Friday, May 5

Dengarkan, dunia.




Dunia dulu, bersuara merdu,
gemersik angin, menyapa burung,
membalas panggilan ombak,
yang mengharap belai kasih insan.
anak-anak kecil tertawa riang,
sambil yang muda berlembut jiwa,
yang tua tiada kucar.
aku mengenali sebuah tanah,
yang mengandung empayar tersohor.
rajanya mulia kerana keikhlasannya,
rakyatnya aman kerana akhlaknya,
kebun-kebunnya indah
kerana rahmat Yang Esa.
Empayar yang disinari cahaya,
dihiasi alunan mashaf yang agung.
yang membawa manusia menggapai ilmu,
membungkam kejahilan,
mencurah manusia dengan ketenangan,
meluntur segala keresahan,
menulis ideologi yang satu,
memadam penipuan yang seribu,
membina istana keamanan,
meruntuh kubu-kubu kezaliman.
senantiasa di bawah naungan Allah.
Aku,
pewaris raja itu,
yang dulu membuka gerbang kota hina,
membawa kemuliaan, menyemai keimanan.

Namun, seketika lalu,
dibudakkan raja itu
disangka taufan melanda, membawa badai,
menjerkah kecerahan dengan awan gelap,
sedang hanya angin halus
yang berlalu.
Lama mereka dihembus lembut
lantas menyapu hati-hati,
umpama pasir gurun ditolak membukit,
terus lagi ditolak,
membuang ke lembah fatamorgana dunia,
menipu jiwa raja.
Lantas mereka kalut
kalutnya mereka,
sehingga ditinggal mashaf yang agung,
ditipu jiwa si muda,
tertipunya mereka sehingga disangka
yang batil itu haq,
terbebal akal mereka,
terbiasnya bijak mereka sehingga yang kecil
disangka besar.
haru dunia,
dipandu jiwa buta,
dan kita,
hanya singa dipanggil si comel!

Wahai Konstantinopel,
Kau dulu didatangi al-Fateh,
membedil si jahil yang memperkosa tanahmu,
sahutlah salam dari aku,
kerana tiada lagi yang bersimpati untukmu.
tidak ada yang mengenang mu lagi,
semenjak negeri hedonesia terbuka,
buat waris sang perwira.
Aduhai Andalusia,
buat mu juga janji dariku,
derapan langkahku, agar kau
ku temui kembali.
Wahai Palestina,
sebakku terkenangkanmu,
raja-raja terus membuta,
muda-muda masih terleka,
yang tua entah ke mana,
hanya tinggal serpihan
kaca-kaca yang akan mengguris,
menjarah dan merobek si perogol
syaitan gendut.

lihatlah wahai bumi,
anak-anak masih lemah,
jiwa-jiwa terlalu manja,
didodoi fantasi peti ajaib,
didengari dusta-dusta kotak suara,
dan mereka terus bergembira,

andai dapat aku sampaikan,
andai dapat aku bangkitkan,
andai saja dapat aku merasa tenang
melihat mereka membina kembali
empayar khalifah islami.

No comments: