Thursday, August 23

Mencari benih-benih tarbiyah


Segala pujian bagi Allah s.w.t. yang meletakkan jiwa-jiwa kita di dalam rahmat dan nikmat iman dan islam. Tidak ada sesiapa yang dapat menyesatkan orang yang Allah berikan petunjuk, dan tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah Allah sesatkan. Moga Allah terus meletakkan kita di dalam kumpulan orang-orang yang mensyukuri nikmatnya, amin.

Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Muhammad s.a.w., yang telah melengkapkan dakwah islamiyah dari para anbia' sebelum baginda. Kepada ahli keluarga baginda dan kepada para sahabatnya yang telah berjuang menyebarkan islam sehingga tiba kepada kita, moga Allah merahmati dan meredhai mereka.

Kepada para tabi'in, salafussoleh yang menyambung dakwah islam dari para sahabat, yang menyambung tali dakwah islam dari para sahabat kepada sekelian yang seterusnya, moga mereka juga diredhai Allah atas usaha mereka.

Akh dan ukht yang dikasihi sekalian,

Dakwah merupakan satu perkara lama yang baru bertapak dalam benak kebanyakan kita. Dakwah semakin lama menjadi darah daging kita, dan kita menerimanya dengan hati yang rela dan terbuka. Dengan dakwah juga kita mulai memperbaiki diri kita dengan anjakan yang konsisten insyaAllah. Namun begitu, dakwah ini tidak dapat bertahan dengan lama dalam diri kita jika perkara dasarnya tidak dibentuk dengan betul. Kepada apakah yang ingin kita dakwahkan jika kita tidak punya islam dalam diri? Islam dan dan dakwah tidak pernah terpisah dan tidak mungkin terpisah. Itulah hakikat dakwah sebenar, menyeru manusia agar tunduk patuh kepada Allah s.w.t. dalam setiap hela nafas kita dan semua manusia. Jika sebelum ini telah kita tersasar dari halatuju dakwah yang sebenar, maka sedarkanlah diri kita semula, dakwah kita adalah dakwah islam. Perhatikanlah saf dakwah antum, ke manakah halatuju dakwah mereka? Jika tidak kepada Allah, tanggalkanlah ikatan kita dari mereka dan carilah saf yang lain. Kerana tidak mungkin orang yang ikhlas berdakwah kepada Allah redha untuk bersama dengan mereka yang berdakwah kepada selain Allah.

Itulah halatuju kita, namun persoalan utamanya, adakah kita juga telah bersiap untuk mencapainya? Ataukah kita hanya seronok menyeru manusia kemudian kita terbiar di tepian sedang yang diseru mendakap penuh apa yang didakwahi? Islam perlu dahulu tertegak dalam diri kita, agar kelak ia di sekitar kita, akhirnya kepada semua. Da'i yang tidak muslim, mana mungkin mampu menyeru manusia kepada islam? Kepatuhan yang ada pada da'i perlulah lebih dari yang diseru. Pengorbanannya juga lebih besar, dan penghayatannya juga lebih mendalam. Tidak semua yang dituang akan tumpah ke nasi, begitu juga kita, tidak semua yang disampaikan akan diterima. Itu hukum yang biasa. Kerana itu kita perlu berusaha lebih kuat untuk melihat hasil yang sedikit. Kadangkala Allah menguji kita, tidak ada kedapatan hasil di depan mata kita, tapi itu sekadar ujian untuk menjadi lebih baik.

Wahai akh dan ukht yang ikhlas,

Bagaimanakah akan dapat kita perkuatkan diri kita? Pintu manakah yang perlu kita masuki untuk mempersiapkan diri kita? Agar kita menjadi lebih likat dan tumpat dengan islam kemudiannya dituang sedikit dari kita, akan tetap sedap air yang menerima kita. Di sinilah tarbiyah memainkan peranan penting. Di sinilah tarbiyah menjadi bernilai. Tarbiyahlah unsur pertama untuk da'i bersiap. Tarbiyahlah jalan utama untuk sampai kepada ustaziatul alam yang kita cita-citakan. Untuk menghasilkan khalifah seperti Umar Abd Aziz datangnya dari perempuan yang takutkan Allah, meyakini Allah maha melihat perbuatan khianat dalam perniagaan. Tidak dapat dipisahkan dari entiti utama saf kita bahawa tarbiyah merupakan awal kepada setiap perkara, baik ekonomi, politik, sosial dan apa sahaja, ia perlu melalui madrasah tarbiyah yang menyeluruh, yang membentuk keseluruhan peribadi, bukan membentuk satu-satu kelebihan, kemudian mengemudi dengan kesepahan jahiliah dan kelopongan jiwa menuju ustaziatul alam.

