILALLAH MUHAMMAD RASULULLAH. Dalamnya maksud ilah kepada orang-orang Arab, hinggakan mereka menentang Nabi sehebat-hebatnya. Dengan sepenuh kekuasaan, segala batu mereka lontarkan, segala tohmahan mereka rekakan, segala pakatan mereka jayakan, segala-galanya mereka lakukan. Nabi s.a.w. merupakan dai'e yang paling hebat. Sifatnya, akhlaqnya, peribadinya tiada tandingan. Apa yang dibawakannya mengatasi segala-galanya. Seperti hadis baginda, Islam itu adalah yang tertinggi, tiada yang dapat menandinginya(Riwayat at-Thobrani, DaruQuthni dan al-Baihaqi). Itulah dia dakwah Nabi. Segala yang lain itu datang sebagai compliments kepada tujuan dakwah Nabi yang sebenar.
Jujurnya, nak jadi dai'e bukan mudah. Kata-kata tak dapat nak mengubah dengan hanya sekali bertemu. Hamburan segala isu dan hujah pada pertemuan pertama tidak mungkin dapat mengikat manusia dengan jiwa kita. Apatah lagi untuk kita terikat dengan mereka. Banyak yang perlu dipelajari. Banyak yang seolah-olah tak terisi. Kalau tak endure, memang takkan tahu. Kalau tak cuba memang takkan belajar. Kalau tak usaha memang jauh dari berjaya. Kalau kerana Allah, tak mungkin akan terhenti. Kalau kerana Allah tak mungkin akan letih. Kalau kerana Allah tak mungkin akan runsing. Pendek kata, kalau nak jadi dai'e, kene buat. Kalau nak bertahan, kena letakkan harapan pada Allah.

p/s: kalau tak jumpa arah perjalanan, cubalah cari petunjuk kasar dalam Petunjuk Sepanjang Jalan. Kalau nak yang terperinci, tak ada dekat tempat lain selain dari al-Quran dan as-Sunnah.

Tuesday, March 27

Big Issues

What makes them big? Opinions or the issue itself? Either might be right. The problem in giving an opinion on any issue is that, emotions always take the lead. No matter how academic or intellectual you might sound, they'll get to it. But it doesn't matter because in a way, you're there to voice your say. But to me, I'd rather have a discussion than just an article to spit my views. Appropriately that would be more stimulating and thirst quenching. You learn to accept views and to control your emotions. A discussion might erupt in no time but writing them here and to expect people read through then leave some comments, I find it less interesting. You know how body languages can tell a gazillion stuff about the other parties? Yeah, you bet how fun it can be.

Nevertheless, a web log is a great place to help people know you little by little. Plus, you'll be on the web when people google your name !! Hah, what a fame !!

Just a short sharing. What do you reckon? Leave a comment and argue here? Where's the fun ?! Hahaha.... =D

Friday, March 23

Boys Don't Cry


It takes a man to be a father because boys will always be boys.

Wednesday, March 14

IMPRESSIVE !!!




It has been a while since I last wrote something in this imperialism language. For long have I waited for myself to be triggered to compose something of importance and interest. Alhamdulillah, they are back. As usual, I never actually stop from thinking. No one does. Our brain is the most effective control system. It has all the complicated loop and feedback without all the hectic design of chips and whatsoever(stuck in Control Systems mode). Once again, IMPRESSIVE !!!.

A rush of blood when through my brain, taking along some wise thoughts(I guess) and plunging myself into the world of internet and connections. IMPRESSIVE !!! isn't something that I made up to be impressive and get everyone here and read this line(gotcha!). That is actually a mindset typical in everyone's head; if he had not realize that Allah is the only One should we present ourselves to. Hardly thinking(and typing), it has been a very heavy topic to write about. Not because of the length that I want it to be, but because of the function I want it to have. As effectively touching your sense of thinking as possible and to be as openly for all as I could. So here I fall...

Impression has always been the main issue for everyone. If it is not for impression, many of the things in this world might not have evolved nor even emerge. Due to the scrutiny effect of people prior to making an impression that people care and in reverse being scrutiny of how they appear to the world. Be it in the form of attitude or appearance or emotions or whatever, it has and still is causing a 'severe' impact on the progress of humans thinking evolution throughout the modern era(not the theory of darwin).

As clear as a diamond can resolve, 'impressive' is closely related to the appearance or the look of an individual. Often, it has been the attempt of people to be impressive in front of the vague community around them. Why vague? Well, interestingly, no community has a common thinking at the moment. Well some people somewhere around the world might have a similar mindset due to the similar knowledge that they have but in terms of appearance, it has always been a vague and subjective reference of how impressive can be defined. Surely you can have some people saying that stripe shirts with worn out jeans and a pair of canvas shoe would be the most IMPRESSIVE !!! attire at the moment, you can find some others saying skinny tight gray jeans with black shirt and a pair of blooping white shoe with a one sided hair do would be IMPRESSIVE !!! as well. And...some other guys from somewhere would say...all the ever founded fashions in this world can be very IMPRESSIVE !!! then ! So when will we find the best attire for the rest of the human kind? Well, it never ends. Fashion will not come to a halt till Allah wills. Obviously when the world ends, we die, and so will fashion. As if it's immortal, isn't it?

Well in a sense, it is built upon the term 'admire'. To be admired by eyes and lust. Why lust? I guess you would be able to think of how I dare relate admiration with lust(judging from the never expanding audience of this web log). Interestingly, we can find ourselves looking for that some'one' to admire us. The problem is that the world is looking for the wrong someone to look at us. Am I wrong? Well nothing I've said is wrong but it can be wrong and the other way round goes to you. Nothing you said is right but you can be right. Whom do you really concern of looking? Me? Come on !!

Another thing to keep in mind is that IMPRESSIVE !!! does not stop there. It keeps on going to ideas and communications. How does that happen? Arguably, proposing this issue does not put me in an unbalanced position. You see, this ideas and words stuff is actually just around us. Step ahead into reality, where people mostly are not islam-aware, and you'll find some weird attitude coming from ugly ideas just to impress people. Habits that are indecent and totally unbearable are all around you. Meet up your friends and you'll find these attitudes that are actually made up which in the end becoming 'akhlaq'. What is 'akhlaq'? Al-Ghazali said, they are the actions that came out of a person without having to think before doing them. Naturally expressed. I don't know about girls too much but among the boys, they have this sense of being 'sempoi' thingy. Preferably I would say 'poser' thingy. You know why they develop such irritative habits and attitude? Because they are such a loser at making 'REAL' friends. Everything needs to be 'sempoi'(read- poser), then everything is interesting. Funny, aight? The next big thing is the words or sayings. You can find a similar pattern among youths nowadays. Be it muslims or not, they have this trend of some exclusive terms deemed IMPRESSIVE !!!. Once again, l-o-s-e-r...Why? Well, no natural skills to develop new friends and connections. Well, I don't want to talk too much of these people. It's better to cure than just lay down and complain(Let's hop out and 'work' and 'work' !!). Find the answer at the end, okay?

In the end, we finally found the answer to this question, "Why need to be IMPRESSIVE !!! ?"
It's all because you are not centered to Allah. Everyday we' re being diverted from Allah. All the comments of the people, we take into serious consideration, more serious than the curses of Allah towards the faasiquun, munafiquun, kafiruun, fujjar and many more of the people that Allah condemns in the Quran. Our effort to avoid from these condemnations and warnings from Allah s.w.t. is very little than our effort to make ourselves IMPRESSIVE !!! in front of other slaves of Allah. The second ayat of Surah al-Ikhlas mentions it all. Allah is the center of all. If you can find this connection between Allah and your life, you are probably the most IMPRESSIVE !!! person of all. If you know that Allah is the center of your life, you'll find the path to jannah along the world. Every deeds, good or bad, are judged by the impressiveness of Allah with you. The please of Allah towards you become the most important thing. The admiration of the world to you due to your attachment with Allah becomes your target. Apparently it is not as simple as it sounds. To become a slave with passion towards pleasing Allah, needs a lot of effort. Sacrifice has to be a synonym to yourself. In all aspects should you consider your deeds. To be considerable needs knowledge. To get knowledge needs hardwork and strong will. So back to the start, what makes you IMPRESSIVE !!! again?

