Saturday, February 9

Sekali tidak bermakna sudah memadai

Tahun ini tahun terakhir saya. Dalam sedar, masa berlalu sudah tiga tahun. Dari budak baru ke orang lama di bumi Australia. Dari entah siapa kepada saya. Jujurnya, ramai kawan-kawan terkejut dengan perubahan dan perbezaan yang ada pada saya. Tapi saya perlu peduli apa? Ini hidup saya, dan saya tekad nak masuk syurga. Nak kata apa, ikut lu punya suka. Banyak perkara yang saya belajar, dan salah satunya yang saya terfikir untuk berkongsi hari ini, adalah seperti yang tertera di atas, sekali tidak mungkin sudah memadai.

Saya baru kembali ke bumi Melbourne. Suasana tak banyak berbeza, tapi orang-orangnya mungkin berbeza. Yang datang kembali, mungkin dengan azam dan persepsi yang berbeza. Yang baru datang, macam-macam kerenah mereka. Tapi itu semua membuatkan saya gembira. Apa tidaknya, ini entah kali ke berapa saya dapat mengulang cuba pelbagai perkara. Juga dapat menambah baik segenap usaha. Perasan tak setiap ayat yang anda baca, akhir lafaznya sama? Senyum kalau anda suka. =)

Kali ini saya hanya membawakan pendapat saya. Mungkin benar, mungkin tidak. Tapi bagi saya, ia ada benarnya. Cuba anda kira berapa banyak buku yang telah anda baca? Berapa jenis? Kita kecilkan skop buku bacaan kita. Tolak tepi buku fikrah, tolak semua buku nikah, apalagi entah yang apa-apa entah. Kita ambil kira buku sirah cukup. Kira kembali berapa banyak buku sirah, tentang Nabi Muhammad s.a.w. yang telah kita baca. Mungkin yang lazim, Ar-Raheeq Makhtum, Fiqh Sirah oleh Said Ramadhan al-Buty, Sirah Nabawiyah oleh Mustafa Siba’i, Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam dan apa lagi? Baik, kita ambil Ar- Raheeq Makhtum dan Sirah Nabawiyah Musatafa Siba’i. Berapa kali anda sudah menelaahnya? Saya bukan bertanya, berapa kali anda sudah membacanya? Tapi menelaah. Beza ya kawan-kawan.

Kali pertama saya membaca Ar-Raheeq Makhtum, ia umpama satu kisah yang paling hebat dalam sejarah manusia. Kemudian saya melangkah kepada Sirah Nabawiyah Mustafa Siba’i. (Nampak tak kenapa saya minta pertimbangkan hanya dua buku di atas? =) ) Kemudian saya berhenti membaca sirah sebentar. Masuk pula kepada buku-buku fikrah. Di sini, pemikiran mula berubah. Mula nampak perkaitan antara satu hal dengan yang lain. Mula sedar mengapa Nabi buat begini begitu, mengapa yang lain buat begini begitu pula. Kemudian bila mula menelaah sirah, sesuatu yang berbeza datang. Persoalan ada yang terjawab, dan ada baru yang timbul. Pendangan terhadap isu mula berubah, dan ada yang tertanya.

Sebenarnya, serupa sahaja bagi satu-satu buku sekalipun. Pernah anda baca Risalah Ta’alim? Ceritakan pengalaman anda membacanya buat kali pertama. Meluap bersemangat, konon penuh dada siap siaga. Da’wah ku kendong tapi entah ke mana. Betul? Kemudian pernah anda telaah lagi? Dan lagi? Dan lagi? Cuba anda cari di celahan Risalah Ta’alim, pesanan sang penulis, Tulisan ini bukanlah pelajaran yang perlu dihafal, tetapi ia adalah taklimat yang perlu dilaksanakan. Bukan sekali harung terus habis ikan di lautan. Beribu kali memukat, masih banyak yang berenang di bawah tongkang. Teliti pula karangan Muhammad ‘Abdullah al-Khatib tentang Risalah Ta’alim, Apa yang dikehendaki agar para ikhwah terus meneliti risalah ini berulang kali, mengkajinya dan melaksanakan segala tuntutannya. Mudah tak membaca buku?

Yang di beri contoh hanyalah berkenaan membaca bahan islami. Bagaimana tentang ilmu khusus yang anda pelajari? Seperti di atas atau tidak? Serupa sahaja bukan? Jadi jika ketika peperiksaan anda tidak mampu menjawab, jangan salahkan soalan diputar ligat sampai susah nak aplikasikan benda yang dah di ajar. Tapi renung kembali, sudahkah anda selesai membaca semua nota-nota anda? (Ketika ini, penyesalan tidak berguna lagi. Teruskan menjawab). Yang ini hal study.

Jadi macamana dengan hal yang lain? Hal kemahiran menarik hati manusia untuk menyampaikan islam? Atau mudahnya, da’wah? Cukupkah sekali mencuba kemudian, Ini memang kes luar biasa. Dah tak boleh buat apa. Berserah saja. Mungkin kelak Allah akan buka pintu hati dia. Renungkan kisah Abu Bakar menda’wahi Bilal. Dari pagi, di suruh datang kemudian. Sampai ke petang di suruh lagi kemudian. Kemudian Abu Bakar tidak mampu menunggu lagi, dia datang di malam hari sehingga Bilal menyoal, tidakkah sempat jika datang sahaja esok hari. Lantas As-Siddiq menyoal, yakinkah esok akan ada buat kamu? Beliau mencuba berkali-kali. Tidak mencuba hanya sekali. Lihat pula Abbas As-Sissi. Berapa jenis kemahiran da’wah yang dicubanya? Berapa kali beliau terus mencuba? Cukupkah sekali maka memadai? Da’wah perlu dilaksanakan berkali-kali. Dari satu tahap ke tahap yang lain pula. Yang dibicarakan hanya da’wah fardhiyah. Bagaimana yang lain? Sekali buat, sudah memadaikah?
Fikir sekejap. Nanti habiskan pembacaan.

Dah habis fikir? Saya rasa sekali tidak mungkin sudah memadai. Anda bagaimana pula?

Saya terfikir juga, memadaikah sekali sahaja menunaikan solat sunat nikah? =)

4 comments:

rosso said...

ada solat sunat nikah rupanya. bila waktu dan apa keadaan yg membolehkan kita solat ye?

btw, entry yg penuh dengan pertanyaan. begitulah seorang daie perlu penuhkan hari2nya dengan muhasabah.

Hikbal Ujir said...

setahu saya melalui pembacaan cahayandi takriawayan bertajuk
Di jalan Dakwah aku bernikah

solat sunat setelah nikah dilakukan setelah pasangan berada di dalam bilik berdua (first time) berjumpa

ataupun boleh arrange setelah akad nikah, biarkn kedua2 mempelai menunaikn solat bersama2, diikuti dgn bacaan doa oleh sang suami ke atas sang isteri, bg mewujudkn permulaan yg baik...=)

Anonymous said...

alhamdulillah... punyai peringatan yang berguna. Jzkk

Anonymous said...

salam.solat sunat nikah sekali shj tidak memadai?kalu 2 kali nikah,bolehla solat 2X.. hehe.maaflah,sekadar terfikir.. =) wuteve is,keep on writing!