Wednesday, May 30

Aku Berundur Dulu.



Langit biru hari ini. Awan berarak terputus-putus, tidak bertemu pewaris memayungi sinaran mentari dari bumi Melbourne. Daun kering musim luruh masih belum mula menutupi kaki lima, tapi bibit keemasannya makin dikeasan oleh mata-mata di sini. Manusia berpusu-pusu keluar sekali dua dari bangunan ICT. Tamat kuliyah mungkin. Angin musim luruh menghembus tersengih pada mereka yang keluar tidak berbaju tebal pagi tadi. 16 darjah celsius bukan suhu yang sedap untuk berkemeja-T dan seluar jeans sahaja. Paling kurang sarungkan hoodie nipis untuk halang angin dari menerjah badan.

Hisham duduk keseorangan di kerusi menghadap bangunan ICT. University Square yang bertunjangkan pokok-pokok besar memberikan Hisham suasana yang asyik dilayaninya. Dia suka berseorangan di taman-taman apabila tidak punya kuliyah. Sebaik habis satu kuliyah, andai berkesempatan, dia akan ke musolla Frank Tate untuk solat dan kemudian membeli makanan untuk dijamah di dalam keteduhan taman-taman sekitar kampus. Mahukan suasana oversea mungkin; di tanah air, cuaca yang indah sebegini bukan mudah. Bahkan taman secantik ini pun tak mudah nak jumpa. Selagi ada peluang, apa salahnya menikmati keindahan Allah s.w.t. yang diciptakan untuk mereka yang berfikir?

Tahun ini tahun terakhir Hisham di Melbourne. Sarjana Muda Ekonomi hanya tiga tahun di sini. Bahkan kebanyakan universiti di seluruh dunia juga begitu. Namun Hisham banyak belajar di Melbourne. Bukan sekadar ekonomi, perakaunan, pengurusan, bahkan segala segi kehidupannya juga semakin faqih. Hisham orang baik-baik. Jauh dari mungkin untuk dia menerima gaya hidup bebas rakyat Melbourne. Dia sedar bahawa setiap perkara ada batasnya, dan sebagai muslim, dia sedar akan tuntutan yang harus dilaksanakannya. Hujung minggu, dia ke liqa'. Memenuhi keperluan rohaninya. Mungkin bukan dari syeikh-syeikh yang hebat, hanya dengan rakan-rakan yang lebih tua darinya tapi dia gembira kerana masih ada yang mahukan pengisian rohani di bumi 'kebebasan' ini.

Dua tahun setengah menghadiri liqa', banyak yang dia pelajari. Kini baginya sudah sampai masa untuk dia mencari pasangan hidup. 22 tahun mungkin muda bagi mereka yang asyik bergembira, tapi bagi Hisham yang menjaga batas pergaulannya, kini mungkin waktu yang paling sesuai untuknya mengorak langkah ke alam perkahwinan. Perbincangan dalam liqa'nya kebelakangan ini banyak berkisar tentang membina kematangan, perihal rumah tangga, hubungan kemasyarakatan dan hal-hal lelaki wanita. Mungkin kerana lingkungan umur sebegini merupakan waktu fitrah manusia bergolak inginkan teman yang lebih dari biasa. Ihfaz yang seliqa' dengannya sudah mula mengorak langkah dalam menyediakan diri untuk berumah tangga. Ihfaz berbeza dengan Aidil dan Rahim yang seliqa' dengannya. Dia yang terkedepan dalam pemikiran, kematangan, soal pengurusan diri. Seolah-olah Ihfaz mahu jadi seperti Fahri dalam Ayat-ayat Cinta. Banyak yang perlu dipelajarinya dari Ihfaz. Mungkin sebab dia tua setahun, jadi sedikit berbeza dari yang lain. Abang Irwan yang memimpin kami dalam liqa' pun kata begitu tentang Ihfaz. Kadangkala kita tak boleh memandang remeh pada faktor umur dalam pembinaan diri. Pengalaman dan pemahamannya lebih dari mereka yang lebih muda kadangkala.

