Saturday, May 27

Relativiti


Buat sekian lama manusia mengenali teori relativiti daripada seorang insan bernama Einstein. Penemuan yang membawakan manusia kepada kemajuan teknologi yang amat pantas, membawa kepada penciptaan pelbagai lagi rumus matematika dan jutaan alat-alatan yang mampu memudahkan kehidupan kita. Namun segala ini telah Allah terangkan di dalam ayat 51:49. Setiap yang ada di atas muka bumi dan di langit serta segala yang di antaranya telah Allah ciptakan berpasangan dan berkaitan. Namun ciptaan Allah itu hanyalah untuk melengkapkan alam sedangkan manusia itulah yang melakukan kerusakan di muka bumi. Dengan tersebarnya berita penemuan Einstein itu, maka bermulalah epik kehidupan manusia yang dipenuhi kehancuran, yang berkuasa makin menunjukkan belang manakala yang lemah terus-menerus ditekan dan diperalatkan. Kemudian berlangsunglah kehancuran muka bumi dan penghapusan etnik; pembunuhan beramai-ramai dan peperangan yang melibatkan mereka yang tidak berdosa. Malapetaka ini akhirnya kembali kepada manusia. Bertitik-tolak daripada manusia yang rakus dan tamak, digerakkan oleh manusia yang bersungguh-sungguh mencapai matlamat yang hanya berteraskan nafsu serakah. Dan manusia jugalah yang sengsara kehidupannya, yang terbelit keadaannya, yang hina martabatnya.
Namun sedih sekali apabila aku melihat akan manusia yang tidak mengenali dan tidak mencari relativiti kehidupan dunia dan akhirat. Tidak mengetahui akan relativiti kebaikan dan balasan yang menanti. Tidak menyedari akan relativiti kejahatan dengan azab yang berkekalan. Mengapa manusia semakin disempitkan pemikirannya? Bahkan istilah 'pemikiran terbuka' juga semakin ditutup. Konsep pemikiran terbuka yang diura-urakan sebenarnya telah menutup pintu pemikiran daripada menemui kebenaran dan hanya menjurus kepada hal duniawi. Sedih sekali. Relativiti yang hanya dikenali dikalangan para ahli fizik, pemikiran terbuka yang hanya dikenali oleh para budayawan dan sosialis.
Hakiakt relativiti yang semakin dilupai dan dilepaskan dari pandangan. Hakikat bahawa perjalanan kau yang kedepan dan beberapa yang kebelakang, memperlihat perbedaan yang ketara antara sesetengah yang lain dengan sesetangah yang lain. Sehingga lahirnya ....ekstrimis. Bagiku, tiada situasi ekstrimis, tetapi yang ada hanyalah fanatism. Jika aku bergerak ke hulu, sedang kau berakit ke muara, berapa jauhkah pemisahan kita itu andai kita, kau ukur dalam sehari? Entahlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jika aku setapak ke kiri, dan kau setapak ke kanan, jarak antara kau dan aku sudah dua, tetapi bagi aku dan kamu, kita hanya selangkah berganjak. Tidakkah kau melihat bagaimana relativiti itu sememangnya punyai impak yang besar. Kelajuan cahaya sentiasa kekal, yang berbeza hanyalah jisimnya. Namun, pengakhirannya amatlah jauh berbeda dari permulaannya.
Andai aku kekal di dalam kebaikan, dan kau terus hanyut di dalam keseronokan, apakah jarak antara kita berdua? Dan andai pula aku terus di kehanyutan, dan kau di kebaikan, apakah perbezaan antara kita? Tidak ada satu saat pun didalam hidup kita yang kita berada pada keadaan statik, baik posisi mahupun mentaliti. Sama ada kau terus ke belakang dan aku kehadapan atau kau terus kehadapan dan aku kebelakang. Aku hanya mengikut apa yang dibuktikan benar. Bukan aku mengada-adakan sesuatu yang baru dan tidak pula aku mengubah sesuatu yang telah ada.
Ingatlah, aku akan terus berusaha mencapai kesempurnaan seorang muslim. Andai kau tidak, maka aku akan terus berganjak, dan jarak antara kita akan terus berjauhan. Bukan aku yang ekstrimis dalam mengejar matlamat, tapi kau yang ketinggalan, melupai matlamat. Kau rela dengan mereka, aku tidak. Ingatlah, aku tidak akan bersedih kehilangan seorang teman, kerna aku pernah kehilangan seseorang yang lebih bererti, tetapi aku merasa gusar akan pengakhiran kau. Aku tidakkan merasa takut untuk ditekan, kerana aku menemui pintu kelapangan. Aku tidakkan rindukan kejahilan, sedang pintu kebenaran di dalam penglihatan. Aku tidakkan risau dengan kata-kata, kerana kau akhirnya akan berhenti. Aku tidak takut pada kesakitan, kerana yang terjauh kau mampu bawa aku hanya kepada Allah.
Kau dengan pendirian kau, aku dengan kebenaran yang aku yakini.

No comments: