Saturday, September 30

Mingle dingle....

Lama tak menulis. Terlalu banyak perkara yang berlaku, dan terlalu banyak pengajaran yang hendak di fahami. Terlalu banyak juga hal yang ditolak ansur, dan terlalu banyak juga masa yang entah ke mana. Ya Allah, bantulah hamba-hambamu membentuk diri agar kami menjadi hambaMu yang lebih taat dan lebih produktif untuk Mu. Camping yang dilalui baru-baru ini memang mencabar dan menarik. Terima kasih semua yang banyak memberikan tunjuk ajar dan turut serta mengharungi kesusahan. Cuti yang tidak pernah wujud, bak kata Al-Banna, "...aku akan mengajar mereka di hujung minggu, di hari cuti...."(dapatkan yang penuh di mutiarakisah.dakwah.info). Namun aku lebih banyak mengajar diri aku untuk menjadi seorang yang hebat, The Great Man... =).

Baru-baru ini aku terfikir tentang satu isu yang pernah dibangkitkan oleh seorang ikhwah tidak lama dahulu. Dia pernah diberitahu bahawa "You only know how to mingle among yourselves" dan ini telah membuatkan dirinya terkesan lantas bertanya. Namun aku terfikir kembali, dan aku bermuka-muka kepada diri aku sendiri...mingle the dingle but never jingle so as not to jumble and spoil the doodle. Got me? Read again and think soft =D.. Perkara ini sebenarnya adalah satu perkara yang menjadi lumrah alam. Setiap menusia berkelakuan sebegini, setiap benda hidup berkelakuan seperti ini. Tak percaya? Observe, don't just eat.

Hal ini mudah. Lihat setiap manusia yang ada. Kesemuanya hidup di dalam kumpulan maisng-masing. Ada yang gemar hidup mengikut kasta masyarakat, ada yang tidak. Ada yang hanya sanggup hidup di dalam kelompok yang punyai kehendak yang sama; yang suka bergembira bersama pak jenaka dan hamba ketawa, yang sukakan harta bersama haji bakhil dan pisau cukur, yang gemarkan wanita bersama kasanova dan buaya darat. Kesemuanya bersama mereka yang punyai MATLAMAT dan KEHENDAK yang sama. Think back....tick tock tick tock, hick a flick and leave the dock, tick tock, tick tock. Disagree? I doubt you would. Memang manusia sebegitu. Walhal haiwan yang tidak berakal turut sebegitu, inikan pula manusia. Apa kamu ingat manusia suka berfikir? Suka mengeksplorasi alam? Mengeksplorasi hati dan emosi? Carilah di dalam al-Quran, berapa banyak ayat yang jelaskan tentang manusia yang tidak mahu berfikir dan tidak mengetahui? Berapa banyak yang berpaling dan mengikut hawa nafsu? Tick tock, tick tock, got knocked? I'm sure you did.

Tapi itu bukan perkara utama yang nak dibangkitkan disini. Aku tak suka 'menghentam' orang. Aku lebih suka memperingati orang yang bermatlamat seperti aku, agar akupun mengambil pengajaran(See? I'm stuck to those of whom I belong to.). Memang orang yang mengenali tarbiyah islam ini dan cuba untuk menerima tarbiyah akan bersama orang yang sudi ditarbiyah dan pentarbiyah. Ini kerana mereka perlukan suasana yang betul. Selagi mana mereka belum tamat belajar di institusi tarbiyah itu, dia memang tidak akan pergi jauh dari kelompok itu. Lihatlah manusia lain yang mengatakan tentang keterkongkongan kumpulan yang kecil ini. Mereka juga bersama golongan yang mereka sukai. Tidak bercampur gaul dengan semua orang seperti yang mereka laungkan. Punk tidak akan bersama hip hop, grunge tidak akan bersama pop, datuk-datin tidak akan bersama fakir miskin, ahli perniagaan tidak bersama pencuri, ahli sukan tidak akan bersama ulat buku, pelajar universiti tidak akan bersama pelajar uniserenti. Bukan begitu? Tapi bagaimana isu ini boleh timbul? How come?(=D).

Well, just because we failed to mingle with them as how their friends mingle with them, hence it happened. It's very simP. Kita takkan pernah cukup masa untuk bersama setiap orang sepanjang masa. Lebih banyak perkara lain yang perlu kita lakukan. Kita orang baru, kita perlukan lebih banyak ruang untuk diri kita di awal perjalanan ini. Mungkin apabila telah tiba masanya, kita akan mampu untuk menerjah masyarakat dengan 'ke-ekstrimism' kita ini...are we?...bukan mudah untuk masyarakat menerima perubahan secara mendadak, dan mereka tidak akan mahu menerimanya jika ia terjadi sebegitu. Lihat saja SAP yang inginkan perubahan kepada Aisyalam dengan rakyatnya yang masih tidur. Semua menolak. Kasihan. Sebab itu kita perlukan 'mingle' di kalangan orang yang sama, supaya minda kita di bentuk dengan betul, bukan 'refurbish' minda, tapi memang kita perlukan orang yang lebih tahu tentang hal ini untuk bimbing kita. Dan kita juga perlukan orang yang bersemangat seperti kita supaya kita terus teguh. Serius ni!

In the end, don't bother too much about it. Leave this post behind and get along with whoever that you trust with. Don't bother looking for people's fault. Search yourself, patch the holes and mend the bends. Soon enough you'll be able to run around the corner and not fall. well, that's what I think and that's what I'm doing. Done for the moment. Tired of typing. My neck and my arms are aching.

اسلا م عليكم

1 comment:

Anonymous said...

Assalaamualaikum.

Di tgh musim imtihan, ana sedang tumpang lalu...

Terdetik ketika ana membaca ayat, "You only mingle with yourselves."

Ana terasa pernah melontar ayat itu kpd seorang ikhwah, pada awal tahun.

Tetapi maksud ana bukanlah tentang pergaulan sesama barisan ikhwah, tetapi antara ikhwah dengan local muslims.

Panjang ceritanya.

Pendekkan pula:
Boleh tak ana pinjam link untuk ditampal di salah satu post blog ana? Supaya senang nak make a point. Tak payah susah2 menaip sampai sakit leher dan/atau kepala. :)

Wassalam.