Hisham menghambus nafas sejuk musim luruh. Habis nasi lemak sebekas, dia menjilat jari membersihkan tangan dan bingkas bangun ke arah paip air di tengah-tengah University Square untuk membasuh tangan dan meneguk air untuk membasahkan tekak yang pedas dengan sambal. Hisham berpaling, menuju ke arah Copland Theatre. Kuliyah seterusnya, Labour Economics.

***

"Assalaualaikum." perlahan Ihfaz memberi salam sambil menutup pintu. "Wa'alikumussalam. Lambat balik?" Hisham menyapa sambil matanya masih khusyuk menatap skrin komputernya. "Pergi mana tadi?" Hisham menambah soalan sedang Ihfaz menyimpan kasutnya di rak kasut. Soalan yang tadi masih belum dijawab. "Suka hatilah nak balik awal ke, lambat ke. Yang nak tahu tu kenapa balik awal sangat?" Ihfaz membalas, berjalan menuju ke dapur mencari segelas air. "Aih, marah nampak? Mu nak gocoh ko?" Hisham menjawab tersengih. Mengajuk loghat pantai timur Ihfaz. Ihfaz tersengih sambil meluru ke arah Hisham seolah mahu menjerkahnya kemudian terhenti di tengah jalan. "Pergi buat assignment dengan mamat OZ. Banyak hal betullah dia tu. Asyik bertangguh je buat kerja." Ihfaz mengeluh sambil melabuhkan dirinya ke katil. Rumah mereka kecil. Bilik berkongsi dua orang, macam studio tapi muat untuk dua orang.

Jam sudah pukul 11.00 malam. Tingkap bilik 407 sudah basah dengan titisan air. Kesejukan dalam bilik mereka ditanggung bersahaja sebab sudah biasa dari tahun pertama begitu. Kalau dipasang pemanas, nanti hujung bulan poket pula yang sejuk sebab kering. Ihfaz bergegas menyalin baju, bersiap untuk tidur. Hari esok mungkin lebih berat dari hari ini. Hisham bersuara, "Ihfaz, malam nih kita buat curhat, nak?". Matanya memandang redup ke arah Ihfaz, seolah ada syair yang hendak dilantunkan. "Boleh. Tapi jangan lupa rakam, in case kalau aku tertidur." "Mana boleh curhat tidur-tidur. Tolonglah..." Hisham mengharap. "Apa pula masalah budak ni? Ada je yang nak disembang. Cerita dengan Aidil ke, Rahim ke; tak boleh ke?" Ihfaz bersuara sendirian dalam hatinya. Habis serangan psikologi dengan ahli kumpulan, sekarang ada orang yang nak curhat pula. "Bersiap le. Lambat-lambat tak layan." Ihfaz memberi harapan. "Ok. Dah siap!" Hisham menutup skrin komputernya dan bergegas ke katilnya. "Ambil wudhu dulu sebelum baring tu. Nanti tak payah bangun lagi." Ihfaz mengingatkan sambil dia menuju ke bilik mandi.

