Sungguh, tanggungjawab sebagai khalifah Allah tidak mudah. Ramai orang boleh berkata-kata. Tiada siapa dapat nafikan. Ramai orang boleh berbicara, bukan semua orang dapat faham. Ramai orang nak jadi dai'e, tapi berapa ramai yang suka keluar bergaul dengan segala jenis manusia, kemudian bawa mereka kepada Allah? Eksklusif bukan satu sifat dai'e, bahkan satu yang antonim dengan sifat-sifat dai'e. Ramai yang mampu mengungkap masalah ini, bahkan ke hadapan menjadi pejuang anti-eksklusif yang melanda dai'e. Tapi apa benar segala itu membaiki keadaan? Sifat eksklusif masih ada. Keinginan untuk bergaul dengan manusia masih terkubur. Andai ada hanya sekadar mahu membawakan isu-isu besar, mengharap mereka faham, kemudian menerima dan menjadi sebahagian daripada kafilah dakwah isu-isu besar itu. Kemudian timbul pula masalah untuk perbetulkan pemahaman dakwah mereka. Dari satu masalah ke satu masalah. Entah bila nak selesai.
Terus terang, latar belakang seseorang banyak mempengaruhi perjalanan dakwahnya. Ada orang yang baik, ada yang tidak. Ada yang jadi pesimis, ada yang jadi optimis. Boleh jadi macam-macam. Tapi yang penting, dari awal lagi, apakah bentuk dakwah yang kita nak bawa pada manusia? Kalau nak sebar fikrah, mudah. Tulis buku, artikel banyak-banyak, promosikan dengan hebat, tebarkan ke seluruh negara, bahkan dunia. Jangan lupa untuk letakkan contoh-contoh pemimpin yang bertentangan dengan fikrah kamu dan keluarkan sedikit tentang keburukan dia. Nah, dalam masa sekejap fikrah kamu boleh tersebar. Sebab itu Nabi tidak sebarkan dakwah untuk perbetulkan sistem masyarakat Arab yang teruk dan menindas.
Kalau nak bawakan kebaikan dan keperibadian yang baik, pun mudah. Jadilah seperti Ghandi. Eh, buat apa jadi Ghandi? Jadilah seperti Nabi juga. Kan Baginda manusia paling hebat? Tapi Nabi tak sebarkan dakwah untuk membetulkan keperibadian masyarakat Arab yang tunggang-langgang. Walaupun Nabi memang teserlah dengan keperibadian yang mulia, tapi itu bukan modal utama untuk menyampaikan dakwah yang Baginda s.a.w bawa.
Kalau nak bawakan satu bentuk penyembahan yang betul, memang amat sesuai dengan kondisi masyarakat Arab jahiliyah yang terlalu banyak tuhan ketika itu. Bahkan sekarang pun sama. Banyak dah agama yang bertambah. Dari kerajaan langit, kepada yang entah apa-apa lagi, semuanya menghangatkan keadaan dunia. Tapi Nabi s.a.w tak berdakwah kepada bentuk penyembahan yang entah apa-apa.
Dakwah Nabi adalah kepada penegakkan LAA ILAHA ILALLAH MUHAMMAD RASULULLAH. Dalamnya maksud ilah kepada orang-orang Arab, hinggakan mereka menentang Nabi sehebat-hebatnya. Dengan sepenuh kekuasaan, segala batu mereka lontarkan, segala tohmahan mereka rekakan, segala pakatan mereka jayakan, segala-galanya mereka lakukan. Nabi s.a.w. merupakan dai'e yang paling hebat. Sifatnya, akhlaqnya, peribadinya tiada tandingan. Apa yang dibawakannya mengatasi segala-galanya. Seperti hadis baginda, Islam itu adalah yang tertinggi, tiada yang dapat menandinginya(Riwayat at-Thobrani, DaruQuthni dan al-Baihaqi). Itulah dia dakwah Nabi. Segala yang lain itu datang sebagai compliments kepada tujuan dakwah Nabi yang sebenar.
Jujurnya, nak jadi dai'e bukan mudah. Kata-kata tak dapat nak mengubah dengan hanya sekali bertemu. Hamburan segala isu dan hujah pada pertemuan pertama tidak mungkin dapat mengikat manusia dengan jiwa kita. Apatah lagi untuk kita terikat dengan mereka. Banyak yang perlu dipelajari. Banyak yang seolah-olah tak terisi. Kalau tak endure, memang takkan tahu. Kalau tak cuba memang takkan belajar. Kalau tak usaha memang jauh dari berjaya. Kalau kerana Allah, tak mungkin akan terhenti. Kalau kerana Allah tak mungkin akan letih. Kalau kerana Allah tak mungkin akan runsing. Pendek kata, kalau nak jadi dai'e, kene buat. Kalau nak bertahan, kena letakkan harapan pada Allah.
p/s: kalau tak jumpa arah perjalanan, cubalah cari petunjuk kasar dalam Petunjuk Sepanjang Jalan. Kalau nak yang terperinci, tak ada dekat tempat lain selain dari al-Quran dan as-Sunnah.
Sunday, April 15
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Anda telah melakukan 2 kesalahan.
1) Tiada link SK dalam BlogAnda
2) Dan justeru itu, tidak participate dalam Kempen Support SK
Post a Comment