Tarbiyah yang menyeluruh ini pula ya ikhwah wa akhwat, terlalu berat untuk disusun satu persatu, selangkah demi selangkah. Tidak relevan untuk kita mengharapkan seseorang mengemudi kita sepenuhnya sehingga kita menjadi cukup ampuh untuk mengemudi orang lain pula. Tidak dinafikan peranan sang murabbi untuk mendidik kita, tapi murabbi juga manusia, punya kehidupannya sendiri, punya tanggungjawabnya sendiri. Ribuan manusia lain yang berhak ke atasnya. Begitulah kekuatan sang murabbi, juga punya batas. Nabi Muhammad s.a.w. dalam mendidik para sahabat, tidak sepanjang hayatnya disisi para sahabat untuk mendidik mereka selangkah demi selangkah. Ada waktunya baginda s.a.w. bersama isteri-isterinya, bersama orang-orang yang memerlukan, ada waktunya bersendirian menghadap Allah s.w.t. Namun begitu Abu Bakar menjadi orang kedua selepas Nabi s.a.w. Di dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat, "Siapakah pada hari ini berpuasa?" kemudian Abu Bakar menjawab, "Saya Rasulullah". Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapakah pada hari ini telah mengiringi jenazah?" Abu Bakar menjawab lagi, "Saya Rasulullah". Baginda bertanya lagi, "Siapakah pada hari ini telah memberikan makan kepada orang miskin?", Abu Bakar menjawab lagi, "Saya Rasulullah". Baginda bertanya lagi, "Siapakah pada hari ini telah menziarahi orang sakit?" Abu Bakar menjawab lagi, "Saya Rasulullah".

Wahai akh dan ukht yang disayangi,

Apakah yang menyebabkan Abu Bakar bertindak sebegitu? Pada hemah ana, pastinya semua amalan-amalan tersebut datangnya dari kebiasaan yang telah dididik. Kebiasaan yang telah dibentuk sehingga menjadi peribadi. Tidak perlu datang arahan, tidak perlu datang satu-satu kejadian baru terlaksana. Semuanya menjadi kehidupan yang indah, tidak dibuat-buat. Begitulah tarbiyah yang hebat, dari murabbi yang terbaik di dunia, dari kehendak yang tinggi, dan dari ketulusan dalam beramal kerana Allah s.w.t. Perhatikanlah Abu Bakar, jasa-jasanya kepada umat ini, kepada islam. Berterusan sepanjang hidupnya. Islam dalam dirinya likat dan tumpat.

Begitulah idola-idola kita telah menunjukkannya. Ia bermula dari kita, dibimbing oleh murabbi. Kesempurnaan tarbiyah hanya akan dapat tercapai bila kita sendiri yang membuka mata untuk melihat semuanya sebagai tarbiyah. Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya adalah tarbiyah. Bagaimanakah itu wahai du'at yang ikhlas? Dapatkah kita melihat maksudnya? Segala-galanya adalah tarbiyah. Dari pagi hingga malam, penuh dengan benih-benih tarbiyah. Semuanya terbentang untuk kita membaiki diri kita sedikit demi sedikit. Hari demi hari, bukan program demi program, daurah demi daurah, dan sebagainya. Disitulah kunci utama yang perlu kita perhatikan. Muamalah kita dengan manusia, memberikan kita peluang mendidik diri dengan adab-adab islami yang kita pelajari. Pertemuan demi pertemuan mendidik kita menjadi lebih menepati masa. Tugasan yang bertimbun mendidik kita mendahulukan mana yang patut dan mana yang tidak. Kerenah manusia yang pelbagai mengajar kita kesabaran dan ilmu rijal yang berguna untuk dakwah fardhiah. Pelbagai lagi wahai ikhwah dan akhwat ! Bukalah mata.