Selesai berwudhu, Hisham naik ke katilnya dan mula bersuara. Panjang lebar diceritakan tentang kondisi dirinya. Dari bersungguh nak menjadi pendakwah yang menegakkan islam, kepadalah tentang masalah adiknya yang hendak ke luar negara untuk menyambung pelajaran sepertinya. Tiba-tiba Ihfaz memberi perhatian, setelah lama dia hanya mengiyakan kata-kata Hisham. "Aku rasa nak kahwinlah...." Hisham bersuara perlahan. Kesejukan bilik mereka kembali menyentap kesunyian seketika itu. "Hoi, tidur ke?!" Hisham menjerkah Ihfaz. "Tak. Dengar lagi. Apsal kau nak sembang pasal ni pulak? Takde benda lain ke yang nak dicurhatkan?" Ihfaz menjawab lesu. Dia letih tapi hal ini bukan selalu si Hisham ni nak bualkan. Biasanya gurau-gurau yang banyak, tak sangka dia penah terfikir pula pasal hal ini secara serius. "Kenapa? Tak boleh ke? Aku serius ni. Bukan gurau-gurau." Hisham membalas dengan nada cuba untuk meyakinkan Ihfaz. "Aku tahu. Kau betul-betul ke nak kahwin?" soal Ihfaz. "Aku dah fikir lama dah. Aku rasa dah sampai masa untuk aku take a step further. Sampai bila nak membujang beb?" Hisham membalas senda. "Calon macam mana?Dah ada dalam kepala ke ciri-cirinya?" Ihfaz menyoal kembali. "Bukan setakat ciri-ciri, nama pun dah ada dalam kepala ni!" Hisham menjawab sedikit kuat. Dia tersenyum dalam gelap. "Hermm..."Ihfaz membalas sesejuk angin malam musim luruh. "Siapa?" tambah Ihfaz. "Mana boleh cerita!" jawab Hisham bergurau. "Kalau macam tu, sambunglah curhat kau dengan bantal tu. Aku nak tidur. Assalamualaikum." Ihfaz menjawab sedikit kecewa. "Merajuk pulak abang ni." Hisham membalas tertawa kecil. "Aku malulah nak cakap kuat-kuat. Takut orang dengar. Aku bisik dekat kau lah." Hisham menambah sambil bingkas bangun menuju ke Ihfaz. "Aku geli nak dengar. Pergi cerita dengan teko dekat dapur tu. Naik-naik nama ni bahaya. Fitnah hati nanti." Ihfaz menafikan konklusi Hisham sambil menelangkupkan bantalnya ke telinga dan berpaling. "Aku bisik jugak. Dengar hoi!" Hisham menerpa dan menghambur bisikan dalam senda gurau.

***

Mentari petang menampar bangunan-bangunan angkuh melawan cukupnya kerendahan. Ihfaz melangkah tegas umpama menuruni anak bukit. Langkahnya pasti ke arah musolla. Asar menjelma melambai malaikat yang naik pergi dari manusia bertemu Rabb yang Agung melapor segala tabiat hamba yang diawasinya dan yang turun kepada manusia mangawasi setiap gerak langkahnya sehingga muncul Subuh. Bangunan apartmentnya hanya seberang jalan dari kompaun universiti dan masjid terdekat baginya hanyalah musolla Frank Tate. Setiap waktunya digagahi di musolla itu kalau tidak ke mana-mana. Hanya subuh yang tak dapat dia dan Hisham nikmati di masjid biasanya. Tram yang melintasi di stesen Melbourne University bergilir-gilir mengambil peluang memenuhkan perutnya, berkhidmat untuk manusia.

