Tuesday, April 29

Simple Stuffs Again

I've been quite unorganized lately. Never to say I'm busy as everyone is. If you think you;re busy now, then soon you still wouldn't be free. As days gone by, your responsibilities are always added to you. As everyday, you improve yourself, hence more and more tasks are burdened unto you as you're eligible for them. So whenever I'm a bit lost with time, I'd rather say I'm undergoing a restructure of my time. So put that aside. Just an idea. 

(Just to share with some 'friends', wonder if you're a student now, and you have a lot of things to do, datelines waiting, assignments to be finished etc etc, while at the same time you have to meet people, you have to do some 'work', etc etc, do you think when you've finished university that you'll be free and have more time, i.e not busy? Think again.)

So, what's the simple stuffs again? Erm...quite lost. -wink-wink-

Yup, got it. Management and the kin. Have been thinking lately about writing something regarding "managing resources: our everyday life". Sounds interesting but rather theoretical. 
Sometimes it's best to share about your daily experiences, but to a certain extent. I've had some discussions with some friends, some 5-minutes-talking, but ridiculously immaculate ideas went out. And I kept to myself until I had this clueless cold night that I decided to write something out of nothing. Simply wonderful.

Surely most people think they are capable of managing people. Some might prefer to work in the management team though they are doing some funny engineering courses like mechanical, chemical, environmental, civil(burrppp...) and the sorts. Most would just say out of no where that they love to work in the management team, or probably HRM. Seriously, do you really have what it takes to be part of the management team? Or you're just saying it because you think you can manage well when you're just really looking from the outside? Say Petronas, or Proton, or Perodua, or Modenas, or maybe Khazanah(heard of it before?). You sure have had a lot of ideas before of how you think you can make it perform better. You think so?

Really this is not something simple. I've deviated actually as I never really had anything simple to talk about here. Just giving a hint of probably a new section in here that I'd like to bring forth. Might be helpful to some though not all.

Some people asked me, "What are you going to do when you've finished your studies?". I'd say, "Surely not an engineer. Probably a carpenter, or maybe an interior designer. Or a plumber. But not an engineer.". And they'd go blank and say, "Four years of studies, and that's what you gonna be?" I'd say, "Life is to be understood aside of just making thru the day(this I doubt would be for real). I desire time, not money. I desire chances, not career set-points to go after. I found that I'm not good at analyzing or maths or critical thinking or work pressure or open ended solutions, but pretty well in making things work and go fine. So I'd rather delve into it. Besides, wealth is cheap. Well, at least in my opinion.". And some might just turn silent while I'll be rest assured with myself. Ahah...there you go self-esteem !

Tuesday, April 22

Da’wah ini memerlukan mujahid

Agak lama menyepi. Mungkin sibuk, mungkin malas. Maaf mengganggu anda semua. Memang amat-amat berkeinginan untuk menulis sesuatu kebelakangan ini, tetapi jadual baru kehidupan terlalu memaksa tangan ini berbakti pada yang lain. Di situ punya hikmahnya. Kerana tarbiyah adalah dari amali, bukan dari luahan hati. Wallahu’alam.

Biar terus ke topik yang ingin dibincangkan. Terus-terang, aku bukan orang terbaik untuk berbicara bab ini, tetapi ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku yang baru sekejap dalam da’wah. Ingin sekali aku berkata,

“Sesungguhnya da’wah ini panjang, tapi pasti. Da’wah ini sukar dan penuh dengan ujian, tapi sahih. Bukan mudah untuk ikhwah akhwat berada dalam saf da’wah dan kemudian terus lurus bersama yang lain. Akan ada waktu ikhwah akhwat mungkin kebelakang sedikit, dan ada waktu ikhwah akhwat akan ke hadapan. Ada waktu ikhwah akhwat melihat ada yang berundur. Pelbagai alasan, mungkin terbatal wudhu’, atau mungkin terlalu lama, rakaat kedua tak sampai-sampai lagi, baik solat sendiri-sendiri. Itu perkara biasa. Walaupun baru, namun perkara ini semua jelas untuk ikhwah akhwat lihat sendiri.