Kita tidak punya ruang untuk berprogram setiap hari. Kita tidak punya masa untuk berhalaqah setiap hari, tapi kita punya ilmu untuk kita pergunakan setiap hari. Kita punya kehidupan setiap hari dan dari sinilah kita mencari benih-benih tarbiyah. Agar perkembangan kita berkadaran dengan umur dakwah kita, bukan jumlah program atau bahan yang telah kita lalui. Tarbiyah kita tidak terlingkup dalam ruangan bersama-sama ikhwah dan akhwat sahaja. Bersama yang tidak ber'ikhwah' dan ber'akhwat' juga ruang tarbiyah kita. Bersama yang tidak berakidah dan kufur juga tarbiyah. Tapi semua itu perlu jelas bagi kita batasan-batasannya agar kita tidak larut dalam 'tarbiyah' mereka.

Ikhwah dan akhwat yang dikasihi,

Walaupun sungguh banyak yang diceritakan di sini tentang tarbiyah, janganlah kita terseleweng dengan satu-satu juzu' tarbiyah tertentu. Seperti yang kita sedari, antara ciri-ciri gerakan islam adalah yang syumul, terlibat dalam segenap aspek kehidupan. Maka tarbiyah kita juga perlulah terbuka kepada semua aspek. Janganlah juga kita larut dalam teori-teori besar proses tarbiyah. Mengejar suasana ideal tidak salah, tetapi terikat dengan idealism itu merbahaya. Setiap orang ada kemampuan masing-masing, setiap orang ada batasan masing-masing. Idealism yang ada dalam diri adalah untuk kita, sesuai dengan kemampuan kita. Jangan dipaksa pada orang lain, nanti kecewa, retak jiwa berputus asa. Jangan dipaksa juga pada diri kita, nanti rosak binasa, gugur sebelum kuntum berbunga. Ikutilah program di bawah ini, walaupun untuk tarbiyah ruhiyah, namun ia tetap relevan bagi segalanya:

  1. Amalkanlah musyarathoh(mensyaratkan sesuatu kepada jiwa supaya istiqomah) sesuai dengan kemampuan. Jangan sampai merosakkan diri.
  2. Bermuraqabahlah sepanjang masa. Merasakan Allah melihat kita, dan kita mahukan Allah melihat yang terbaik sahaja.
  3. Bermuhasabahlah sekerap mungkin. Kemudian kita akan nampak kesilapan dan kekurangan, disini juga tarbiyah.
  4. Mu'aqabah sesuai dengan keupayaan diri juga. Janganlah menghukum diri sehingga melanggar hukum syara', baik dari kaedah mahupun ke atas diri sendiri.
  5. Bermujahadahlah dalam setiap masa. Pengorbanan itu melembutkan hati dan menundukkan nafsu.
  6. Mu'atabah(menghina, herdik diri yang kelalaian) itu mendidik merendah diri. Persoalkanlah di mana malu kita kepada Allah.
Ini semua adalah asas-asas dalam projek tarbiyah kita. Agar kita meningkat hari demi hari, bukan program demi program.

Wallahu'alam.

Thursday, August 9

Stalled

I was drowned with works that i couldn't put aside.
I was drained with ideas that I couldn't write.
I was with too much reasons that weren't right.
But I found some time tonight.
Still it didn't drag me to excite.
And bragging is not on my side.

I once asked;
"Kenapa bila semakin lama bergiat aktif dalam dakwah,
blog pun semakin hambar?"
Well I guess I found the answer.
Just to calm me(perhaps you as well) down,

1) I'm not bound to just writings and blogging, so many stuffs, so many ways, which at this/that moment they are/were just to precious to be put aside. Perhaps they are/were of much more importance than others.
2) In a month, on average only about 50-60 same returning visitors are here, reading me.
3) Writing takes up a lot of my time because the way I write, I just hate not to convey it as concisely(or complicatedly) as I could. In a way that I don't contradict myself in any form throughout my writings, and not to build up questions because I hate answering comments.
4) If it's not practical, or something not relevant to my current conditions here, I don't write though they are of so much hype among us. No good if you can't put it in your life.
5) I just couldn't find the best time to write a new entry.

So here are my reasonings which should not have occured given I am truly aspired to tell the world about what I have to say.

At the moment, I'm 'writing' an article, closely related to 'us'. Soon enough, insyaAllah it'll be out.

Salam, and sorry once more for not being able to serve your time surfing.