Ihfaz menanggalkan seliparnya dan meletakkannya di rak besi sebelah kiri. Dia sudah berwudhu, lantas sahaja dia ke tengah ruang solat dan menunaikan solat sunat rawatib qabli. Selesai wirid, Ihfaz beransur ke belakang, mengambil Kitab Tafsir Ibn Kathir, Jilid 10 dan membelek-belek sambil perlahan dia melabuhkan punggungnya ke lantai. Baru mula membaca, Aidil menyapa, "Assalamualaikum, dah habis kelas ke?". "Dah. Tengah hari tadi kelas last. Kenapa?" Ihfaz menjawab memberi kepastian. "Saja nak sembang-sembang. Rumah dahlah jauh, jarang jumpa lagi. Ada peluang manfaatkanlah." Aidil menjawab bersahaja. Lima minit berlalu, Ihfaz sudah pun menutup kitab yang ditangannya. Dia sibuk melayan Aidil berbual. Tempo perbualan mereka perlahan. Tidak ada yang melucukan, tidak ada yang terlalu serius. Barangkali hal-hal biasa sehari-hari. "Aku rasa aku kena berubahlah." Aidil menimbulkan suasana. "Dah dua tahun aku berliqa' dengan Abang Irwan, banyak benda aku belajar, tapi tak banyak yang aku buat. Banyak input, output tarak!" Aidil menyentak perlahan sambil tersenyum. "Herm...curhat lagi. Tolonglah cari orang lain." Ihfaz menjawab dengan nada lesu. "Kenapa? Siapa yang curhat dengan kau? Mesti Hisham kan?" Aidil mencelah. "Kata roomate tersayang. Mestilah jadi pendengar yang baik." Aidil meneka dengan sindiran. Ihfaz hanya tersenyum. "Tapi aku rasa perlulah." Aidil menyambung perbualan kembali. "Memanglah perlu. Kalau tak bila nak improve?" Ihfaz membalas laju. "Perubahan tu perlu. Kita dalam nak perbaiki diri kita memanglah kena hadapi banyak perubahan. Tak mungkin nak stay dekat kondisi lama jer." Ihfaz menambah hujah, memberi keyakinan kepada Aidil. Mereka menyambung perbualan, terus menerus seorang bertanya, seorang lagi memberi cadangan. Seorang berkata, seorang lagi tertawa. Kumat-kamit terdengar dari belakang ruang solat celoteh mereka berdua. Manusia silih berganti masuk dan keluar dari musolla, jemaah demi jemaah timbul menunaikan solat asar, mengejar kebenaran hadis Nabi s.a.w. bahawa barangsiapa yang bersembahyang solat bardain-yakni solat subuh dan asar, maka ia akan masuk syurga.

Perubahan memang suatu yang amat penting. Tidak mungkin kita akan terus berada dalam situasi yang sama selamanya. Kesenangan yang ada tak mungkin berkekalan. Yang penting kita sedar akan perubahan yang mungkin berlaku. Samada yang dapat dihidu, mahupun yang tidak. Samada yang ktia mahukan, mahupun yang tidak kita harapkan. Melalui perubahan kita belajar dan menerima perkara baru. InsyaAllah, segala yang berlaku ada hikmahnya. Yang penting kita mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dan kita memanfaatkan peluang yang ada dalam melalui perubahan.

"Dalam study pun aku kena berubah. Selalu sangat bertangguh. Kadang-kadang ambil ringan. Nak submit assignment esok, petang atau malam sebelum baru nak mula. Macam-macam hal lah aku ni." Aidil bercerita. "Aku pun sama jugak. Banyak benda yang kau nak repair dalam bab study ni." Ihfaz menyua kisahnya pula. "Berkongsi memang indah, tapi nak kerjakan memang susah. Kita kena sama-sama pantau satu sama lain. Boleh bai?" Aidil bertanya, mencari teman menghadapi perubahan. "Boleh jer. Tapi kene istiqomah. InsyaAllah kita usahakanlah." Ihfaz menghulur janji dan menebar bai'ah kecil di antara mereka berdua. "Aku teringat satu bendalah. Nak cerita sikit dekat kau." Ihfaz menambah. "Pedia lagi ni!" Aidil menerkam hairan. "Ada sorang kawan kita, dah giat nak kahwin pulak." "Siapa?!" Aidil mencelah pantas. Air mukanya menampakkan dengan jelas keinginannya untuk tahu. "Cukuplah sekadar aku mengatakan dia seorang sahabat kita," Ihfaz menjawab dengan nada poyo. "Kau memang banyak masalah lah." Aidil membalas reaksi Ihfaz.

"Ada perubahan yang kadang-kadang kita kena bersiap dari awal. Perubahan yang kita sendiri kejarkan hasilnya. Dalam hal macam ni, kadangkala kita salah dalam meletakkan niat kita. Kerana hasil yang kita usahakan sehabis mungkin, tapi sebenarnya kerana pembaikan tu adalah untuk capai redha Allah s.w.t., aku rasa ok kot?" Ihfaz memberi pandangan tapi dalam keraguan. "Aku rasa macam tu jugak. Bukan semua manusia boleh letakkan hati dia pada Allah setiap waktu, setiap langkah. Tapi time by time, kita reflect balik niat kita, supaya ditetapkan pada Allah, kan?" Aidil bersuara pula, sama-sama menabur pendapat, yang penting kebaikan yang terhasil. "Dalam hal perubahan fasa kehidupan, dari individu kepada berpasangan, bagi aku perubahan tu sesuatu yang kita anticipate and looking forwad to. Sebab memang kita perlu mempersiapkan diri, kan?" Aidil menyambung hujahnya. "Tapi aku takut kalau-kalau dia tergerak sebab nak 'mencapai' individu, bukan nak mencapai fasa seterusnya. Itu mungkin menjadi pencemar kepada niat dia. Entahlah..." Ihfaz meneruskan perbualan. Fikirannya terlekat pada Hisham. "Aku balik dulu Aidil. Nak masak. Kalau free, singgahlah rumah boleh sambung sembang." Ihfaz memotong pembicaraan pantas. Dia melihat pada jam tangannya dan bangkit perlahan. "Erm, aku pun nak baliklah. Jauh nak kayuh balik ni." Aidil bersuara, menyahut ajakan Ihfaz untuk bersurai. "Tasbih kifarah dan surah al-Asr dulu." Aidil mengingatkan Ihfaz. "Oh, hampir lupa pulak." Ihfaz membalas, lantas mulutnya terkumat kamit bertasbih sambil meletakkan kembali kitab yang tidak dibacanya.

***

"Ahh, namanya pun dah terngiang-ngiang dekat kepala aku. Kenapalah kau sebut nama dia dekat aku Hisham? Masalah betul lah kau ni!"
Ihfaz bersuara pada dirinya sendiri. Ihfaz takut dengan fitnah. Baik dari mulut orang lain mahupun dalam hati Hisham sendiri. Dia jauh dari gemar kalau-kalau sahabat-sahabatnya mengalami masalah hati, sebab baginya, ini akan melambatkan pembinaan diri mereka. Sibuk dengan fikiran dan angan-angan, samapai lupa pada akhirat dan Allah. Mungkin benar ketakutan yang timbul pada Saidina Ali r.a. tentang umat yang panjang berangan-angan dan mengikut nafsu, kerana yang panjang angan-angan Ali takut mereka akan lupa kepada akhirat manakala yang mengikut nafsu akan meninggalkan kebenaran. Bagi Ihfaz, yang panjang angan-anganlah yang paling berpotensi mengikut nafsu.

Malam itu berbeza dari biasa. Ihfaz merenung Hisham yang sedang lena tidur. Fikirannya sibuk memikirkan tentang niat dan amalan. sekali-sekala dia mengingatkan kembali pada dirinya akan hadis pertama dari himpunan 40 hadis Imam Nawawi. "Aku harap kau ikhlas Hisham. Jangan sandarkan pada nafsu, nanti rosak kau dengan dia-dia sekali. Tak pasal-pasal jer timbul masalah." Mungkin Ihfaz terlalu sayangkan Hisham, tidak sanggup melihatnya rosak dengan masalah-masalah hati. Mungkin juga Ihfaz tersalah anggap dengan halatuju Hisham, atau mungkin aku tak sepatutnya menimbulkan pergolakan ini dalam karakter-karakter tulisan ini.

***

Hari demi hari berlalu. Sebulan melewati dunia, dengan putarannya masih sama arah, laut masih tenang, bintang-bintang masih di tempatnya, ibu-ibu masih menyayangi anak-anak mereka, dunia masih belum kiamat. Hisham telah melalui banyak perubahan. Dari segi sikapnya, yang dibuat-buat kini menjadi akhlak. Dia sedaya upayanya cuba mematangkan dirinya. Kadangkala jengkel hati sahabat seliqa'nya dengan perubahan yang cuba dibuatnya. Naik bulan kedua, jelas-jelas Ihfaz nampak akan kesungguhannya dalam perubahan. Semakin jauh dari Ihfaz akan semua pandangan buruknya pada Hisham. Mungkin benar bahawa Hisham mahu mencapai sebuah rumahtangga muslim. Ihfaz mengorak langkah. Mencuri ruang untuk sama-sama meningkatkan amal bersama Hisham.

Hari silih berganti. Hisham dan Ihfaz makin erat, lebih lagi dalam hal-hal menyemai ruhi dalam cinta. Di malam hari di kala sujud, pasti segala rejim akan memburu mereka andai mereka sedar akan nikmatnya berdiri malam. Sekali-sekala Ihfaz bersenda gurau dengan Hisham tantang kahwin, rumahtangga dan kekeluargaan. Lama-kelamaan, Abang Irwan pun turut membantu sama dengan usaha Hisham. Buku-buku banyak yang Hisham dapat, tapi Ihfaz tidak pernah terniat untuk membaca buku-buku tersebut. "Belum sampai masa untuk aku lagi Sham." atau "Syarah Usul 20 pun belum khatam betul-betul lagi, takkan nak masuk soal ni?" Itulah yang selalu Ihfaz katakan bila Hisham mencadangkan Ihfaz untuk membaca buku-buku soal pernikahan dan kekeluargaan. Hisham tahu yang Ihfaz juga cenderung untuk berkeluarga, tapi mungkin pertimbangan Ihfaz lebih berat dari Hisham. Mungkin dia terlalu teliti dalam membuat keputusan. Aidl dan Rahim makin lama menyedari perubahan yang berlaku pada Ihfaz dan Hisham. Mereka berdua makin ketara hubungannya dan dari segi amalan, tampak konsisten. Dalam liqa', Abang Irwan seringkali menyebut-nyebut tentang persediaan bernikah, tentang kematangan, kesediaan untuk berubah dari satu posisi kepada posisi yang lain dan seumpamanya.

Ihfaz gembira dengan perubahan dan peningkatan Hisham. Konsisten dan komited. Dia berusaha memperbaiki dan membina hubungannya dengan pelajar-pelajar baru. Katanya, "Aku nak belajar berurusan dengan semua orang selain dapat jadikan contoh untuk diorang ikut. Tapi paling utama, kerana Allah ta'ala."

"Berubah...," Ihfaz berbisik perlahan. "Bukan mudah untuk buat sendiri-sendiri. Alhamdulillah kau ada Hisham. Semangat juga aku nak berubah sekali." Ihfaz menyambung perbualannya dengan Ihfaz.

***

Setelah hampir tiga bulan berlalu. Ihfaz, Hisham, Rahim dan Aidil masing-masing sibuk bersiap untuk peperiksaan. Ini tahun terakhir untuk Hisham dan Rahim. Aidil dan Ihfaz masih ada lagi setahun. Tetapi semuanya berusaha seakan ini semester terakhir mereka. Ihfaz dan Hisham banyak duduk di rumah untuk mengulangkaji. Kesejukan musim sejuk semakin terasa dan mereka lebih gemar dalam kantung tidur dari duduk di perpustakaan. Tiada apa bahan yang mereka perlukan melainkan semuanya dapat di cari di internet dan dari nota kuliyah masing-masing.

"Ihfaz, lama dah kita tak curhat. Malam ni kita buat satu sesi. Aku rasa kita sama-sama banyak benda nak dikongsi bersama." Hisham memecah keheningan suasana ulangkaji di bilik mereka. Ihfaz menjawab setelah seketika kerana asyik dengan ulangkajinya, "Boleh jugak. Nak exam ni, kena kosongkan minda dengan betul. Biar bebas dari tekanan-tekanan emosi!" Ihfaz menggeliat di atas kerusinya, melepaskan lenguh dari badan sambil menjawab permintaan Hisham. Mereka berdua kembali mengulangkaji pelajaran, menanti saat-saat untuk sesi curhat yang mereka dambakan.

Dalam kegelapan malam, dalam sejuknya wudhu mereka, masing-masing berbungkus kemas dalam selimut sambil kepala mendongak seolah mengira bintang yang tidak kelihatan. "Dekat dua bulan lebih kan, banyak dah berubah. Macam-macam yang kita cuba amalkan, ada yang jadi, ada yang tak. Aku rasa seolah-olah hidup di zaman sahabatlah." Ihfaz memula biacara. Hisham menoleh ke arah tingkap, mencari subjek di keheningan malam di luar tingkap. "Betullah. Aku pun tak sangka yang aku sendiri mampu buat semua tu." Hisham membalas, responsnya tenang. Lama mereka terdiam. Sejuk malam mengisi kesunyian dengan gerakan kaki-kaki mereka yang cuba memanaskan badan. "Ihfaz..." Hisham bersuara. "Hermm.." Ihfaz menyapa, seolah sudah bersedia untuk terlena. "Aku nak berundur dululah." Hisham menyambung madahnya. "Undur dari mana? Gear reverse mana ada dekat sini." Ihfaz berloyar buruk dengan Hisham, sengaja mengisi suasana. "Sengal juga kau ni. Aku tak jadilah nak kahwin dalam masa terdekat ni." Hisham membalas sedingin angin malam. Ihfaz berputar pantas, menghadap Hisham di sebelah kirinya, "Kenapa tiba-tiba jer nak tukar arah ni?" Ihfaz bertanya hairan, matanya tertumpu pada Hisham. "Aku rasa aku sebenarnya tak bersedia lagi." Hisham bersuara rendah kali ini. "Kau rasa jer." Ihfaz cuba menafikan Hisham. "Kahwin bukan mudah Faz. Boleh pening kepala ooo... Lagipun aku rasa niat aku tak cukup lurus. Mungkin gilakan budak tu." Hisham berhujah membela dirinya yang dia sendiri tak pasti betul atau tidak. "Memang tak mudah. Sebab itu kita persiapkan diri kita. Memang dua tiga bulan tak cukup. Sebab itu kita cuba sampai summer nanti. Bab niat, insyaAllah masih belum terlambat untuk dibetulkan. Bertaubatlah pada Allah kalau kau tersalah pada niat kau. Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Pengampun. Mintalah pada Allah. Jangan sombong, sebab takut pada diri sendiri, kita berhenti dari perkara yang baik. Boleh jadi riak Sham." Ihfaz melengkapkan malamnya. Dia bertazkirah dalam sesi curhat. Tapi itulah curhat yang benar. Bukan omong kosong tentang perasaan semata, tapi diisi dengan peringatan dan sokongan untuk dimanfaatkan perbualan itu. "Bab budak tu, letak tepi dulu. Apa kata kau bincang dengan Abang Irwan. Kalau masih belum berpunya, dan aku yakin dia masih belum berpunya pun, mungkin boleh diajukan niat kau. Asal kau tak buat cara yang salah, insyaAllah teruskan jer kot?" Ihfaz memberi jalan keluar yang dirasakannya terbaik buat Hisham. "Aku berundur dulu kot sekejap. Biar aku fikirkan dulu lagi sekali. Aku nak bincang dengan Abang Irwan dululah pasal benda ni. Masalah jugak lah aku ni." Hisham mengeluh sayu, tapi tidak mematikan malam yang dingin dan mesra itu. "Terpulanglah pada kau. Tapi yang selama ni kita berusaha, bagaimana? Kau nak letak tepi dulu jugak ker?" Ihfaz mencelah dengan tertawa. Menyindir Hisham. "Yang itu, aku serahkan pada Allah. Siapa lagi yang nak terima amalan-amalan kita Faz kalau bukan Allah? Kita doalah agar cacat cela amalan kita diampuni Allah dan kita bertaubatlah. Tapi aku nekad nak teruskan segala yang dah aku buat, dan segala yang aku dah rancangkan. InsyaAllah, moga diberi kekuatan. Kan, Faz?" Hisham bersuara, menyejukkan hatinya. "Ya, kau benar." Ihfaz mengajuk Hisham sambil tersengih-sengih. "Sham, aku nak tidurlah. Kalau ada apa-apa lagi, recordlah. Esok aku review. Assalamualaikum." Ihfaz menutup bicara, memohon kelepasan. "Akupun nak tidur jugalah. Wa'alaikumussalam. Jangan lupa temujanji kita pagi ni. Pukul 3.00 di atas sejadah cinta, ya." balas Hisham perlahan, menampal janji pada sejuknya malam itu.

***


Sunday, May 27

Cartoon for Exams


More from Bendib.

Confidence

Sometimes we look after great thoughts and ideas. As if they could save the earth from the ever circulating social problems. Often we forget that simple but critical ideas and words exist which are more effective in telling us of what to do and how to do them. Found a short flash video about confidence, optimism and faith in islamonline.net. Simple words with great audio to caress the heart and calm down the eager, mind-blowing thoughts.

Confidence is

>a reflection of our outlook towards life in which the positives and negatives are a series of lessons and the fruits of which one can grasp or foolishly give away.
--->i think it is. what we've been through would be the constants or arrays which we can always look back at and utilize it again at present or future. I believe those who put aside their past and histories without able to learn and ponder them should put themselves in a waste pool. Histories are so valuable that you can't change nor erase them. They are your best treasures. Make use of them to improve yourself and to help make good decisions.

>a part of our faith. "Nay, verily with me is my Lord. He will guide me." (Asy-Syuara 26:62)
--->hence no further should I explain nor express.

>knowing we have nothing to lose. "In order that you may not grieve at the things that you fail to get, nor rejoice over that which has been given to you. And Allah likes not prideful boasters." (Al-Hadid 57:23)
--->I believe we should all do. What ever happens(put aside death) we still have to go on. Like history, even if the five Hang's in Malacca were not Malay, they were still part of history. What they did should be learned and reflected. Who they were might just make us be among those who are prideful boasters. If we fail in tasks, we learn that more should be done, and creative thinking should be incorporated maybe. We gain probably as equal to what we lost, or maybe more. Recall death, if we had been as obedient to Allah and Muhammad s.a.w. as a slave would to his master, smile to the last breath that you might not lose anything.

>knowing that we are limited by our weaknesses and realizing that Allah Most Forgiving, Compassionate, and All-Wise God. "Allah wishes to lighten (the burden) for you; and humans were created weak." (An-Nisaa' 4: 28).
--->This will surely be a good reason why we are not perfect. But it's not a reason why we should not strive to be near perfect. Let us try to understand and predict our weaknesses so that we may try to hinder faults known to us and find a way out from them. I guess this can be a good reason why suicide is not legitimate to the law of social nature; where as in islam, hell raises over to greet you if you commit suicide.

>knowing that we're not expected to be gods.
--->so admit your weaknesses and find the cure if there exist one or more to them. It would be the best to admit that we're going on with a sense of satisfaction about ourselves and our All-Wise God, Allah. That's what we're supposed to do, aren't we?

Salam.

vi exam.c

#include

int main(){
/* may we spend our time wisely for the exam is coming */
printf("Exam period should not make us act like robots. \n Life is life wherever or whenever it is. \n");
return 0;
}

:wq

gcc -Wall -ansi -o exam exam.c

./exam.exe

Exam period should not make us act like robots.
Life is life wherever or whenever it is.

exit




Thursday, May 17

light bulbs and stars

i'm behind the curtain
but i long waited for the light
you put me under the blanket
while i'm not ready to sleep
and you make me to

if light bulbs can be stars
i'd even swap the sun with them
so i would not face dawn and dusk
but they are like black holes
sucking my pocket and still too dim

if light bulbs are bright
your smile can make them dark
if the sun is strong
then your life is a helium ball
that sits on the other side of my curtain
where the light awaited is to embrace me

don't take the light astray
i'm pushing my blanket away
i'm cursing the curtain before me
and i wish you're still there to throw me some smiles
so light bulbs die and i'm still i

...you should know you're whom you should be. The door is locked for you, always.