"At this moment, you can find hundreds of people around you standing up and walking forward with a backward or simply awkward ideas such as communism, socialism, marxism, darwinsm, and other crappyisms in order to make the earth a fair place to live on. Well one thing WE can say is that "you're making our life harder and more complex with all these crazy, supposedly IMPRESSIVE !!! thinking." Down here in Melbourne, find yourself a poster about "socialism today" or "what marxism has got to say to the new century" or many more of these ideologies in no time. Walk down Swanston Street and you'll find heaps of them hanging on the walls and poster towers plus you might even get to see some of these 'people' by the roadside giving away flyers about it. Well, they're not the problem(not trying to defend them here, they are still a problem, actually a big one) I'm conveying here. The problem is the huge bits of people around the world that follows these ideologies and not knowing the real thing behind them. I call them 'posers'. Don't know what you call 'em. I've met a lot of these people when I use to be one of them(till the day I reached Melbourne, everything changed. No more of those ideologies to be followed except to oppose). I never knew the systems implemented were obviously crazy and un-implementable for the whole lot of human being nor for the living creatures of the world until I met islam. Simply crazy. Whenever you try to be a cognescenti in any of those ideologies, you'll definitely find a flaw, seriously typing, f-l-a-w-s."

Saturday, March 10

Dai'e dan Keletihan Masing-Masing

Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang berakal. Dikurniakan deria yang lengkap dan sempurna, mempunyai pelbagai kelebihan dan kekuatan. Akal yang dikurniakan mengangkat darjat manusia melebihi makhluk yang lainnya. Namun, tidak dinafikan ada manusia yang Allah kategorikan lebih hina dari haiwan ternakan. Moga Allah menjauhkan kita dari golongan manusia yang diazab kelak. Diciptakan pula manusia berbeza-beza, dari warna kulit yang pelbagai kepada sikap yang beraneka ragam. Semuanya untuk manusia mencari kelebihan dan kekurangan serta mengenali dan memahami segenap sifat dan sikap yang ada. Atas perbezaan yang wujud ini, pastinya ada yang lebih dari yang lain dan ada juga yang kurang berupaya dari yang lain. Di sinilah timbulnya optimalisasi sumber manusia dalam menjadikan kehidupan lebih baik dan sempurna.

Di dalam sesebuah organisasi yang mempunyai tenaga kerja yang banyak dan pelbagai, optimalisasi sumber manusia merupakan satu aspek yang amat penting agar tidak berlaku ‘pembaziran’ tenaga dan kemahiran. Seperti itu jugalah di dalam medan da’wah, tidak relevan jika manusia dikumpulkan di bawah satu panji yang sama namun tidak tersusun dan tidak dimanfaatkan segenap tenaga dan kemahiran yang ada untuk memantapkan lagi pergerakan da’wahnya. Amal jama’i yang dituntut di medan da’wah seharusnya mempunyai penerapan yang langsung dalam jiwa setiap aktivis da’wah untuk ke hadapan memanfaatkan tenaga dan kemahiran yang ada padanya untuk mencapai matlamat da’wah islam, melalui sistem yang digariskan jemaah. Jauh dari keinginan untuk sebuah organisasi memiliki ahli atau individu yang berkebolehan tetapi bertindak melulu tanpa memikirkan matlamat organisasinya secara menyeluruh.

Di sinilah timbulnya kepentingan untuk kita mengintrospeksi diri masing-masing untuk mengenal kelemahan dan kelebihan yang ada agar dapat disalurkan dengan betul di dalam usaha da’wah kita. Mengenali diri sendiri sememangnya dapat membuatkan kita memperbaiki kelemahan yang ada, baik atas usaha sendiri, mahupun dengan bantuan sahabat lain. Kelemahan yang dikenalpasti dapat memperlahankan perjalanan da’wah jemaah secara menyeluruh seharusnya diberi perhatian yang khusus oleh individu itu sendiri apatah lagi oleh pembimbingnya. Di sini pentingnya sikap ikhlas dan berlapang dada dalam menerima kekurangan diri dan untuk menerima teguran yang kelak akan membantu kita memperbaiki diri, sekaligus jemaah.

Namun fokus artikel ini adalah untuk kita menjadi lebih sensitif dengan persekitaran terutamanya dengan sahabat lain yang turut sama dalam usaha da’wah islam ini. Seolah-olah menjadi tabii aktivis mempunyai rasa segan dan takut untuk menegur sahabat sendiri yang melakukan kesilapan ataupun mempunyai kekurangan diri yang boleh jadi berpotensi dalam menggugat usaha da’wah kita. Segan dan takut di situasi ini merupakan sesuatu yang tidak relevan dan seharusnya jauh dari sanubari kita. Kepekaan kita terhadap masalah sahabat yang lain menjadi tanda pengukur ukhuwah kita. Sesungguhnya ukhuwah itu tidak diukur dengan relanya kita berlapar demi kesenangan sahabat atau keletihan kita demi keselesaan mereka atau seumpamanya tetapi lebih utama lagi, sejauh mana kita berusaha untuk membawanya kepada Allah s.w.t. Sikap dan sifat yang seperti bercampur-baur dengan jahiliyyah seharusnya ditepis dari hinggap di kalangan aktivis islam sekalian. Lalu usaha untuk mengelakkannya memerlukan bantuan mata luar untuk memerhati dan mentafsir dengan jujur dan ikhlas. Di sinilah peranan sahabat menjadi amat signifikan, seperti pulau di tengah lautan memberi harapan kepada nelayan yang hilang arah.