Sebab itu dalam pelbagai kitab fiqh da’wah, ikhwah akhwat akan banyak jumpa ayat-ayat yang menyeru kita untuk memastikan bahawa awal jalan yang kita masuk adalah jalan yang betul. Atau foundation perlu betul-betul kukuh. Niat perlu lurus dan ikhlas. Jika tidak, ikhwah akhwat akan kembali menyaksikan berundurnya sahabat-sahabat yang dulunya ligat bersama kita. Itulah lumrah da’wah yang panjang. Bahkan dalam sirah islam itu sendiri telah termaktub betapa fitrahnya perkara ini. Sebaik wafatnya Nabi s.a.w., maka berpusu-pusu manusia murtad, bahkan Mekah juga goyah. Sedangkan mereka bertemu Nabi, ditarbiyah terus dari Nabi s.a.w. namun sungguh banyak yang berpaling. Hampir-hampir telah lenyap hasil usaha da’wah Nabi s.a.w. Begitulah lumrahnya da’wah. Berpusu-pusu akan masuk bersama, namun di akhir, tidak tahu siapa yang akan masih teguh. Ya Allah, aku mohon perlindungan-Mu dari sifat fasiq dan nifaq. Ya Allah perkenankanlah.

Namun di sini punya satu pengajaran yang besar, ikhwah akhwat sekalian. Di sini ada satu perkara yang mungkin kita telah tahu. Di balik da’wah Nabi yang meluas itu, adanya qaedah sulbah atau tulang belakang yang terus menerus menyokong da’wah Nabi s.a.w. baik bersama baginda mahupun tanpa beginda. Mereka tidak berfoya-foya dengan tarbiyah mereka. Mereka tidak bermain-main dengan da’wah mereka. Itulah mujahid da’wah. Mereka tegar bersama islam, dan mereka akhirnya hidup mulia bersama islam. Satu rahsia yang ingin ana kongsikan bersama ikhwah akhwat, bahawa dalam kehidupan ikhwah akhwat akan ada perasaan/emosi dan kebenaran/rasional. Inilah yang akan membezakan ikhwah akhwat mujahid dengan mereka yang mengikut.

Dalam satu-satu kondisi, kita cenderung untuk mengikut emosi, kerana tarikan emosi lebih didorong oleh fitrah dan al-hawa’ sedangkan kebenaran/rasional memerlukan kita untuk menekan emosi ke satu tahap agar maslahah besar mengatasi maslahah kecil atau kesan yang menyeluruh terhasil dari kesan sementara dan seterusnya. Jadi apa kaitannya?

Ikhwah akhwat fikirkan sejenak. Pernahkah antum mendengar misalan yang berkata, cuba menutup satu lubang dengan tanah dari lubang yang baru dikorek. Hasilnya satu lubang tertutup, tapi ada satu lagi lubang. Bilakah masalah akan selesai? Pernah dengar?

Antara contoh-contoh realiti yang mungkin berlaku:

Pinggan mangkuk, periuk, talam dan sebagainya sering tak terbasuh di rumah bujang. Satu masalah yang remeh tapi seringkali mengganggu gugat emosi penghuni rumah. Ana yakin ada dikalangan ikhwah akhwat yang pernah mengalami masalah sebegini. Kemudian akan ada pelbagai cadangan dan pandangan tentang jalan penyelesaian. Antara yang bernas, buat sistem basuh pinggan berpasangan; dua orang satu hari akan basuh semua setiap kali lepas makan. Atau cara lain yang pernah dicuba. Yakinlah, dalam sekejap waktu, sistem akan lumpuh. Ikhwah akhwat akan dapati kotor dan sepah ulang berlaku. Jiwa kacau, hati bilau sekali lagi. Apakah jalan yang paling sesuai?

 Cuba ikhwah akhwat renung kembali. Apakah punca? Sistem tak cukup baik? Atau tak praktikal, terlalu ideal? Inilah perkaitan antara emosi/perasaan dan kebenaran/rasional. Dalam melihat masalah ini, emosi membujuk untuk menyelesaikan kekotoran dengan cepat. Mungkin kelak akan memudahkan kerja masing-masing, jadi perlu susun strategi dengan baik. Maka idea dilontar. Seolah mengecat dinding luar rumah dengan cat kapur. Asal putih cepat. Dua hari hujan, timbul balik warna batu pasir. Bukankah begitu?

Kebenarannya atau rasionalnya, masalah ini secara tabi’i yang kita fahami perlu diselesaikan dengan diri yang ada di dalam rumah itu. Ana yakin ikhwah akhwat cukup fasih berkata, “perlu mula dengan diri sendiri dahulu” atau “pembinaan individu dulu, baru fikir sistem. Tiada pendokong, siapa nak pikul?” atau mungkin “perlu selesaikan masalah dari akar umbi. Cabut dahan saja, nanti dia tumbuh balik”. Jadi sekecil-kecil perkara, dengan pemahaman bahawa tarbiyah bukan segala-galanya tapi segala-galanya adalah tarbiyah, juga perlu dilihat dengan fitrah ini. Bagaimana?

Jiwa mu’min yang benar, akhlaq dan peribadinya adalah atas dasar iman. Bukan dasar ikutan. Kebersihan dan kekemasan adalah manifestasi iman, bukan simbol ke-ikhwah-an atau ke-akhwat-an. Ia adalah satu antara perkara asas bagi seorang mu’min. Jadi di sini adalah medan tarbiyah mendidik iman dan islam yang syumul. Bukan perkara main-main atau picisan. Berapa banyak ikhwah akhwat yang melihat kebersihan rumah sebagai medan tarbiyah diri?

Nampak? Emosi/perasaan akan membawa kita kepada penyelesaian yang sekejap. Tapi kebenaran/rasional akan memberi impak yang lebih besar kerana penyelesaiannya ke akar umbi, kepada individu, kepada yang dasar, asas, tapak. Bukan di permukaan.

Apa lagi contoh lain?

Mungkin isu yang sedikit besar. Kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Transliterasi arabnya, qawiyul jismi. Berapa ramai ikhwah akhwat yang melihat ini sebagai satu perkara yang penting? Bagaimana kesihatan atau kekuatan yang dikatakan? Pada suatu ketika, ana memerhatikan ikhwah amat bersungguh membina diri. Muwasafat tarbiyah diulang-ulang, disebut-sebut. Segala yang terkait, semuanya dilibatkan. Semua nak bina. Setiap petang ke padang bersukan. Walau benci menyepak bola, namun tetap turun kerana isu qawiyul jismi. Tamat satu era, datang era baru. Ana perhatikan ikhwah luntur macam cat kapur. Sehingga ada yang meluah perasaan, dulu ligat dan aktif, kini semua duduk dalam beg tidur. Ana kecewa, bukan sedikit tapi ana merasakan seolah yang kita ada adalah pengetahuan, bukan kefahaman dan penghayatan.

Ikhwah akhwat perlu sedar. Tuntutan di jalan da’wah ini besar. Ia memerlukan mujahid yang tahu dan sedar tentang kepayahan jihad hujah. Bukan da’i lisan ke hulu ke hilir berfoya-foya dengan fikrah. Ia perlu hidup. Islam tidak hidup dalam kepala. Ia di jalanan, di dalam masyarakat. Jadi ini memerlukan ikhwah akhwat bertubuh kuat dan sihat, mampu menahan jerih payah. Letih bukan tanda lemah, tapi tanda ada usaha. Letih antara dua, mencari rezeki untuk hidup atau da’wah. Jadi bagaimana ikhwah akhwat boleh bermain-main dalam memastikan kekuatan diri dan kesihatan terjaga? Da’wah kita berterusan, bukan sekadar di program-program. Kita boost sepanjang waktu, bukan macam orang yang program oriented. Itu ya boost sekali-sekala sebab nak program berjaya. Tapi kita lebih dari itu.

Kebenaran/rasional di balik kesungguhan membina kekuatan dan kesihatan diri adalah kerana tuntutan da’wah yang amat berat. Ia memerlukan, bahkan memestikan ikhwah akhwat kuat dan cergas. Apakah boleh jadi kerana emosi/perasaan yang telah menangkap ikhwah akhwat suatu ketika dulu menyebabkan ana tertipu dengan kesungguhan antum semua?

Sekarang adakah ikhwah akhwat melihat, metode pemulihan yang kita canangkan selama ini amat mendalam ertinya. Bukan sekadar maratib amal yang dihafal dan diingat. Ia meminta lebih lagi dari apa yang kita sangkakan. Apabila kita berkias tentang pembinaan diri, sememangnya ia memaksudkan pembinaan diri yang menyeluruh dan syumul. Bila ia bersuara tentang pembinaan baitul muslim, maka ia menuntut baitul muslim yang benar juga. Tatkala ia meminta masyarakat muslim, ia benar-benar menuntut masyarakat muslim dan seterusnya. Bukan dalam perasaan dan persangkaan atau emosi, tapi dengan sebenar-benarnya, dalam hakikatnya.

Ikhwah akhwat yang ana kasihi, ana suka melihat jumlah ikhwah dan akhwat yang meningkat saban hari. Usaha kita yang berterusan, Alhamdulillah Allah kurniakan kita sedikit rahmat dan kegembiraan dengan mad’u yang bertambah. Namun ana sayang pada antum. Ana sayang pada da’wah ini. Ana rindukan saat-saat banyaknya waktu kita bersama dalam usaha da’wah dan tarbiyah. Waktu-waktu seolah kita memacu kuda berlumba dalam kebaikan. Ana takut bahawa kita hanya terikat dalam emosi/perasaan kerana banyaknya yang bersama, bukan kerana kebenaran/rasional terhadap kefahaman islam yang syumul. Dari pengalaman, memang ana sedih menitis air mata mengenang ikhwah yang berundur. Wallahu’alam, atas sebab apa, tapi sekiranya benar, boleh jadi mereka terikat dengan hal. Namun semuanya atas kehendak Allah s.w.t.

Inilah bezanya antara hal dan hakikat. Antara kondisi hati dan sebenar-benar kondisi seluruhnya.

Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya adalah tarbiyah buat kita. Bukanlah kita orang yang taksub dengan tarbiyah sehingga menutup pintu perkembangan am, tapi adalah kita orang yang membuka dan masuk ke dalam pintu tarbiyah mana sahaja yang ada, selagi ia dalam batasan syara’.

Ini adalah waktu untuk ikhwah akhwat berfikir kembali dan merancang semula. Merancang dengan pengakhiran di dalam fikiran, dengan akhirat sebagai tujuan. Adakah da’wah memerlukan individu-individu seperti kita sekarang ataukah ia mahukan yang lebih baik? Ingatlah ikhwah akhwat yang di sayangi, islam menerima semua umat manusia namun da’wah islam hanya menerima mujahid dan mujahidah sebagai pendokong. Kita bermujahadah dalam membentuk diri kita dari dasar. Dengan hakikat, bukan hal. Dengan kebenaran, bukan perasaan.

Sesungguhnya ana hanya meluahkan rasa hati kerana sayangnya ana pada da’wah dan ikhwah akhwat semua. Bukan niat untuk merendahkan sesiapa, kerana orang yang punya takbur walau sebesar zarah dalam hati, tidak punya ruang untuknya di syurga. Di saat ini, hal ana bersuara, namun hakikatnya tidak siapa tahu sehingga Allah telah menetapkan qadha-Nya kelak. Hal ana bersuara agar setiap apa yang engkau ada dikorbankan kerana ini adalah waktu untuk engkau tajrid sebagai sang salik dengan da’wah. Sesungguhnya ummat ini lebih memerlukan engkau sebagai murabbi dari sekadar figur dan harapan mereka pada engkau besar. Tidak pantas untuk murabbi menjadi pemula dalam perkara mubah, kerana urgensi sebagai tauladan amat tinggi di saat ini. Biar engkau rebah memikul da’wah, jangan engkau rebah memikul al-hawa dan hiasannya.”

Andai sahaja dapat aku berkata.

Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan hati-hati kami, teguhkanlah ia dan tetapkanlah ia di jalan agama-Mu yang lurus. Ya Allah, Engkaulah yang Maha Kaya dan Maha Mengasihani, kurniakanlah bagi kami rezeki yang baik lagi Engkau redhai. Ya, Allah, Engkau Menguasai jiwa-jiwa kami, maka kami mohon janganlah Engkau menarik hidayah atau menghalangnya dari jiwa kami. Ya Allah, Engkaulah yang paling hampir dengan kami, bimbinglah kami dan perkuatkanlah diri kami. Ya Allah, perkenankanlah.

Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.”

[Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu’adz bin Jabal radhiallahu Anhu]

Begitulah keadaan setiap anak Adam di hari akhirat kelak. Tidak akan ada seorang pun yang akan mempunyai kuasa bahkan ke atas dirinya sendiri. Setiap anak Adam hanya menunggu dan menanti keputusan Allah s.w.t. Pemilik Hari Pengakhiran. 

Namun antara satu aspek penting yang dapat kita pelajari dari hadis di atas adalah penekanan yang Rasulullah s.a.w. berikan pada usia setiap anak Adam. Rasulullah s.a.w. mengulang kembali isi tentang usia dengan merincikan ia kepada masa muda bagi anak Adam, untuk apa ia dipergunakan. Tidak dapat tidak, amat perlu untuk kita menilai kembali kepentingan dan signifikasi masa muda setiap anak Adam selain dari sekadar usianya kesuluruhan.

Sepanjang sejarah manusia, sememangnya pemuda tidak dapat diasingkan dari kejadian yang menakjubkan dan yang memberi kesan kepada ketamadunan kita. Merungkai kembali peranan pemuda dalam sirah islam, kita menemukan banyak sekali catatan yang termaktub tentang mereka. Ciri-ciri mereka dalam sejarah diceritakan dalam Al-Quran yang tiada keraguan dalamnya.

Keyakinan dan keberanian yang mantap

83.  Maka tidak ada yang beriman kepada Musa, melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya (Musa) dalam keadaan takut bahwa Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya akan menyiksa mereka. Sesungguhnya Fir'aun itu berbuat sewenang-wenang di muka bumi. dan Sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas. (Yunus, Surah ke-10)

13. Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita Ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambah pula untuk mereka petunjuk.(al-Kahfi, surah ke-18)

Maka sememangnya pemudalah yang mempunyai keyakinan dan keberanian yang tinggi. Kendatipun mereka menyedari bahawa fir’aun akan menyiksa mereka, namun mereka tetap beriman dengan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Begitu juga kisah pemuda penghuni gua yang melarikan diri demi berpegang teguh dengan akidah yang benar.

Dalam sejarah dunia secara umumnya sekalipun, kita dapat memerhatikan bahawa sifat ini adalah fitrah mereka. Revolusi dan perubahan yang berlaku dalam kancah pemikiran dan konflik ketamadunan dunia baik barat mahupun timur seringkali dihiasi dengan pemuda dan merekalah yang menjadi tonggak dalam satu-satu perjuangan.

60.  Mereka berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala Ini yang bernama Ibrahim ".(Al-Anbiya’, surah ke-21)

Begitulah pula seperti yang ditunjukkan Nabi Ibrahim a.s. yang mempunyai keimanan yang teguh bahawa tuhan tidak mungkin dari berhala yang tidak mampu berbuat apa-apa, lantas ia mencela kebatilan di hadapan masyarakatnya. Dalam apa jua keadaan, keimanan dan keyakinan ini diterjemahkan dengan jelas dalam perbuatan mereka, dan pemuda tidak sekali-kali layak untuk menjadi bacul dalam menghadapi kebatilan.

Memiliki kesabaran dan ketaatan yang benar

102.  Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". (As-Shaffat, surah ke-37)

Nabi Ismail a.s. mengajar kepada para pemuda yang benar agar bersabar dan taat pada kebenaran. Ia tidak langsung ragu pada perintah yang diterima oleh ayahnya, Nabi Ibrahim a.s. sekalipun isu yang dibawa terkait dengan nyawanya sendiri.

Di sini perlu kita jelas dengan garis pemisah yang ditunjukkan dalam kisah Nabi Ismail ini bahawa kesabaran dan ketaatan yang dicurahkan adalah demi yang diperintahkan oleh Allah yang Maha Benar. Kesabaran dan ketaatan itu tidak diberikan kepada yang mengingkari al-Khaliq, seperti dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari,

Dari Ali,

Rasulullah s.a.w. menghantar satu pasukan tentera dan melantik di antara mereka seorang ketua. Lelaki yang menjadi ketua itu membuat unggun api dan kemudiannya berkata kepada pengikutnya, “Masuklah ke dalamnya(api).”. Sebahagian dari mereka ingin masuk kerana taat, sedangkan yang lain berkata, “Kami telah lari darinya(kami masuk ke dalam islam untuk menjauhi dari api neraka – pent).” Setelah pulang, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. dan tentang adanya mereka yang ingin terjun ke dalam api itu, lantas Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika mereka masuk ke dalamnya(api), maka mereka akan kekal di dalamnya sehingga Hari Kiamat.” Kemudian baginda menyambung, “Tiada ketaatan dalam kemungkaran, ketaatan hanya pada yang baik.” (Hadith 363, Bab 91, Jilid 9).

Dalam tekanan yang diterima oleh pemuda islam sekarang yang berlaku secara halus dalam mereka berusaha untuk beramal dengan islam yang benar, hendaklah terus menerus kita bersabar dan taat pada perintah Allah s.w.t. sepertimana yang dipaparkan oleh Nabi Ismail a.s. Bukan ruang untuk kita mengambil jalan berputus asa kerana pemuda-pemudi muslim yang sebenar tidak pernah diajar jalan kelemahan dan putus harapan. Tidak sekali-kali !.

Taqwa, berkahlaq mulia dan adil

23.  Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini." Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku Telah memperlakukan Aku dengan baik." Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.(Yusuf, surah ke-23)

Ini merupakan sebuah lagi kisah yang digambarkan oleh al-Quran tentang sifat pemuda yang dipercayai dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. Pertamanya sifat taqwa yang tinggi dan sempurna kerana kemampuan pemuda dengan jiwa kuat dan sedar. Pemuda yang dimuliakan oleh Allah adalah yang bertaqwa dan mempunyai akhlaq yang mulia. Inilah sifat-sifat asasi pemuda yang bermakna kepada sejarah manusia. Tindakan mereka adalah untuk keredhaan Allah s.w.t.dan mereka berlaku adil dalam setiap perkara. Inilah juga merupakan manifestasi kepada keimanan dan keberanian yang tinggi. Jika dinilai dari godaan yang diuji ke atas Nabi Yusuf, a.s., pastinya amat sedikit dan barangkali tiada seorang pun yang akan tegar menolak godaan dan pujukan wanita tersebut. Namun begitulah Allah mahu mendidik generasi pemuda yang mendatang melalui contoh tauladan yang baik dari kisah pemuda terdahulu.

Generasi pemuda di zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Sekiranya para pemuda sekalian masih mampu berdalih dengan sifat yang dipaparkan oleh golongan anbiya’, maka lihatlah kembali pada generasi para sahabat yang berjuang bersama Nabi s.a.w. dan mereka merupakan entiti yang bernilai tinggi dalam sejarah manusia. Mereka ini bukanlah para nabi atau rasul, mereka hanyalah manusia biasa, namun mereka tetap mampu untuk berdiri teguh pada kebenaran. Jelasnya mereka sekali lagi memaparkan ciri-ciri pemuda yang sebenar. Inilah kriteria yang menjadikan pemuda-pemudi sekalian bernilai dan dikira sebagai satu entiti dalam jasad ummah.

Bukanlah angan-angan, ya syabab ! Ini adalah realiti.

Bahkan Ibn Abbas berpendapat bahawa rasul-rasul dan orang-orang yang dikurniai ilmu adalah dari kalangan pemuda. Dan ini adalah pendapat yang disokong bukti dari al-Quran, as-sunnah dan dari sejarah umat ini sendiri.

Jadi pemuda-pemudi sekalian, dimanakah akan kamu pergunakan masa muda mu dalam kehidupan ini? Adakah kelak kamu tidak akan berganjak ke mana-mana kerana masa mudamu telah hilang ditelan al-hawa’ ?

Wallahu’alam.