Adapun usaha membantu memperbaiki diri orang lain memerlukan kita mengenali beberapa aspek penting agar tidak terlanjur menjadi batas pemula perpecahan. Tidak sekalipun ia dianggap menjadi objek perendahan, baik yang menegur mahupun yang ditegur. Atas niat ikhlas kerana Allah dan dengan kasih dan sayang, kita berusaha memberi dan menerima teguran. Kasih dan sayang…sesuatu yang subjektif untuk diterangkan tetapi dapat dirasai, bukan? Jadi soal kembali diri kita, sejauh mana persahabatan yang terjalin itu kerana Allah s.w.t.? Atau hanya kerana bersama di jalan da’wah? “Da’wah”? Pentingnya untuk kita menetapkan niat dan perasaan bersahabat itu hanya kerana Allah adalah supaya kita mampu menilai dan bertolak ansur dengan sikap dan sifat yang ada pada seseorang tanpa rasa benci yang disuap syaitan. Perlu jelas bahawa yang dibenci adalah sikap, bukan individu. Jadi dengan kasih dan sayang kita terhadap sahabat itu, jauh sekali dari wajar untuk kita menjauhkan diri darinya, bahkan dihampiri dan diperbaiki akhlaknya agar tiada yang kita benci padanya sepertimana tiada yang kita benci pada diri kita sendiri. Alternatif yang wujud dalam proses memperbaiki seorang sahabat punya tiga, sepertimana yang digariskan Eko Novianto dalam bukunya “Sudahkah Kita Tarbiyyah? : Refleksi seorang Mutarrabi”. Pertama melalui persahabatan yang telah terjalin. Kedua melalui orang-orang yang diketahui bertanggungjawab terhadap seseorang individu itu dan ketiganya melalui struktur organisasi yang terlibat. Fokus di sini adalah berkenaan peranan kita di kalangan dai’e sebagai seorang sahabat.

Jadi bagaimana kita berusaha membantu sahabat kita? Langkah bagaimana harus diambil agar usaha mendatangkan hasil dan hasil melalui kaedah yang efektif? Sekali lagi kita membincangkan sesuatu yang subjektif, tetapi masih relevan untuk diusulkan cadangan. Memang menjadi amalan yang amat sukar untuk menegur rakan sebaya. Alasan paling popular; “Takut kecil hati nanti”. Habis bagaimana pula kecil peluang untuk ke syurga dan untuk memantapkan da’wah? Yang penting cara approach berhikmah dan tidak semberono. Da’wah dengan memudahkan, bukan menyusahkan. Ada pula yang merasakan ia bukan satu amal da’wah yang besar walhal yang menganjurkan kepada yang baik itu adalah amal da’wah juga. Bukan hanya kepada yang tidak punya fikrah dan tidak kenal islam, tetapi juga di kalangan sahabat handai yang berjuang di jalan Allah. Mana mungkin kita mampu redha dan berlapang dada saat melihat gagasan da’wah ini dititipi dengan jaihliyah dan kerosakan yang dikendong oleh kafilahnya sendiri? Ataukah kita tersilap tatkala melabel diri kita aktivis islam?

Sebenarnya disinilah merupakan satu anjakan paradigma untuk aktivis muda, terutamanya di kampus, mula berfikir lebih luas dan lebih kreatif. Penyelesaian masalah yang pelbagai memerlukan kaedah berfikir yang lebih luas tetapi masih di dalam kotak syari’e yang ditetapkan, tanpa kompromi. Dari metode da’wah dengan masyarakat kampus yang tipikal kepada metode da’wah umum yang kebiasaannya melibatkan pelbagai lapisan pemikiran dan ragam pendapat. Dari yang selemah-lemah iman kepada yang berkobar semangat tak tentu arah, semuanya memerlukan kita berfikir dan melaksanakan. Jangan hanya berfikir, nanti otak menjadi banjir dengan idea hingga tidak ada ruang untuk keinginan melaksanakannya. Posisi kita sebagai sahabat yang sedia ada seharusnya digunakan sebaiknya untuk menegur dan membantu membaiki kelemahan yang ada pada individu ber”masalah”. Kelebihan pada ta’aruf yang berjalan sepanjang persahabatan(betul berlaku ta’aruf??) digunakan sebaiknya. Titik kegembiraan dan kemarahan yang telah kita kenali haruslah dimanfaatkan agar jauh dari konflik. Nyatakanlah dengan jujur dan ikhlas akan niat kita untuk membantunya dan memantapkan da’wah islam ini. Di sini memerlukan interaksi yang personal dan menjaga agar persoalan tidak tersebar kepada yang tidak berkepentingan1. Motivasikan dirinya dengan akibat dan natijah yang mungkin terhasil atas perubahan yang akan dihadapinya. Moga-moga Allah melembutkan hatinya untuk berubah dan menerima nasihat serta dieratkan lagi hubungan dia dan kita.

Namun jika isu sikap tersebut masih tidak dapat diselesaikan melalui approach persahabatan yang mengambil tindakan ono on one, wajarlah disepakati dengan beberapa sahabat lain yang mengambil berat akan masalahnya juga. Jika perlu, rencanakan aktiviti kebersamaan yang mampu untuk menyentuhnya, bukan dengan sesuatu yang terlalu obvious menumpu kepadanya agar tidak timbul inferiority padanya.

Adapun isu yang dibentangkan di atas hanya berkenaan permasalahan sikap individu, bukan dari aspek yang melibatkan teknikal dan sistem. Jika ini berlaku, adalah lebih baik permasalahan tersebut diusulkan kepada pembimbing tanpa diberitahu kepada sesiapa yang tidak sepatutnya agar tindakan yang responsif dapat diambil dengan segera supaya tidak memburukkan keadaan.

Moga dengan sedikit perkongsian ini mampu untuk kita pertingkatkan kefahaman kita akan erti persahabatan dan erti kasih kerana Allah. Di sinilah kita tegur-menegur kerana akhirat berlaku sepertimana para sahabat Rasulullah s.a.w. di kalangan mereka sendiri. Malahan ia juga mendidik kita untuk menjauhkan dari sifat ego dan malu berlebihan dalam menghadapi masalah sikap. Kian lama ia dibiarkan, kian meruncing masalah dan bertambah pula bebanan da’wah kita. Langkah pertama yang dapat diambil adalah untuk bermula dengan introspeksi diri sendiri yang berlanjutan dengan pembinaan sensitiviti terhadap masalah sesama sahabat. Wallahualam.

Definisi

Jenis Tindakan

Tujuan

Tindakan Kuratif(‘ilaj)

Tindakan yang diambil dalam rangka menyelesaikan dan memperbaiki kes-kes pelanggaran yang terjadi

Menyelesaikan dan memperbaiki kes yang terjadi.

Jenis ‘ilaj

Definisi

Ciri

Ukhawi

Penyelesaian masalah melalui pendekatan ukhwah berupa nasihat langsung dan bersifat segera.

Bersifat personal dan menjaga agar persoalan tidak tersebar ke pihak yang tidak berkepentingan.

Tarbawi

Penyelesaian masalah melalui taujihat tarbawiyah.

a) sesuai dilakukan untuk jenis kesalahan yang disebabkan kerana ketidaktahuan terhadap sebuah masalah.

b) Dilakukan dengan taujihat tarbawiyah

Jenis ’ilaj

Definisi

Pelaksana

Ukhawi

Penyelesaian masalah melalui pendekatan ukhwah berupa nasihat langsung dan bersifat segera.

Mereka yang paling dekat hubungan personal dengan pelaku pelanggaran.

Jenis ‘ilaj

Konsekuensi

Halangan

Ukhawi

Hampir tidak punya konsekuensi yang berimpak besar.

a) Memerlukan kepekaan dari setiap aktivis da’wah

b) Memerlukan keberanian untuk melakukan nasehat kepada siapa pun

c) Memerlukan kesediaan menerima dari mana pun

d) Memerlukan kekuatan ma’nawiyah agar tidak tergoda untuk menyebarkan aib dan kekurangan sahabat

1 Eko Novianto; halaman 66, Jadual 2: Definisi dan Ciri Tindakan Kuratif